Isnin, November 16, 2009

Selangor Darul Arak : Tiada zon larangan jual arak

Kerajaan Selangor tidak menetapkan kawasan khusus untuk penjualan minuman keras di kawasan berpenduduk majoriti Islam seperti desakan pemimpin PAS negeri sejak akhir tahun lalu.

Exco kerajaan tempatan negeri itu Ronnie Liu menjelaskan, Selangor juga tidak menyekat penjualan bir di kedai-kedai serbaneka 24 jam.

Namun usaha untuk mengelakkan produk itu dibeli oleh orang Islam dikawal selia sendiri oleh pekedai berkenaan, tambahnya di persidangan DUN hari ini.

Menjawab satu soalan lisan daripada Yap Ee Wah (BN- Sungai Pelek), Ronnie juga berkata kedai-kedai berkenaan hanya menjual minuman yang mengandungi alkohol tidak melebih 8.8 peratus.

"Semua premis 7-Eleven di Shah Alam hanya menjual arak yang mengandungi kurang daripada 8.8 peratus, ini dikategorikan kepada bir," katanya.

Pemimpin DAP itu menambah, kerajaan negeri turut menetapkan produk beralkohol diasingkan daripada produk-produk lain apabila dipamerkan di dalam kedai.

Jelasnya, pengasingan ini antara garis panduan yang ditetapkan kepada pekedai untuk mengelakkan minuman beralkohol dibeli oleh orang Islam di Shah Alam yang majoriti penduduknya Melayu beragama Islam.

Ronnie juga berkata, pekedai turut diarahkan supaya meletakkan papan tanda khas bagi memberitahu larangan penjualan arak kepada orang Islam dan juga kepada individu bawah 18 tahun.

Katanya, risalah serta poster diedarkan kepada premis-premis berkenaan untuk memaklumkan mengenai larangan berkenaan.

1 ulasan:

Jeffry berkata...

KOPALO HOTAK DIO LA JANG!..DIA INGAT NI AMERIKA KE PER? HASAN ALI X BG PENERANGAN KE KAT KETUA SAMSENG NI YG ALKOHOL TU TETAP HARAM WLU KANDUNGANNYA 0.00000001%!!. BANGANG!!

APE BEZA DIA BUAT PENGASINGAN MCM TU?. MAKIN SNANG LA MAMAT2 KAKI MABOK NAK CARI TMPT BOTOL AIR KENCING SETAN TU. BTUL BANGANG LA APEK SEKOR NI!..RASE MCM NAK TRAJANG JEK MASUK LONGKANG! HEEIIIII!!

Kongsi Link Anda