Popular Today

Isnin, November 01, 2010

Nama sahaja parti Islam tapi pembohong - Ku Li

Ku Li dah bersuara menjawab balik fitnah yang dilemparkan oleh PAS mengenai orang asli...

Ianya berkaitan tuduhan PAS yang mengatakan Ku Li khianat kepada orang asli kerana masuk BN, beliau dituduh melarikan fail-fail mengandungi permohonan tanah golongan itu semasa membawa Semangat 46 keluar dari Angkatan Perpaduan Umah dan menyertai Umno adalah tidak benar sama sekali dan fail yang dikatakan itu juga sebenarnya tidak wujud tegas Ku LI..
“Benda ni tak betul... saya pun hairan mengapa orang yang mewakili parti Islam membuat pembohongan semacam itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengundi Cina di Kampung Sungai Buru, Tanah Putih di sini malam tadi.

Baca selanjutnya di sini
Apa yang nak dihairankan.. Tipu, bohong dan sewaktu dengannya memang dah jadi prinsip PAS zaman berzaman.. apa yang PAS takut.. dengan tuhan pun PAS tak takut.. semuanya boleh dipusing.. apatah lagi hukum hakam yang hanya mengikut kehendak nafsu pemimpin PAS.

Sebenarnya yang berlaku kepada orang Asli di kelantan adalah kerana mereka menjadi mangsa nafsu serakah politik PAS

Menurut orang asli Gua Musang..
Hutan itu, yang ibarat syurga bagi Anjung, 40, dan lebih 40 penduduk kampung Orang Asli suku Temiar di Pos Hendrope, kini menanti musnah dek angkara pembangunan yang dilakukan atas nama Ladang Rakyat.

"Mereka (kerajaan PAS Kelantan) kata nak buat ladang rakyat sebab nak bantu Orang Asli dan bagi RM200 sebulan, tetapi bukan semua kita yang terlibat, hanya seorang dua yang terpilih, yang lain semua orang luar.

"Begitukah mahu bantu rakyat, tanah kami tergadai, kawasan kami diceroboh akhir sekali kebajikan kami terabai," katanya kepada Bernama.
Orang asli hanya ditipu dan dimainkan oleh kerajaan parti Islam Semalaysia Kelantan @ PASberg..

Apa yang dimahukan PAS ialah undi orang Asli semata-mata...  habis madu sepah dibuang...

Bagi Kamal a/l Alek, 25, dari Pos Balar pula, perit sekali baginya membayangkan tiada lagi rimbunan buluh dan sumber hutan lain akibat berleluasanya kegiatan pembalakan di kawasan Lojing.

"Habis bukit-bukit diratakan, pokok-pokok hijau ditebang diganti dengan ladang kelapa sawit. Pokok-pokok buluh yang tumbuh meliar pun dipotong.

"Kalau habis pokok buluh selepas ini, kami nak (tarian) sewang pakai apa? Takkan nak guna kelapa sawit untuk buat sewang," katanya.

Menurutnya sejak ladang rakyat diperkenalkan, banyak tanah adat, tanah tradisi dan tanah kubur diteroka dengan rakus oleh "orang luar" bagi tujuan pembalakan dan ladang rakyat.
Siapa yang khianat kepada orang Asli sebenarnya.. pengkhianat sebenar adalah Kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin Nik Aziz bukannya Ku Li dan bukan BN [klik sini]..

1 ulasan:

Nuar karipap berkata...

kalau ye pon nak menipu cabut la dulu jubah dgn serban tu... buat malu Islam aje..

Kongsi Link Anda