Popular Today

Khamis, November 05, 2009

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Aziz Bari mahu Hassan Ali dan Us Nasha 'disembelih'

Ada seorang profesor barua Erdogan ni bersungguh-sungguh nampaknya nak jatuhkan pemimpin puak ulama di dalam PAS.

Agaknya kenapa prof barua Erdogan ni nampaknya bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Nasha dan hassan Ali... agaknya berapa banyak puak erdogan ini dah bayar pada prof ni.

Aziz Bari berkata PAS memerlukan "korban" dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanannya untuk menyelesaikan masalah dalamannya berhubung kontroversi idea kerajaan perpaduan, kata seorang ahli akademik dan barua PAS.

"Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban," kata profesor Dr Abdul Aziz Bari.


Pakar undang-undang perlembagaan itu, yang membangkitkan semula itu bulan lalu, diundang menghuraikan pandangannya berhubung masa depan PAS bawah kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dianggap lemah dan perlu berundur bagi menyelamatkan parti itu.

Dr Abdul Aziz dijangka mengulangi dan mempertahankan nada kritikalnya itu di seminar politik PAS di Gombak, Sabtu ini.

Ia diadakan sebagai menggantikan muktamar khas seperti disarankan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melenting selepas merujuk artikel Dr Abdul Aziz, 'Pengajaran Dari Bagan Pinang' di sebuah akhbar 19 Oktober lalu.

Ahli akademik yang dekat dengan politik pembangkang itu mengkritik Abdul Hadi dan beberapa pemimpin kanan parti itu, antaranya Dr Hassan yang dianggap menimbulkan di Selangor sehingga membawa kemerosotan kepada undi PAS pada pilihan raya kecil tersebut.


Kenyataan profesor ini sekali lagi penipuan pemimpin PAS yang mengatakan PAS tidak berpecah....     nampaknya PAS menjilat lidahnya sendiri lagi... seterusnya apa yang yang dikatakan blogger UMNO adalah benar.

Siapa akan disembelih dalam seminar politik ni.... erdogan atau ulama'..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erm.. benar kata kamu, seboleh-bolehnya mereka cuba mengaburi mata rakyat yg mereka tidak menghadapi sebarang masalah...kenapa perlunya pecat mereka berdua? mereka berdua tidak pernah pun berkata mereka sokong UMNO atau lain2 bukan? lainlah kalau kes seperti yg menimpa UMNO/BN yang mana ada sesetengah pemimpinnya pergi ke ceramah pembangkang dan bila diketahui oleh UMNO/BN dan tindakan bakal dikenakan, belum sempat lagi kena hukum, pemimpin tu dah letak jawatan. Situasi ini berbeza, Nik Aziz terlalu bersifat pendendam. Patut diturunkan takhta. sorry la kalau tak faham...

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO...NAK TUTUP BANGKAI GAJAH DGN KOPIAH DIORANG?..ADOIYAII..KLU PUAK DAH BERHATI BUSUK, AKAN JADI BUSUK JUGAK LE HASILNYE. TAK PAYAH LA NAK KAVER2 LG..ORG KAMPUNG DH TAU!! HUHUHU

Tai berkata...

Jadi, apa cerita seminar semalam?

Kongsi Link Anda