Popular Today

Rabu, Mei 04, 2011

Pembela?.. bela apa?

Syabas kepada Pembela yang dikatakan disertai oleh gabungan lebih 80 Ngos Islam yang dikatakan akan mebincangkan mengenai isu-isu semasa umat Islam di Malaysia [klik sini]..

Di sebutkan juga bahawa pembela akan menyentuh pelbagai topik, aantaranya isu Alkitab, isu pertukaran agama dan kebebasan beragama untuk dibincangkan.

Hasil perbicangan itu akan dikemukakan kepada kabinet, perdana menteri, Majlis Raja-raja, parti politik dan mufti..

Ianya adalah satu tindakan yang baik bagi umat Islam untuk menuntut haknya di negaranya sendiri..

Namun apa yang lebih penting Ngo's seperti pembela ini perlu membela kepentingan umat Islam mengenai semua perkara dan bukannya perkara tertentu.. kerana jika tidakan pembela hanya memperjuangkan isu-isu tertentu pastinya ianya dilihat sebagai bias terhadap mana-mana fahaman politik.

Antara isu yang patut pembela bawa ialah antaranya Isu Kalimah Allah, Isu Alkitab, isu menggunkan masjid sebagai platform politik, isu menggunakan agama sebagai pletform politik, isu sumpah mubahalah, sumpah qazaf, hudud, negara Islam dan sebagainya yang berkaitan dengan umat Islam.. akhirnya apa yang penting ialah umat Islam mendapat faedah dan terhindar dari kekeliruan mengenai hukum Islam yang kini terlalu dipolitikkan!!

Umat Islam di Malaysia kini sudah tidak hormat lagi institusi Agama seperti mufti apabila pendapat mufti tidak selari dengan pendapat tok guru mereka!! tok guru mereka mempunyai kuasa untuk menghalalkan dan mengharamkan ikut fatwa parti politik mereka menyebabkan umat Islam tidak dapat membezakan mana yang lebih utama dalam beragama!!!

Jadi rakyat malaysia akan melihat sejauh mana tindakan Pembela ini.. adakah ianya benar-benar mahu perjuangkan Islam atau ianya hanya mainan politik pihak tertentu sahaja...

Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan kamu mati dalam kecuali dalam Islam!!!

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda