Rabu, Julai 01, 2009

Penduduk gesa Guan Eng letak jawatan, balik Melaka!



Penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan menggesa beliau meletakkan jawatan kerana gagal membantu mereka.

hindraf kampung buah pala protest at dap hq petaling jaya 300609 05"Jika beliau tidak boleh mengambi balik tanah ini daripada pemanju dan mengekalkan kampung ini, maka lebih baik beliau letak jawatan," kata penolong setiausaha persatuan penduduk kampung berkenaan, C Tharmaraj.

Bercakap kepada pemberita di kampung tersebut hari ini, Tharmaraj menuduh Lim lebih berminat melindungi kepentingan syarikat terbabit daripada menjaga kepentingan rakyat.

Katanya, penduduk di situ tidak menyalahkan Lim terhadap masalah yang menimpa mereka sekarang.

Sebaliknya, kata beliau, mereka mahu kerajaan negeri sekarang memperbetulkan penyelewengan kerajaan sebelumnya.

"Adakah permintaan itu banyak sangat?
Jika Lim tidak dapat melakukan ini untuk rakyat yang mengundi kerajaannya, maka beliau harus meletak jawatan dan balik ke negerinya di Melaka," tegasnya.

2 ulasan:

tebing tinggi berkata...

guan eng harus bertegas dalam melaksanakan tangong jawabnya sebagai ketua menteri ,"menjaga kepentingan umum" bukan melayan tuntutan-tuntutan yang bersifat perkauman yang dianjurkan olih pertubohan yang telah pon diharamkan.
mendudoki satu-satu kawasan walaupon lama seperti yang dikatakan tidak bermakna bolih memiliki, keputusan mahkamah telah jelas mengatakan sebaliknya . kedegilan serta tidak menghormati undang-undang golongan ini tidak seharusnya diberi perhatian.

bungaraya berkata...

Sekali ini biarkan serahkan tanah tersebut kepada pihak pemaju. Kepada penduduk yang langsung tidak tahu mengenang JASA pemerintah, samada DAP atau BN sebelum drp ini, apa guna duduk di Malaysia. Penduduk malaysia terkenal drp mereka yang mengenang JASA. Jika sebaliknya baliklah kemana-mana negara yang dirasakan lebih baik dari malaysia. Lim Guan Eng betul dalam soal ini. Beliau nampaknya memberikan pengajaran yang cukup bermakna kepada rakyat Pulau Pinang. Padan muka.

Kongsi Link Anda