Popular Today

Isnin, November 16, 2009

Obama iktiraf DS Najib

SINGAPURA 15 Nov. — Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini menyatakan penghargaan besar negaranya terhadap sumbangan Malaysia selama ini dalam memelihara keamanan dan keselamatan serantau.

Obama menyebut peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menangani keganasan, sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di Selatan Filipina, menjaga keselamatan Selat Melaka dan membanteras penyeludupan manusia ke negara ketiga dalam mesyuarat antara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan AS di Shangri-La Hotel di sini. - Bernama

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda