Popular Today

Isnin, November 01, 2010

Mana EXCO PAS Kelantan.. tak jawabpun!!!

Oleh : Gelombang Rakyat

Kami sungguh percaya PAS tidak berani tampil mempertahankan diri dengan pendedahan rampasan tanah orang asli di Pos Brooke. PAS dan rakan subahatnya, PKR dan DAP akan terus bermain dengan isu nasional dan mendiamkan diri dari membahas isu isu tempatan. PAS pastinya tidak mahu menempah maut. 

Tanah yang dirampas bukan sahaja mengkayakan taukeh Cina Singapura dengan bisnes sayurnya, malah telah mencemar dan menjahanamkan alam sekitar. Dan yang paling penting, kerajaan PAS Kelantan telah merompak hasil kekayaan sumber bumi ... kayu balak, untuk mengkayakan kroni kroni Nik Aziz.




Nik Aziz menafikan dakwaan tersebut, Harakahdaily pun turut tumpang sekaki dengan yakin siarkan kenyataan beliau. Apakah benar kerajaan PAS Kelantan tidak tahu menahu tentang pencemaran alam sekitar dan aktiviti pembalakan haram yang berleluasa di penempatan orang asli Pos Brooke yang 90% majoritinya beragama Islam.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2008



Menurut laporan Ketua Audit Negara 2008, kerajaan PAS Kelantan meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.



Kerajaan PAS Kelantan melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) meluluskan Tanah Tinggi Lojing, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang diluluskan sebagai projek perintis atas alasan menggantikan kawasan konsesi yang diambil semula daripada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. (KPK) dan diberikan kepada sebuah syarikat swasta.


Syarikat swasta tersebut sepatutnya menyediakan Laporan EIA sebagai syarat untuk menjadikan projek pembalakan tersebut sebagai projek perintis. Namun sehingga kini, syarikat tersebut gagal menyediakan Laporan EIA.

Kerajaan negeri PAS Kelantan juga sebelum ini bermati-matian menafikan pemberian konsesi oleh Jawatankuasa Tender Balak negeri tidak mengikut peraturan. Oleh itu, kerajaan negeri memutuskan sendiri tidak perlu baginya menjalankan siasatan terhadap jawatankuasa berkenaan.


Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan kerana mendapat kawasan pembalakan dengan kayu yang banyak dan berkualiti tinggi yang belum diterokai tanpa melalui proses tender.

Amat jelas di sini kerajaan PAS Kelantan telah sekian lama mengamalkan kronisme dan nepotisme kerana sanggup berbohong proses tender cukup telus, rupa rupanya ada pemimpin negeri yang terlibat dalam pemberian konsesi tersebut. 

Siapakah yang terlibat?

Tinjauan Jabatan Audit Negara juga mendapati aktiviti pembalakan tersebut menyebabkan kerosakan serius kepada struktur tanah yang menyebabkan berlakunya runtuh, pokok tumbang dan kini sudah pun berlaku pencemaran sungai di kawasan penempatan orang asli Pos Brooke.


Dalam laporan audit juga turut disebut syarikat taukeh cina Singapura dengan bisnes sayurnya di penempatan orang asli Pos Brooke. Syarikat tersebut, Acomax Sdn Bhd tidak di ambil tindakan undang undang oleh kerajaan PAS Kelantan kerana tidak mempunyai permit jalan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK).




Aktiviti syarikat tersebut juga turut menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar atas kerja melebar jalan, memotong pokok dan membuat cerun.


Padanla blogger Aspirasi Bangsa pening lalat memikirkan mana datangnya lori lori balak dalam perjalanannya ke Machang kelmarin. Penduduk tempatan pun tak pernah nampak sebegitu banyak lori keluar jam 5.00 petang pulak tu! Sudah tentu hasil balak tersebut digunakan untuk membiayai pilihanraya DUN Galas!


Itulah sebabnya PAS cukup takut untuk membahas isu tempatan sehingga kini!

Rupa-rupanya amalan rasuah dalam kerajaan PAS Kelantan lebih keji. Isu kronisme dan nepotisme betul-betul terkena batang hidung sendiri. Sedang rakyatnya terbelenggu dalam kemiskinan, pemimpin PAS bersenang lenang hidup dalam timbunan wang hasil konsesi balak yang diperolehi. Inilah yang dikatakan kepimpinan ulama pepat di luar rencong di dalam.

Persoalan yang menarik, siapakah di sebalik tadbir syarikat Telemont Sdn Bhd dan Acomax Sdn Bhd ini seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Audit Ketua Negara 2008. Satu syarikat konsesi balak, satu lagi syarikat bisnes sayur.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam bro,

LAMAN WEB DAN BLOG TERKINI PRK PARLIMEN BATU SAPI DAN DUN GALAS
http://malaysiansearch.com

Kongsi Link Anda