04/09/2009 7:59pm
MARAN 4 Sept. - Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Azman Mohd. Noor hari ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, adalah menjadi dasar parti itu untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu sebab yang selaras dengan peruntukan perlembagaan.
``Kita telah membuat keputusan daripada segi dasar iaitu jika satu-satu kawasan itu dikosongkan atas sebab kematian atau berdasarkan peruntukan Perlembagaan, kita akan bertanding.
``Apatah lagi kawasan ini adalah kerusi milik kita,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek perintis Proogram Sejahtera dan Program Nasional Pintar di Kampung Teluk Melati, Chenor dekat sini hari ini. -
Sumber: Utusan
3 ulasan:
Masa untuk bersatu: Nanti di Bagan Pinang. Ini giliran kita. Inshaallah.
UMNO akan terima kekalahan kali ke 8 di Bagan Pinang. Bersedialah untuk takdir itu dan sediakanlah banner "Bagan Pinang ANAK EMAS Kerajaan Persekutuan".
mende parpukari ni??? putus wayar ke aper? mmg benar kate panglima perang cyber yg ko ni bermasalah
Catat Ulasan