Popular Today

Jumaat, Julai 31, 2009

Hari Raya Aidilfitri dan Pilihanraya Kecil Permatang Pasir

Adakah pilihanraya Kecil akan diadakan sebelum bulan puasa, atau semasa atau sempena Raya Aidilfitri. semua itu kan terjawab apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir selewat-lewatnya 10 Ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihanraya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, dan SPR masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu dari Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain.

"Kami jangka surat makluman itu akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini dan selepas itu satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan soal tarikh hari penamaan dan pengundian bagi pilihanraya kecil DUN berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dlm bulan puasa pun boleh tak jadi masalah utk pas..banyak tazkirah boleh balon amno yg mungkar curi harta negara.aku akan balik mengundi,tak kira raya ka puasa sentiasa bersedia tumbangkan amno selagi hayat d kandung badan ..amno parti kebangsaan rasuah penuh pencuri..pura2 tolong melayu tarik 2,3 juta utk poket tokey2 kaya.

eXception berkata...

ha ha ha, ye ke Anon? Mcm PAS tu baik sgt, takde rasuah... Tu bekas ADUN Melor tu, rumah banglo mewah, kereta mewah, sampai bekas bini tuntut sampai berjuta-juta tu apa kes? Sbb bini dia tahu sape laki dia sbb tu dia tuntut berjuta-2... PAS yg tahu jilat buntut DAP dgn PKR... DAP pun byk curi duit rakyat tapi tak nak akui, PKR pun byk curi duit rakyat tapi buat-buat tak tahu....

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Kongsi Link Anda