Popular Today

Khamis, Disember 18, 2014

Punca sebenar ADUN Inanam didakwa letak jawatan



Rupa-rupanya PKR memang benar-benar diambang kehancuran. Semua kerana kuasa ghaib dan ketakutan Presiden PKR itu sendiri dan kelemahan Anwar melawan bala yang datang.

Sebelum ini Chege Bard mendedahkan yang Wan Azizah sememangnya seorang penakut walaupun cukup berani di pentas baca disini. Dan sekarang kisah di Sabah adalah jawapan kepada PKR di ambang kehancuran:-

ADUN PKR DUN N13 INANAM, SABAH telah meletak jawatan atas alasan kesihatan. Realitinya, Dr. Roland Chia masih muda dan sihat, doktor perubatan dan merupakan penyokong kuat kpd YB Azmin Ali. Dia buat pengumuman nak letak jawatan ADUN Inanam kerana kecewa walaupun beliau menang sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR,

Permintaan beliau untuk dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah tidak kesampaian apabila Anwar Ibrahim telah melantik Lajim Ukin sebagai Ketua Perhubungan.

Beliau juga melihat bhw PKR Sabah semakin dipinggirkan oleh Anwar Ibrahim. Tindakan beliau mengumumkan akan meletak jawatan dipercayai kerana mengharapkan Azmin Ali sendiri akan melantik beliau sbg "Board Director" #grp dlm syarikat milik Kerajaan Selangor.

Tapi sehingga kini Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sendiri seolah2 meminggirkan segala pengorbanan beliau dan sibuk memberi segala kemudahan kpd Lajim Ukin yg baru menyertai PKR apabila tidak dilantik sbg Ketua Menteri Sabah.

Lajim Ukin juga menggunakan jawatan sbg Pengerusi Perhubungan PKR Sabah utk terus mengumpul kekayaan melalui projek2 di Selangor, P.Pinang dan Selangor. Inilah yg semakin menimbulkan kekecewaan kpd ADUN PKR ini.

CheGu Bard
Pengerusi SAMM

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda