Popular Today

Selasa, Jun 09, 2009

Tua ikut yang muda atau yang muda ikut yang tua?

PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai sejarah yang panjang kini dipersoalkan oleh parti yang baru iaitu PKR dan DAP. PAS telah ditubuhkan pada 24 November 1951, sebagai sebuah parti yang berusia hampir 60 tahun sepatutnya bebas membuat keputusan dan bukan terikat dengan parti-parti yang lain apatah lagi PAS yang dilihat lebih kuat dalam keadaan semasa. Manakala DAP hanya ditubuhkan pada 18 Mac 1966 dan PKR pada 4 April 1999.. tapi nampak gayanya PAS yang umpama budak kecil yang mampu digertak dan ditakutkan oleh parti DAP dan PKR.

Berikutan Muktamar PAS yang lalu banyak isu yang dibangkitkan oleh PAS dibangkitkan dan dipersoalkan oleh 'adik-adik' dalaman Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata "Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan. Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno."

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar."Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya. Itulah antara kata-kata yang kelauar dari 'khalifah Lim Guan Eng kepada Us Hadi. Agaknya anggapan Lim, tuhan dan DAP sama tarafnya.

Selain itu juga DAp dan PKR juga mempersoalkan usul PAS untuk haramkan SIS. Muktamar PAS mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. "Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

DAP pula menentang dengan sekeras-kerasnya usul yang dibawa oleh PAS itu. Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok yang juga ahli parlimen Seputeh berkata "Sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama,"

Dan satu rakan PAs, PKR pula menegaskan melalui Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub "parti itu - anggota Pakatan Rakyat - tidak bersetuju dengan usul yang diluluskan oleh muktamar PAS tersebut. Malah, katanya, PKR juga tidak senang dengan usul tersebut yang juga menggesa supaya ahli-ahl PAS menjalani proses pemulihan.Sehubungan itu, Mustaffa mengingatkan PAS tentang kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik."

Apa yang dilihat adalah sejauh mana PAS di katakan boleh untuk mempengaruhi adik-adiknya dalam Pakatan Rakyat. Dan jika senario ini dilihat pada masa hadapan andai kata kerajaan Pakatan memerintah adakah PAS mampu mempertahankan idealogi perjuangan mereka, jika dilihat setakat SIS dan kerajaan Perpaduan, PAS telah dipersoalkan apath lagi tentang isu negara Islam, Hudud dan sebagainya.

Apa nak jadi pada PAS sebagai sebuah parti yang lama sepatutnya menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat bukanlah terikut-ikut dengan rentak 'adik-adik angkat' mereka...

2 ulasan:

Lebai Mangkuk berkata...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

bungaraya berkata...

iTU SEBABLAH MAKA SAYA PERNAH MENYEBUT DIANTARA PERPECAHAN YANG BERLAKU DIKALANGAN MELAYU MASA INI IALAH SIKAP DAN BUDAYA MELAYU MENGENAI DASAD DENGKI DAN IRI HATI YANG TIDAK BERKESUDAHAN. mELAYU YANG MENYOKONG PAS DAN PKR KETIKA INI RATA-RATANYA ADALAH MEREKA YANG IRI HATI MELIHAT KEMAJUAN MELAYU LAIN. kALAU SIKAP INI MASIH LAGI MENGHUNI KAMAR HATI MELAYU, SAMPAI BILAPUN KITA TIDAK AKAN DAPAT BERSATU.
dENGAN SIKAP INI YANG SENTIASA DIBENIH DAN DISEMAI DALAM JIWA SETIAP DRP MELAYU, SIAPAPUN PEMIMPIN MELAYU AKAN TETAP GAGAL DALAM USAHA MENYATUKAN SERTA MEMADUKAN MELAYU SEMUA. iNIKAN PULA PEMIMPIN PAS YANG SANGAT TAKUT KEPDA PKR DAN DAP.

Kongsi Link Anda