Sabtu, Februari 06, 2010

AMK Sik dibubar - PKR memang parti bermasalah

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini dilanda pelbagai kemelut dan krisis sekali lagi menerima tamparan apabila lebih 200 ahli daripada kalangan generasi muda Bahagian Sik mengisytihar keluar parti itu, hari ini. [rujuk sini]

Timbalan Ketua AMK Sik, Mohd. Soffian Ahmad, 24, (gambar) berkata, beliau mengambil keputusan meletak jawatan dan keluar parti bersama-sama ahli lain kerana tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kebanyakan ahli PKR Bahagian Sik juga merasakan pengorbanan pemimpin dan ahli di peringkat bahagian tidak dihargai oleh pucuk pimpinan parti. Perjuangan PKR kini dianggap tidak lagi relevan memandangkan ia lebih menjurus kepada kepentingan peribadi pucuk pimpinan parti berkenaan.

Tambahnya, tindakan berkenaan juga dilakukan selepas kebanyakan ahli berasa muak dengan sandiwara politik yang dimainkan PKR dan anggotanya dalam pakatan pembangkang. Ahli-ahli sudah berasa bosan dan tidak sanggup lagi diperkudakan oleh pucuk pimpinan.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda