Kerajaan Negeri Johor mahu pemaju Forest City supaya mematuhi Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan hidraulik sebelum membangunkan projek di Tanjung Kupang, Gelang Patah itu. Ini penting bagi memastikan kebimbangan rakyat seperti isu alam sekitar diberi perhatian sepenuhnya dan segala peraturan yang ditetapkan di negara ini dapat dipatuhi.
Kerja penambakan bukan sesuatu yang asing kerana banyak negara dan negeri yang melakukan tambakan termasuk Singapura juga telah lama melakukannya. Kita juga belajar dari Singapura.
Ada penulisan penulisan jahat menyebarkan khabar angin tidak berasas kononnya sebanyak 10 padang golf akan dibina di atas tanah penduduk .
"Ini tidak benar dan Kerajaan Negeri tidak pernah bersetuju tanah orang kampung diambil bagi membina padang golf seperti didakwa."
Saya juga memberi jaminan bahawa tidak ada tanah penduduk kampung akan diambil untuk tujuan pembangunan projek tersebut.
Mohamed Khaled Nordin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan