Popular Today

Selasa, Disember 09, 2008

Dr. Hasan Ali tertekan atau lakonan?


Kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Hassan Mohamad Ali mengejutkan banyak pihak dan menimbulkan rasa kurang senang pihak tertentu. Kenyataan ikhlas beliau ini menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat samaada beliau tertekan sehingga mendedahkannya kepada media massa atau Pakatan Rakyat sudah menjadi Pakatan Rapuh.

Jika diteliti senario politik PAS sejak kebelakangan ini bolehlah kita katakan ada sesuatu yang tidak kena. Dr. Hasan Ali berkata, beliau sudah tidak boleh tahan lagi. Siapakah yang menekan beliau, rakyat atau perasaan cita-citanya sendiri?

Hassan membuat pengakuan bahawa pihaknya (Pas) sukar untuk mentadbir Selangor disebabkan kerana perbezaan ideologi politik dengan PKR dan DAP. Ini menyebabkan Pas tidak dapat melaksanakan aspirasi orang Melayu di negeri itu.

Utusan Malaysia mendedahkan, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dilaporkan mengakui kadang-kala terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti itu untuk menegakkan syiar Islam ketika membuat sesuatu keputusan berkaitan pentadbiran kerajaan negeri semata-mata mahu mengambil hati PKR dan DAP.

Kenyataan beliau ini membuktikan Pakatan Rakyat sedang bergelora dan tidak padu? Masalah dalaman mewarnai Pakatan Rakyat dan menggambarkan Pas tidak 'ngam' dengan PKR dan DAP.

Kata Aspirasi : Ini semua lakonan semata-mata khasnya menjelang Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu khasny PAS di Selangor dilihat sebagai lemah dan suaranya seperti tidak didengar lagi oleh Pakatan rakyat.

Namun bagi mengembalikan sokongan pengundi Kuala Terengganu, jadi macam biasalah... t i p u pengundi... kira-kira PAS hendak larikan diri dari bayangan PKR dan DAP... padahal ini semua lakonan dan pembohongan semata-mata..

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Hrkh) - PAS Selangor kesal dengan laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia di bawah tajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR,DAP" (bertarikh Sabtu, 6 Disember 2008) yang sesungguhnya tersasar dan menyeleweng sama sekali dari kenyataan sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, di dalam sidang media PAS Selangor yang diadakan pada hari Jumaat 5 Disember, 2008 lalu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir, di dalam sidang media berkenaan Dr Hasan tidak pernah menyebut bahawa PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"Malah beliau menegaskan dalam sidang media berkenaan bahawa PAS tidak terpinggir dan sebarang anggapan sebegitu tegas beliau sebenarnya dimanipulasi oleh Barisan Nasional untuk menggugat kerjasama baik antara PAS, DAP dan KeADILan di Selangor,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya,Dr Hasan juga tidak pernah menyebut bahawa kadang-kala PAS terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti iaitu untuk menegakkan syiar Islam semata-mata kerana mahu mengambil hati KeADILan dan DAP sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

"Malah yang sebenarnya beliau telah menggariskan dengan jelas bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak-ansur dalam hal-hal berhubung Islam dan kepentingannya di Selangor,"katanya.

Katanya,PAS Selangor merasakan bahawa pihak Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab sehingga terlanjur mengeluarkan laporan yang sedemikian rupa yang mencerminkan rendahnya nilai profesionalisma di dalam akhbar berkenaan.

"PAS Selangor beranggapan laporan tersebut berunsur jahat kerana tidak ada mana-mana pihak dari media arus perdana yang turut hadir dalam sidang media berkenaan membuat laporan seperti itu di akhbar-akhbar mereka.

"PAS Selangor ingin menasihatkan pihak Utusan Malaysia agar lebih berhati-hati dimasa-masa yang akan datang dan tidak lagi mengorbankan etika dan profesionalisma kewartawanan ketika membuat laporan sebagaimana yang berlaku ini,"jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, dalam pada itu PAS Selangor akan terus mengadakan sidang media setiap dua minggu sekali bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor dan seluruh masyarakat Malaysia mendapat maklumat terus darihal peranan dan perkembangan PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini.
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Tanpa Nama berkata...

