Selasa, Februari 24, 2009

MENGHINA DAP - UTUSAN AKAN DISAMAN

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menafikan laporan akbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan negeri tersebut telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.

"Semua itu satu pembohongan... kita tidak ada majlis seumpama itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.

"Dan jika mereka mempunyai sebarang bukti yang kita menubuhkan majlis seumpama itu, maka bawalah ke mahkamah," katanya.

Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menghina Islam dengan penubuhan majlis perundingan antara agama.

Akhbar tersebut memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

8 ulasan:

Syeikh Al-Hafiz berkata...

Sikit-sikit saman. Betullah macam adik beradik mereka di Singapura.

Z-MAY berkata...

di manakah kebebasan AKHBAR DAN DEMOKRASI yg dilaung-laungkan...? hanya hipokrasi...

Tok Batin berkata...

Saman jangan tak saman....
Kalau dah suka sangat memfitnah...
Biar akhbar ni terlungkup....tak habis-habis memfitnah dan memutar-belitkan fakta....

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kalau BN saman PAS, DAP dan PKR..sudah tentu parti ini dah musflis dah...sebab sebar dakyah palsu dan fitnah...

apa yang jadi mereka berjaya wujudkan kerajaan atas dasar fitnah dan palsu...

janji mereka tak dapat ditunaikan

Sedingin Salju berkata...

Inilah padahnya kalau pilih kerajaan pembohong. Bebas konon, demokrasi konon. pembohong.

bungaraya berkata...

Kemenangan Pakatan Rakyat di Lima negeri pada PRU ke 12 dulu adalah hasil fitnah yang mereka taburkan. Hasil usaha mereka mengujudkan persepsi buruk kepada pemerintahan negera yang diterajui UMNO. Mereka sedarkah?

ZIM berkata...

Saman la DAP oi.. muak dah dengan isu DAP ni.. ikut sangat Singapore.. teringat satu tulisan "singapore is FINE country". bukan fine yang indah2 tu.. yang menyaman-nyaman orang ni ler. apa punyer tur..

melayu2020 berkata...

abg mie kelate tak sedar diri..

UMNO dan BN tak mungkin muflis sebab mereka guna duit rakyat. PR miskin sebab mereka jaja kantung minta derma. Takpa,tak lama lagi UMNO dan BN akan jadi macammana PR jadi. Abg mie kena kerja lebih keras lagi untuk buat kantung derma jihad banyak banyak..hahahah

Kongsi Link Anda