Sabtu, Mac 21, 2009

Nik Aziz kecewa dengan Hj Hadi?

Hari ini Nik Aziz meluahkan rasa marah dan kecewa beliau kepada Hj Hadi, mengenai kerajaan campuran... sebagaimana di ketahui ini kemungkinan adalah kesinambungan isu muqabalah yang pernah diadakan oleh PAS dan BN pada masa lalu.

Maksudnya adakah idea penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO serius... atau bagaimana? mungkinkah nik aziz hanya kambing hitam PKR dan DAP yang cuba untuk menghalang dari berlakunya kerajaan campuran ini?

Dengan angkuh, Mursyidul am PAS menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal parti itu dan mengingatkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berbincang dengannya sebelum membuat keputusan isu penubuhan kerajaan campuran maksudnya 'jangan ada sesiapa lawan aku'.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti PAS, lapor Bernama.

Bercakap selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEK) di Kota Bharu hari ini, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengulangi pendiriannya sebagai ketua tertinggi PAS bahawa beliau menolak cadangan Abdul Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada muktamar di Ipoh tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedia berbincang dengan Abdul Hadi mengenai isu menubuhkan kerajaan campuran antara pakatan pembangkang dan BN.

"Saya mursyidul am umpama nakhoda, kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak," Nik Abdul Aziz dipetik berkata.

Beliau ditanya sama ada beliau sedia berjumpa dengan presiden PAS atau pemimpin tertinggi lain parti dalam menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai cadangan Hadi bagi membentuk kerajaan campuran pembangkang dan BN.

Nik Abdul Aziz berkata jika ramai pemimpin PAS yang menggesa untuk penubuhan kerajaan campuran dengan BN, maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti.

"Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, (PAS) kena adakan mesyuarat khas lain membincangkan khusus tentang perkara itu," katanya lagi.

12 ulasan:

Pejuang Islam berkata...

Nik ajiz masih berdendam dengan Allahyarham Dato' Asri yang pernah bekerjasama dengan BN. Samapai Dato' terpaksa meninggalkan pas angkara nik ajiz.

Sifat suka berdendam ini adalah sifat syaitan. Rasulullah s.a.w sentiasa memaafkan walaupun musuhnya kafir harbi. Ini tidak kononya memperjuangkan Islam tetapi mencaci sesama saudara Islam sebaliknya puak kafir harbi dan peliwat disanjung tinggi. Ini tanda tamak kuasa.

Jom mita pakat sokong kerajaan perpaduan ummah. Jom kita sokong DS Najib dan Tok Guru Hadi merealisasikan kerajaan impian kita, kerajaan Islam-Melayu.

Hamirdin b Ithnin berkata...

Dengan angkuh, Mursyidul am PAS menyifatkan dirinya....


Anda menggunakan sifat kata (angkuh); bukan mengkudiskan TG Nik Aziz, tetapi menghodohkan anda sendiri!

hamirdin.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Dajjal akan berusaha untuk memecah belah perpaduan orang Islam.

Awas tok guru yang bertopengkan agama.

mat_terab berkata...

Rumah tangga Hangpa UMNO parak peranda tak payah la hangpa dok kalut dengan rumah tangga orang lain elok la hangpa perelok rumah tangga Hangga yang tunggu masa nak roboh tu......

mat_terab berkata...

Tuk Guru Nik Aziz seorang Ulama dan Pemimpin di segani seluruh dunia maka tak heran ramai Musuh politik termasuk UMNO begitu cemburu dengan kejayaannya memerintah Kelantan. Sekarang Kelantan negeri yang penuh keberkatan rakyat Hidup bahagia di Bawah pemerintahan belia termasuk rakyat bukan islam.....Hangpa tak percaya tanya rakyat kelantan sendiri la.....? dan kebahagian itu bukan terletak pada bangunan mencakar langit atau harta benda tapi pada keberkatan dari Allah.......

anny77 berkata...

Islam adalah agama yang menyerukan perdamaian dan Islam adalah penuh perjuangan dan kasih sayang.
Saya rindu Johor
saya pernah kerja sebagai Accounting di Kulai Johor

bungaraya berkata...

