Popular Today

Selasa, Jun 09, 2009

Malaysian Insider - Mukatmar PAS Gagal

JUN 9 — PAS telah terlepas peluang keemasannya apabila muktamar tahunan yang ke 55nya berlalu tanpa menyelesaikan secara tuntas isu hubungannya dengan Umno.

Para penyokong dan ahli parti itu terus keliru dan menerima mesej yang berpecah tentang isu itu walaupun muktamarnya telah berakhir.

Ia telah dipergunakan sepenuhnya oleh media yang dimiliki musuhnya untuk terus mengeliru dan memasukkan jarum-jarum perpecahan di kalangan mereka.

Ia bermula apabila Datuk Husam Musa menyertai pertandingan merebut jawatan timbalan presiden dengan alasan untuk menjelaskan halatuju parti itu kerana timbalan yang ada Nasharudin Mat Isa terlalu liberal dengan Umno bagi beliau.

Sebagaimana diketahui, Husam bersama seorang lagi calon untuk jawatan itu, Mohamad Sabu tewas dan Nasharudin menang.

Signal yang dihantar kepada semua adalah perwakilan mahukan Nasharudin meneruskan hubungan liberalnya dengan Umno.

Nasharudin dalam laporan medianya pula terus  berkata, beliau akan menyokong agenda kerajaan perpaduan yang dibawa oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, sepanjang muktamar para perwakilan bercakap dengan lantang hatta ketika ucapan penangguhan, kerjasama atau hubungan dengan Umno memberikan signal yang salah kepada penyokong dan ahli parti itu di peringkat bawahan.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP), Vincent Lee yang bercakap bagi pihak orang bukan Islam yang menyokong parti Islam itu jelas memberikan kenyataan bahawa hubungan yang baik dengan Umno akan menjauhkan orang bukan Islam yang selama ini sudah menyokong PAS.

Ini kerana, orang bukan Islam memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka tidak senang dengan lagak Umno selama ini. Jika PAS pula berbaik-baik dengan Umno bermakna PAS mengkhianati sokongan mereka kepada PAS selama ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat yang baru menang Siti Zailah Yusof ketika memberikan ucapan penangguhan di hari terakhir muktamar itu semalam juga menegaskan agar PAS berhenti dari meneruskan rundingan dengan Umno, kalau ada, berhubung dengan kerajaan perpaduan ini.

Zailah berkongsi pandangan bahawa langkah ini memberikan gambaran seolah-olah PAS mahu berbaik-baik dengan Umno yang selama ini menjadi musuh tradisi parti Islam itu.

Ketika membahaskan usul untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat rampasan kuasa terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, perwakilan Selangor dari Shah Alam, Khalid Samad mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menyerang pihak-pihak dalaman PAS yang cuba berbaik-baik dengan Umno.

Bagi beliau tindakan PAS akan mengelirukan penyokongnya sebagaimana kumpulan Muawiyah Abi Sufyan yang berjaya mengelirukan tentera Saidina Ali dalam peperangan Siffin dengan cara meletakkan Al Quran di atas tombak bagi menuntut perdamaian selepas mereka hampir kalah.

Kerana menghormati Al Quran, tentera Saidina Ali telah terpedaya dengannya.

"Apakah kita mahu mengulangi tragedi ini dengan menghantar mesej yang salah kepada penyokong kita padahal kita tahu musuh kita mahu memecahkan kita dengan cadangan perpaduan atau perdamaian atas nama Melayu dan Islam ini?" soal Khalid dalam membahaskan isu ini.

Langkah PAS yang hanya mengemukakan usul yang sudah sepakat di kalangan ahli PAS untuk dibahaskan tetapi tidak membincangkan dengan terperinci isu-isu yang tidak jelas sebagaimana kerajaan perpaduan ini juga dikesali oleh para perwakilan.

Usul yang dikemukakan untuk perbahasan adalah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) dan usul intergriti kehakiman. Ketiga-tiganya sememang bukan isu dan sudah sepakat di kalangan ahli PAS dan tidak perlu dibahaskan lagi.

Yang perlu diperbahaskan dan mendapat kata putus secara tuntas dalam PAS adalah kerajaan perpaduan ini kerana inilah isu yang selama ini kelihatan perbezaan pendapat yang ketara di kalangan ahli dan pemimpin PAS sehingga sampai ke peringkat cabar mencabar dalam pucuk pimpinan PAS sendiri tetapi ia tidak dijadikan usul untuk dibahaskan.

Hasilnya, muktamar berlalu tetapi isu utamanya tidak selesai. Menurut maklumat yang saya terima sebuah negeri mahu mencadangkan agar PAS mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu ini.

Namun, bagi saya, PAS belum terlambat untuk menyelesaikan isu ini segera. Empat pemimpin utama PAS perlu duduk semeja dengan segera dan membuat kenyataan bersama mengenainya. Mereka adalah Hadi dan Nasharudin di samping Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam.

Ke empat-empat mereka perlu mencapai kata sepakat segera sebelum tafsiran yang berbagai-bagai terus berligar di kepala penyokong dan ahlinya.