Isu ketuanan Melayu meletus lagi. Terbaru, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataannya yang mempersoal dan menolak konsep ketuanan Melayu baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Soi Lek dipanggil untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 41 (b) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut. Menurutnya, siasatan itu adalah ekoran dua laporan polis yang dibuat ke atas Soi Lek itu berhubung isu ketuanan Melayu baru-baru ini [Utusan Malaysia 4/12/2008].

Samada kenyataan Soi Lek berbentuk hasutan atau tidak masih belum dapat diputuskan, namun yang penting, isu ketuanan Melayu ini nampaknya begitu dipandang serius oleh kerajaan dan sebahagian orang-orang Melayu. Isu ini amat sensitif sehingga jika tidak kena gaya mempertikaikannya, seseorang itu boleh didakwa di bawah akta hasutan.

Kaum bukan Melayu yang sudah bergenerasi menetap di Malaysia tentunya tidak akan berpuas hati dengan konsep ketuanan Melayu, apatah lagi Malaysia sebagai negara demokrasi yang sepatutnya memberikan hak sama rata kepada semua warganegara, tanpa mengira bangsa. Orang Melayu pula, sebagai kaum pribumi, merasakan bahawa mereka mesti mendapat keistimewaan sebagai penghuni asal Tanah Melayu.

Inilah hakikatnya apabila assabiyyah dijadikan pegangan. Perbalahan dan pertikaian akan sering terjadi, apatah lagi apabila masih wujud banyak kes di mana orang-orang Melayu jauh ketinggalan daripada pelbagai aspek kehidupan, berbanding kaum lain, khususnya dalam bidang ekonomi. Memang benar terdapat beberapa kerat orang-orang Melayu yang sudah berjaya, namun ia belum cukup untuk memuaskan hati orang Melayu, apatah lagi apabila konsep ketuanan Melayu ini dipertikaikan oleh kaum bukan Melayu.

Sudah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, namun hakikatnya masih ramai orang-orang Melayu yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apa yang tak kena dengan konsep ketuanan Melayu ini sehingga ‘gagal’ menjadikan orang Melayu sebagai tuan? Ini dari satu sudut, dari sudut yang lain, kebanyakan orang Melayu sendiri tidak pernah merasai ‘sifat ketuanan’ mereka. Apa yang mereka rasai sejak dulu hingga kini adalah kezaliman, penindasan dan hamba kepada sistem kapitalis yang diterapkan oleh kerajaan. Sehinggakan boleh berlaku kematian satu keluarga yang rumahnya terbakar kerana tidak mampu membayar bil elektrik. Di manakah taraf ketuanan mereka?

Justeru, makna sebenar ‘ketuanan Melayu’ hanya wujud kepada sekelompok puak pemerintah dan puak Kapitalis Melayu yang sejak sekian lama tidak puas-puas menghisap darah rakyat. Mereka hidup kaya raya dikelilingi kemewahan yang melimpah ruah manakala golongan majoriti dari rakyat hidup tertindas dan tertekan, tanpa dipedulikan. Isu ini nampaknya sentiasa ‘dipanaskan’ bagi menyatukan orang-orang Melayu agar tetap tunduk patuh kepada kerajaan Kapitalis yang ada yang kononnya sedang berusaha menjadikan mereka tuan di bumi ini, walhal dalam masa yang sama, pemerintah terus menghisap darah orang yang diperintah.

Bagi para pejuang agenda Melayu, sedarlah bahawa Allah SWT tidak pernah memerintahkan kalian untuk memperjuangkan konsep ketuanan Melayu. Di dalam Islam, semua manusia adalah hamba kepada Allah SWT dan setiap hamba wajib taat dan patuh kepada semua perintah dan menjauhi larangan-Nya serta melaksananya syariat-Nya secara kaffah. Dan Allah tidak pernah memerintahkan agar orang Islam berjuang mempertahankan ketuanan bangsa masing-masing. Sesungguhnya tidak ada satu dalil pun yang membolehkan seseorang itu memperjuangkan bangsa, malah dalil yang ada dengan jelas menunjukkan bahawa perjuangan bangsa adalah haram secara mutlak. Firman Allah SWT,

“Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa Jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, agar kamu berpetunjuk.” [TMQ Ali Imran (3):102-103]

Sabda Rasulullah SAW,

“Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" [HR Abu Dawud].

Taminsari berkata...

Dr. Hassan Ali “ Marahkan Nyamuk, Kelambu di Bakar ’’

Inilah akibatnya apabila perasaan dendam menguasai diri. Rakyat tidak akan lupa cita-cita Dr. Hassan Ali hendak menjadi Menteri Besar Selangor semasa pilihanraya 2004 yang lalu. Apabila kalah beliau sering menjadikan UMNO dan Dato Sri Khir Toyo sebagai sasaran tomahannya. Beliau mendakwa semasa BN memerintah Selangor, Pas sering disekat daripada mengadakan ceramah-ceramah ugama diseluruh negeri Selangor. Persengketaan ini berlanjutan sehinggalah sekarang. Mungkin pada PRU ke -12 baru-baru ini keputusan menyebelahi Pakatan Rakyat,namun beliau masih lagi kecewa kerana PAS kekurangan kerusi di Selangor. Mahu ataupun tidak terpaksalah mengalah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk jawatan Menteri Beasr kerana kerusi PKR melebihi Pas.

Secara kebetulan disebabkan beliau adalah Pesuruhjaya Pas Selangor, terpaksalah Menteri Besar memberikan jawatan exco jawatankuasa hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam kepada Dr.Hassan Ali. Bagai orang mengantuk disorong bantal, beliau merasakan inilah peluangnya untuk membalas dendam dengan UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun tak dapat menjadi Menteri Besar, dengan bidang kuasa yang ada beliau berupaya menggunakan peluang ini untuk menjatuhkan UMNO. Pada persidangan DUN Selangor baru-baru ini beliau mengusulkan untuk mengharamkan semua aktiviti yang berkenaan dengan Islam Hadhari diseluruh negeri Selangor dengan serta merta.

Kerajaan Selangor telah mengarahkan pengharaman sebarang program untuk menyebarkan Islam Hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Semua masjid dan surau diarah tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal sejak empat tahun lalu. Yang peliknya mengapa Islam Hadhari yang menjadi mangsa Dr.Hassan Ali. Adakah beliau boleh berasa berbangga dapat menjatuhkan UMNO. Adakah ini menjadi kepuasan pada dirinya sehingga Pulau Pinang pun mengambil tindakan yang sama dengan Selangor. Adakah bersubahat dengan DAP untuk meluluskan ladang ternakan babi di Sepang itu lebih mulia dari Islam Hadhari. Tidakkah ini dinamakan pembelot kepada agama Islam itu sendiri.

Bagaimana pula dengan pusat-pusat hiburan yang semakin bersepah di seluruh negeri Selangor sekarang. Mengapa tidak ada apa-apa tindakan dari exco hal ehwal ugama untuk mengharamkannya. Ini termasuk juga dengan kilang-kilang arak di Selangor. Sepatutnya kalau benar-benar mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor, ini dahulu yang sepatutnya diharamkan. Jangan ingat diri itu terlalu Islam sehingga memandang rendah pada penganut Islam yang lain. Allah Taala tidak suka pada orang yang riak. Dr.Hassan Ali tentu masih ingat semasa mula-mula beliau masuk Pas dahulu. Hassan Ali mengatakan bahawa beliau tidak pernah meninggalkan solat sejak beliau memasuki alam baligh. Bolehkah kita percaya? Ada orang semasa pergi bersama Dr.Hassan Ali ke Medan suatu ketika dulu pernah menjadi saksi yang Dr.Hassan Ali ada meninggal solat sembahyang. Mustahil kalau pernah selama tujuh tahun Dr.Hassan Ali berada luar negeri, sekalipun tidak pernah meninggalkan solat. Itu pembohong namanya. Allah melihat dan mengetahui apa yang anda lakukan.

Rakyat menggesa agar kerajaan negeri Selangor tidak mempolitikkan Islam Hadhari sebaliknya menumpukan usaha untuk menunaikan segala janji-janji yang terkandung dalam manifesto mereka. Mungkin Dr.Hassan Ali sedang berusaha “ mengulamakan “ diri beliau supaya dapat diterima kembali menjadi salah seorang ahli ulama didalam kepimpinan Pas pusat. Dan mungkinkah Islam Hadhari menjadi salah satu “ ujian “ nya? Atau ini mungkin untuk menutup malu Pas di Selangor dengan kes ladang babi dimana Pas bersubahat meluluskan pembiakan babi di Selangor. bersubahat tidak menutup kilang arak di Shah Alam dan Petaling Jaya serta pusat hiburan di seluruh Selangor. Apa hukumnya bersubahat dengan DAP. Adakah disebabkan DAP adalah “ abang besar “, Pas terpaksa bersetuju dan bersubahat. Maknanya Pas lebih takutkan DAP dari hukum Allah.

Sebenarnya banyak perkara-perkara yang menbuatkan Dr.Hassan Ali marah, kecewa dan menyimpan dendam. Setelah mendapat bantahan yang bertubi-tubi dari rakyat Selangor dengan kes babi, marahkan UMNO dengan pelbagai isu rupa-rupanya dia sendiri kecewa dengan rakan-rakan pemimpin didalam Pas. Semasa muktamar Pas di Kota Baru tahun lepas, Dr.Hassan Ali tidak bertanding untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden kerana gelisah dengan budaya orang Pas yang suka menfitnah dan melempar tuduhan. Hairan pula Hassan Ali baru tahu bahawa fitnah dan menuduh itu adalah budaya orang Pas. Bukan sejak dulu lagi Pas memang macam itu. Hassan Ali masuk Pas masa Anwar Ibrahim kena pecat. Sebelum itu dia adalah seorang pakar motivasi yang hebat. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu mukanya terpampang dikaca TV. Hassan Ali tak masuk Keadilan mungkin sebab dia dah agak bahawa Keadilan tak ada masa depan.

Hassan Ali merajuk dengan rasa macam dihina apabila ramai yang menfitnahnya. Yang menuduh dan menfitnahnya bukan orang lain tetapi orang Pas sendiri, kawan-kawan seperjuangannya sendiri. Hassan Ali patut tahu bahawa memang budaya orang Pas macam itu. Mereka adalah golongan yang memperalatkan Islam tetapi tidak mempunyai akhlak Islam. Mereka memang suka menuduh dan memang itu kerja mereka sejak dulu lagi.

Maka merayulah Dr.Hassan Ali agar ahli Pas menghentikan tuduhan terhadapnya kononnya beliau adalah seorang sekular. Sejak bila pulak Hassan Ali itu boleh dikategorikan sebagai tokoh agama atau ulama. Kesian Hassan Ali. Memang orang Pas tahu beliau adalah seorang yang bijak pandai dan profesional, lalu beliau dituduh dan dilabelkan sebagai sekular. Beliau merayu supaya “Hentikan ucapan dan kata-kata sekular terhadapnya. Kasihanilah Ibu bapa saya yang mendidik saya hingga khatam Al-Quran dua kali semasa berusia tujuh tahun dan membaca khutbah semasa berusia 16 tahun.” “Sejak saya dipilih sebagai Naib Presiden tiga penggal lalu, namun belum lagi saya melihat adanya kertas dasar mengenai peranan ulama dan profesional secara jelas,” katanya. Mungkin masa inipun fikiran Dr.Hassan Ali masih bercelaru sehingga tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk? Beliau sebenarnya sedang keliru.

Cuma nak nasihatkah Dr. Hassan Ali ini supaya tinggalkan saja perjuangan Pas. Anda telah melihat sendiri bagaimana orang yang mendakwa sebagai pejuang Islam tetapi di manakah akhlak Islamnya. Ke mana pergi pegangan mereka itu kepada agama. Yang jelas mereka adalah golongan yang mahu memperalatkan agama untuk kepentingan politik semata-mata. Mereka nak cari kebendaan dan kedudukan dalam Pas. Mereka nak cari pangkat dan harta. Tak ingat ke apa yang berlaku di Terengganu ketika Pas menjadi kerajaan? Habis harta kerajaan negeri diberikan kepada kroni dan mengkayakan puak-puak Pas sahaja.

Orang Pas memang jelas menolak dan tidak mahu Hassan Ali. Apa lagi yang Dr.Hassan Ali mahu buktikan. Adakah dengan mengharamkan Islam Hadhari di Selangor, beliau akan diterima kembali didalam kelompok ulama Pas. Cukuplah Hassan Ali. Tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia itu. Jika anda kasihankan ibu dan bapa anda sebagaimana yang anda sebutkan, keluarlah daripada Pas. Dah tak ada sesiapa pun yang boleh atau mampu membela masa depan rakyat dan memaju serta membangunkan negara selain kerajaan Barisan Nasional (BN). Itu adalah satu hakikat yang tidak boleh ditolak lagi. Ia adalah kenyataan. Budaya buruk yang ada di dalam Pas hari ini sebenarnya tidak ada di dalam UMNO. Apa yang digemburkan Pas hanyalah untuk menutup kelemahan dirinya sendiri. Itu saja.
Islam Hadhari tidak menyesatkan dan memesongkan akidah. Jika ulama sedunia termasuk Sheikhul Azhar pun boleh terima dan memuji pendekatan tersebut kenapa ia perlu diharamkan. kerajaan negeri Selangor tidak perlu berasa takut dan terancam dengan pendekatan Islam Hadhari ini. Mereka sepatutnya perlu lebih takut kalau mereka tidak mampu menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.

TAMINSARI
Shah Alam

sumandak bayu berkata...

Salam Bro...

Bila seseorang nakkan publisiti murahan inilah jadinya... sanggup membelakangi prinsip asal demi mencapai citi-cita tertentu...

Jika benar lakonan ini yang dibawah oleh Dr. Hasan Ali rasanaya cukup untuk rakyat Kuala Terenganu menilai pemimpin mana yang sesuai semula memerintah di kerus itu.Allhuwalam

WARIS PAHANG berkata...

i. Kami rakyat Malaysia merasakan Dr. Hasan Ali telah tersilap langkah, kembalilah semula berkhidmat kepada majoriti rakyat Malaysia.

ii. Terus terang kami katakan bahawa kami masih merindui suara mu, kepetahan mu dan kebijaksanaan mu di pentas Forum Hal Ehwal Perdana.

iii. Marilah kita sama-sama menolak Pakatan Pembangkang kerana mereka hanya memperjuangkan kepentingan politik sempit mereka semata-mata).

Tanpa Nama berkata...

Kelaka betulla cara kamu org ni guna otak,sebenarnya dlm 1 2 hr ni saja aku biarkn korang melontarkan pandangan,tp nyatalah tahap pemikiran korang ni masih lg di tahap bwh tempurung n kuno di belenggu umno...
Taminsari artikel ni mmg nmpak panjang,tp isinya hampeh,xda isyu yg org rasa logik utk di respon.(semuanya trjwb dgn sendirinya olh prilaku umno n BN)isyu babi =umno biar kandang babi besepah di seluruh selangor tanpa di urus.(skarang xda 1 pn ladang babi di luar sepang dlm selangor)..isyu kilang arak =kilang arak ada kt sini barula kan?konony sebelum ni xda la kan..(ish'kelaka betulla org2 umno ni.kucing pn tau brapa lama kilang ni dh ada kt sini)pusat hiburan = hemm' tengku adnan cadang supaya di buka smpai jam 5pagi..(agknya dia ni org PR kan?)dlm umno mmg baik je org2nya mcam J.Jarjis tu kan?..islam hadhari = benda karut ni dh lama cba di wujudkan swaktu zaman raja2 zalim dlm empayar islam(smuanya gagal sbb x di trima olh seluruh ummat n di tentang golongan ulamak)korang cubala sambung idea kuno ni..