Ternyata Nik Aziz sudah nyanyuk dan ketakutan kehilangan kuasa. Konon pejuang islam sebenar dan sejati. Pejuang yang ternyata sekali lagi membenarkan budaya bogel dan hubungan luar nikah dikalangan penganut bukan islam.

mimpi916 berkata...

Ustaz Harun Din pernah berkhutbah semasa hari raya..

Beliau berkata..

Sesiapa yang menentang muzakarah, adalah seperti menentang al-Quran..

wassalam

UMNO NET berkata...

Salam....buat aspirasi bangsa...dan rakan umno yang lainya...boleh tak hentikan topik tentang nik ajis dan aji hadi nie.....buang masa kita melihat masalah parti orang lain sedangkan umno sendiri banyak masalah sekarang...lihatlah masalah politik wang yang melanda parti umno sekarang......pendakwaan serta bukti yang sama tetapi pndakwaan trpilih dilakukan....maaflah saya bukan orang Melaka..tetapi kenapa YB Ali Rustam sahaja yang kena sementara YB Khairy pula di beri amaran....apa saya nak kata kepada juak pembangkang nanti....sudah la begitu....agen di gantung tetapi YB Ali Rustam pula hanya tidak dibenarkan bertanding.....sedangkan sudah terbukti ianya bersalah..kenapa....kasihan kepada penyokong umno di ceruk kampung serta tidak berkepentingan apa-apa ...kenapa mereka diperbodohkan sebegitu rupa..??? atau memang kami ahli UMNO nie memang bodoh?????sayang politik wang semakin la semakin tidak terkawal di dalam umno....buat orang muda seperti sdr aspirasi bangsa...apakah nantinya bila sejarah politik wang ini ditanya oleh anak cucu sdr maka jawapan sdr..biasa la untuk bertanding memang umno terpaksa menggunakan politik wang...kami ahli umno biasa ini sangat malu dengan kepimpinan umno sekarang.....seolah-olahnya rasuah itu hanya melanggar etika parti sahaja....patutkah begitu...... Ya Allah apakah akan jadi kepada parti kami ya Allah...masa menghentam orang lain sepatutnya dikurangkan...tolonglah renungkan masalah parti kita sekarang...apakah orang muda seperti sdr ingat...bahawa rasuah dan politik wang akan berkurangan selepas ini..tolonglah ..janganlah kerana posting sebegini...penyokong aprti kita terlonjak-lonjak gembira...muhasabahlah diri..takutnya...kita berseronok...rasuah...seperti api dalam sekam akan membakar parti kita sedikit demi sedikit...insaflah.....

mat_terab berkata...

Nik Aziz kata bila najib nak bersihkan nama baiknya yang di katakan terbabit dengan pembunuhan Warga Mongolia mengikut laporan sebuah akhbar Perancis....?
Atau memang najib tak berminat nak bersih kan nama baiknya kerana dia tahu orang UMNo tak kesah sama ada pemimpinnya bersih ka kotor sama saja tak dak bezanya. Sebagai parti yang hampir menemui ajal mungkin dah tak kesah dah pekara tu.......

aspirasi2020 berkata...

Saudara UMNO NET, Terima kasih atas padangan, sebab itu saya fokus kepada isu pembangkang daripada UMNO, masalah UMNO ialah mereka sendiri yang mendedahkan parut mereka menyebabkan UMNO mudah diserang. Berbanding pembangkang mereka bukanlah suci tetapi mereka menyembunyi parut mereka seperti isu fairus, pulau pinang dan isu eli wong... saya rasa biarlah orang lain sebut tentang UMNO biar saya sebut tentang pembangkang....

Namun apa yang penting tak kira siapa, di peringkat mana selagi nama mereka UMNO mereka mestilah jujur kepada bangsa, agama dan negara mereka yang mereka cintai dan yang mereka pertahankan untuk selama-lamanya. Barulah UMNO menjadi parti yang dihormati kawan dan lawan.

Sedingin Salju berkata...

Ya betul tu aspirasi2020, pembangkang amat pandai dalam soal sembunyi-sembunyi ni.

Kongsi Link Anda