Ketika membentuk kabinet baru pasca muktamar PAS ke 55 juga, Hadi dan Nasharudin boleh bertindak menyelesaikan segera isu ini dengan jangan sesekali mengenepikan tokoh-tokoh PAS yang kalah terutama Husam dan Mohamad Sabu. Hilangnya mereka dari kabinet baru PAS sekali lagi akan menghantar signal yang salah kepada penyokong mereka.

Yang paling saya bimbang adalah kalau-kalau Erdogan benar-benar wujud dalam PAS. Yang dibimbangi kalau-kalau Erdogan dalam PAS ini sependapat dengan Erdogan di Turki dan menubuhkan parti baru yang lebih liberal sebagaimana tertubuhkan AK di Turki yang berpecah dari Refah (kini Fadhilat) dan memenangi pilihan raya di negara itu.

Kepada mereka, suka saya katakan kebimbangan saya, kejayaan di Turki tidak semestinya membolehkan idea ini membawa kejayaan di Malaysia. Saya lebih cenderung parti baru di Malaysia akan senasib dengan Hamim dan Berjasa sahaja.

Jika perpecahan ini benar-benar berlaku, maka sahlah teori bahawa PAS akan kalah teruk dalam pilihan raya ke 13 selepas menang besar dalam PRU-12 lalu. Teori ini hanya mengulangi sejarah pilihan raya PAS yang akan kalah teruk selepas menang besar sebelumnya.

http://www.themalaysianinsider.com


3 ulasan:

Lebai Mangkuk berkata...

Dalam keadaan perpecahan melayu/Islam sekarang, sudah nampak jelas kaum kafir mempermainkan melayu/Islam.

Pada mula nya mereka menyokong satu pehak, setelah mendapat kekayaan dan kuasa ekonomi, kaum kafir ini inginkan pula kuasa memerintah. Disamping itu mereka juga sedang menuntut hak2 persamaan dengan orang melayu.

Sebenarnya kaum cina sudah bersatu dalam DAP. Sedangkan kaum melayu/Islam masih berpecah - UMNO, PAS dan PKR.
PAS dan PKR pula telah menambah-kuatkan DAP.

Semasa dalam kerajaan yang memerintah sekarang kaum kafir ini mendapat kesukaran untuk menuntut kehendak2 mereka. Cara paling mudah, mereka berpaling-tadah dan menyokong pehak lain pula iaitu PAS dan PKR. Mereka dapati PAS dan PKR sanggup buat apa saja demi mendapatkan kuasa memerintah dan menghancurkan pehak lain iaitu UMNO.

Sedangkan jika PAS atau PKR dapat memerintah, sokongan kaum melayu/Islam cuma lebih kurang 30% sahaja. Ini lah yang telah berlaku di negeri Perak. Dalam kerajaan PR nya cuma ada dua orang EXCO melayu/Islam sahaja. Di P Pinang kita tak perlu cerita lagi.

Oleh kerana melayu/Islam terbahagi dua, maka dengan senang mereka mempengaruhi dan memberi sokongan pula kepada pihak yang lain. DAP memang ada harapan cerah memerintah negara dengan pertolongan PAS dan PKR.

DAP akan bersetuju memberi jawatan PM kepada PAS, PKR bagaimana pula? Timbalan PM I? dan DAP TPM II? Siapa Ahli2 EXCO nya dan menteri2 yang akan di lantik? Sudah tentu kaum kafir lebih ramai dari melayu/Islam yang menjadi menteri dan timbalan menteri nya.

Dikala ini kalau PAS ingin juga menunaikan hajat nya menubuhkan 'negara Islam', usul akan di bawa ke parlimen - bolehkah PAS mendapat sokongan dari kaum kafir?

Tanpa Nama berkata...

PAS SEPERTI SEORANG PEREMPUAN YANG SEDANG SARAT MENGANDUNG MENUNGGU HARI JE. BILA2 MASA PUAK2 ERDOGEN INI AKAN BERPECAH MENJADI 2, 3 BAHAGIAN. DESAKAN DEMI DESAKAN PASTI AKAN BERLAKU DAN TAK HAIRANLAH KALAU SELEPAS NI ULAMA PAS TERPAKSA MELEPASKAN KEKUASAAN KPD MEREKA DLM KEADAAN TERDESAK SETELAH KEHILANGAN SOKONGAN DI KEMUDIAN HARI

bungaraya berkata...

Sungguh benar bagai yang diperkatakan oleh Lebai Mangkuk itu. Kenapa memperkenalkan diri sebagai Lebai-Mangkuk? Bukankah perkataan "mangkuk" itu kepada orang Melaka tak baik bunyinya?
Tak apa, yang mustahak kesedaran tentang perjuangan agama dan bangsa. Ramai gen. Y yang tidak menyedari betapa perlunya pertahanan bangsa selaku pemimpin utama negara. Mereka tidak pernah sakit dalam mempertahankan negara. Mereka hidup dimuka bumi allah ini dalam suasana negara aman dan sedia makmur. Hidup-hidup, sebahagiannya terus kaya menjulang angkasa. Sekali susah nanti, baru nak terngadah!!!Padam muka.

Kongsi Link Anda