Pastu ko memfitnah,'fitnah adalah budaya di dlm PAS'..haa'ni mmg tuduhan yg BERATTT..Ni l budaya buruk yg menyebabkn org menjadi rerlalu bencikan umno n org2nya,korang bersikap BATUAPI,MENGADUDOMBA,MENCIPTA KEKELIRUAN,MENYEMAI KEBENCIAN, MEMUPUK SENGKETA,TAMAK HALOBA, MENYEMAI BAHAYA N BANYAK LG yg xdpt aku nk liskan kt sini..ni salah 1 buktinya..FITNAH..ni 1 tuduhan yg langsung x dpt di terima olh kebanyakkan org tmasuk org2 baik dln umno.ni nyata 1 fitnah yg mana hukum fitnah akn berbalik kpd org yg melemparkannya..

Taminsari ko nampak sgt kekurangan bahan n maklumat di dlm usha ko utk menegak n membela umno..xpa ko,teruskanla usha ni dan akhirnya ko pasti akan x berdaya lagi utk meneruskanya sekiranya korang x bersedia berubah n mengkoreksi diri..ko pegang la ckp aku ni (KAMU SEMUA TAK AKAN MAMPU SLAMANYA MENEGAKKAN BENANG BASAH,MENAFIKAN KEBENARAN DAN
TAK AKAN MAMPU MENENTANG ARUS)percayalah...
ermm'pasal cubaan mengadudomba kami tu x payahla ko test sgt,kami x akan tmakan dgn umpan busuk ko tu..Dr.hasan boleh dpt segalanya sekiranya dia mau jika di dlm umno,tp dia memilih PAS sebagai wadah perjuangan..dia org pandai n ko xpyahla nak cuba gugat or ajr dia dgn isyu2 hampeh ni..ko belajarla dulu cara2 politik interlektual.kalo cara politik umno ni x yahla ko nak cuba racun org2 kami..blaja dulu yee,bla dh rasa pandai ko cuba lg..'nnti kami bt penilaian'

Soal peranan di antara ULAMAK N UMARAK tu pn ko xyahla nk risau sbb di dalam PAS diaorg dh tau t'jwa masing2 n x perlu di liskan..diaorg cukup faqih di dlm soal ugama..'umno mmg x paham2 dr dulu kini n tah sampai bila??..

Batuapi yg ko lemparkan tu di bimbangi akn membakar diri je sbb kami sudahpun mengambil ketetapan n sikap terhadap korang,pastinya korang akan gagal utk mengajak kami bersama korang sekiranya korang x bersedia utk berubah..ini adalah PASti!!!....PPP pn dh MELUATTT ngan korang..
HAIHH' AMEENNOO...AMENUU...UMNO

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya Umno benar-benar membela Melayu kenapa Kerajaan BN-Umno sanggup merampas royalti minyak hak rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 ?. Kenapa Kerajaan BN-Umno sanggup menindas rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu sejak PAS mula memerintah Kelantan pada tahun 1990 ?. Kenapa baru sekarang setelah kehilangan kuasa di beberapa negeri, Umno berlagak seolah-olah merekalah pejuang hak Melayu?.

Itulah antara soalan Dr. Mujahid Yusuf Rawa kepada Dato' Tajuddin Abdul Rahman yang mematikan hujah Ahli Parlimen Umno itu dalam Debat Perdana pada 6 Disember lepas. Debat Perdana yang diadakan di Dewan Sri Kerian ini menarik kehadiran lebih 2000 orang memenuhi dewan ini sehingga melimpah ke luar dewan.

Hampir 100 orang Umno dari Pasir Salak turut dibawa oleh Ahli Parlimen Pasir Salak untuk memberi sokongan kepada beliau.







Bagaimanapun dari pemerhatian yang dibuat, kebanyakan yang hadir adalah penyokong Pakatan Rakyat. Terlalu sedikit kehadiran penyokong Umno tempatan atau kawasan sekitar yang datang menyaksikan debat ini.

