PENAFIAN TAJUK BERITA PORTAL BERITA MALAYSIKINI.
Apa lagi yang Malaysiakini mahu agendakan ?
Saya dengan ini menafikan sekerasnya tajuk jahat sensasi yang di cipta oleh Malaysiakini : "Like Anwar, there must be four witnesses for Najib".
Apa yang disebut oleh Presiden PAS ialah "Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga.. Saksi yang adil".
Tajuk sedemikian yang berbeza maksudnya dengan isi sebenar ucapan Presiden PAS itu dengan jelas menunjukkan samada Malaysiakini tidak faham, atau mempunyai agenda mereka yang tersembunyi.
Perbuatan sedemikian adalah amat dikesali dan meruntuhkan kemurnian pemberitaan yang telus dan benar.
Perbuatan sedemikian adalah amat dikesali dan meruntuhkan kemurnian pemberitaan yang telus dan benar.
Sekian.
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS.
7 Julai 2015
Setiausaha Politik Presiden PAS.
7 Julai 2015
link
3 ulasan:
Mereka telah berjaya pecah belah kan PAS. Sekarang meraka nak jatuhkan pemimpin Melayu nak jadi kan kafir sebagai PM
BEGITULAH YG SELALU TERJADI PADA PEMIMPIN BN....kang dah terkena!!!....jadi saudaraku pihak pas berhati-hati...jgn kerana bencikan umno...apa-apa kebaikkan yg umno buat dah tak nampak dah....buta hati dan minda...adioos
Noikot lah dri memberi apa-apa kenyataan kepada Malaysiakini.Juga MI,FMT dan the edge.
Catat Ulasan