Menurut seorang penonton tempatan, sepatutnya orang-orang Umno yang digembar-gemburkan pejuang hak Melayu datang ke program debat yang membincangkan isu orang-orang Melayu ini.


" Ini tidak, tak ramai yang datang. Mungkin pemimpin Umno dan media massa mereka yang beria-ia menujukkan kehebatan Umno memperjuangkan Melayu. Tapi hakikatnya, tidak begitu. Lagipun ini bukan program PAS tetapi program Pejabat Agama, kenapa tak mai?" Soal beliau.

Debat yang bertajuk Melayu : Ke Mana Hala Tuju telah memberi peluang kepada ahli panel membentangkan hujah mereka yang berkisar kepada isu DEB, PPSMI dan perpaduan Melayu.


Sungguhpun di dalam dan luar dewan sesak, debat ini dapat dijalankan dalam keadaan terkawal walaupun panas dengan hujah-hujah ahli panel. Kebijaksanaan Moderator Ust. Ahmad Nizam dari Pejabat Agama Perak berjaya mengawal suasana debat yang panas itu.


Selain orang tempatan, orang ramai yang hadir datang dari merata tempat sejauh Ipoh, Alor Setar dan Pulau Pinang. Walaupun pihak penganjur tidak langsung menggunakan poster sebagai publisiti, kehadiran tetap ramai.


Keadaan ini berlaku kerana publisiti program ini beredar di internet dan menjadi buah mulut penduduk tempatan. Kehadiran yang ramai juga disebabkan debat ini melibatkan ahli panel PAS dan Umno serta boleh disaksikan secara "live".

Sementara itu, seorang penonton dari Bukit Gantang telah memberi respon dan penilaian terhadap ahli panel debat pada malam itu. Berikut adalah penilaian beliau :
Dr Mujahid ...... 7/10(hebat penuh dgn fakta dan ulasan, idea yang bernas)

Hafiz Mustafa Lubis.... 2/10(hebat juga tapi tanpa pegangan).

Dato` Tajuddin Abdul Rahman.... 1/10(hebat penuh dengan pembohongan dan penipuan fakta tanpa bersandarkan realiti)
Aku sokong artikel yang diposkan oleh wariis hantu pahang iaitu......iii. Marilah kita sama-sama menolak Pakatan Pembangkang kerana mereka hanya memperjuangkan kepentingan politik sempit mereka semata-mata).Betulla tu umno reput memang dh jadi pakatan pembangkang di Selangor.
Sekalian penulis dan pemikir Islam yang istiqamah telah mengulas kalimah dan konsep Hadharah hanya menerima konsep Hadharah Islamiyah sahaja (bukan Islam Hadhari).
Ulasan dan huraian mereka dalah bertujuan untuk menjelaskan kepada golongan yang salah faham terhadap Islam, golongan ini beranggapan bahawa Islam adalah agama yang hanyut, boleh diheret kepada penyelewengan seperti yang berlaku terhadap penganut agama di kalangan umat terdahulu.

Atau mereka itu terpengaruh dengan ideologi dan teori ciptaan manusia. Pada pandangan mereka, Islam itu jumud tanpa anjal semata-mata kerana Islam bertegas dalam perkara-perkara tertentu yang di izin para sahabat dan para tabi'in yang ikhlas.

Perkataan Islam Hadharah yang diuar-uarkan oleh Umno mempunyai tujuan dan objektif yang tidak pernah istiqamah, malah ianya kabur, menyeleweng dan berisiko menyesatkan.

Perlaksanaan Islam yang mereka lakukan bukan kerana hidayah dan ubudiyah, tetapi kerana jibayah dan maslahah duniawiyah, contoh terkini ialah siptaan istilah Islam Hadhari. Ia suatu ungkapan indah yanh menggoda tetapi pada masa yang sama mengelirukan dan dusta belaka.

Tindakan mereka samalah seperti yang pernah dilakukan oleh golongan Tartar yang pernah menakluk Baghdada dengan mengemukankan perlembagaan Yasaq, mencapur-adukkan Islam dengan kesesatan, atau seperti Raja Akbar Agung dari India yang menggunakan perkataan Din-Ilahi yang telah menyesatkan umat Islam India pada zamannya.

Untuk memperkasakan dasar Islam Hadhari, Umno akan mengadakan kursus-kursus kepada semua kakitangan kerajaan di bawah perancangan dan peruntukan yang besar yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.

Harapan mereka ialah supaya golongan yang menjadi sasaran akan menyokong dan menjadi alat kepada Umno. Justeru, satu jawatankuasa pelaksanaan peringkat tertinggi telah ditubuhkan yang terdiri daripada kalangan mereka yang berlatar-belakangkan agama.

Program seminar shusus akan dilaksanakan di seluruh negara, yang melibatkan sektor dan agensi kerajaan, sektor swasta, institusi kewangan, syarikat-syarikat korporat yang besar serta badan-badan berkanun.

Mengikut dakwaan mereka, ini adalah program pembaharuan minda yang khas kepada umat Melayu Islam dalam semua kumpulan. Ianya juga bertujuan menimbulkan kesedaran diri, mempertingkatkan amalan rohani dan memperjuangkan kebenaran.

Putar belit ajaran Islam

Kononya program ini adalah untuk menjelaskan peranan dan sumbangan Islam dalam konteks pembangunan negara Islam adanya jalinan hubungan dengan Allah ASW dan juga menjalin silaturahim sesama kikitangan serta pihak pentadbir.

Perlaksanaan program ini juga dikatakan bertujuan untuk memberikan penjelasan sebenar akan pengertian Islam tentang pembangunan negara, ia dikira satu tuntutan agama, kononnya selari dengan kehendak al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka mendakwa, rata-rata rakyat negara ini telah disalah ertikan dan menolak pembangunan sebagai satu tuntutan agama yang mereka pelajari dari ceramah-ceramah jalanan yang tidak berhemah.

Mereka mengatakan bahawa dengan memahami penjelasan demikian nescaya dapat membentuk masyarakat Islam yang cemerlang melalui penghayatan nilai-nilai Islam yang sebenar.

Sebenarnya mereka mahu membentuk supaya semua pekerja dalam negara ini menyokong usaha-usaha Umno bagi mencapai matlamat wawasan 2020.

Mengikut dakwaan mereka, program ini adalah satu-satunya program ilmu yang boleh membentuk dan membina kesedaran di kalangan umat Islam di negara Malaysia ini. Melalui ilmu yang disampaikan, umat Islam diharapkan akan memahami bahawa dirinya itu adalah seorang pekerja yang soleh, dengan kerja yang sedang dilakukan itu akan membolehkannya mendapat ganjaran syurga.

Program seminar ini akan mempastikan seluruh kakitangan kerajaan dalam negara ini sebagai jentera kerajaan dan Umno yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan dasar kerajaan Barisan Nasional, sekali gus memberi sokongan pasu kepada kerajaan Barisan Nasional.

Perancangan mereka ini sebenarnya menepati firman Allah SWT menerusi ayat 112-113 surah al-An'am yang bermaksud : " Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, sesetengahnya membisikkan kepada sesetngahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarannya. Dan jika tuhanmu mengkehendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biolah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

"Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu."

Kini secara disedari atau tidak, mereka sedang membuka tembelang sendiri untuk didedahkan kepada umat Islam bahawa beberapa ajaran Islam dan isu agama sedang diputar-belitkan dengan cara yang menarik.

Mereka juga memesongkan ajaran Islam yang mulia dan suci, dengan urusan duniawi, tanpa memberi ruang kepada Islam berkuasa untuk mentadbir dan memandu sepenuhnya.

Bahkan yang paling ketara sekali bahawa Islam Hadhari bukan bertujuan untuk kepentingan Islam, tetapi adalah untuk kepentingan Umno.

LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Mari kita flagkan blog pedestrianinfidel.blogspot.com dan surind.blogspot.com kerana Allah

Kongsi Link Anda