Popular Today

Rabu, Ogos 13, 2008

MB S'gor: Sesuaikan agenda PAS bersama Pakatan atau?

0 Komen!!!

Hari ini, MB Selangor mengulas mengenai amaran Datuk Seri Hj Hadi Awang,

"Kita telah terima parti PAS. Saya pernah jadi setiausaha agung PKR. Kita telah terima parti PAS dan DAP sebagai rakan kita dalam politik.

"Kita terima hakikat bahawa PAS memperjuangkan pembangunan Islam, dan (hakikat) ini kita dapat sesuaikan dengan pembangunan negeri kita.

Pas bukan sahaja memperjuangkan pembangunan Islam tetapi perundangan Islam.... ini yang tidak boleh diterima oleh DAP dan PKR. Khasnya Karpal Singh! dan sesiapa yang berfikiran seperti DAP!

Sebelum itu Presiden PAS membuat kenyataan "Beliau juga menegaskan bahawa setelah 50 tahun orang Melayu memerintah negara ini, tetapi jika orang bukan Melayu mengambilalih, (maka) ia sukar kepada negara dan rakyat.

Dalam laporan itu juga menyebut "Oleh itu, kata Tuan Guru lagi, jika ahli Parlimen bukan Islam lebih ramai, ia akan menggugat orang Islam,"

Sebenarnya inilah hakikat yang perlu diterima oleh PAS.. Bahawa jika PKR dan DAP menjadi pemerintah negara usaha PAS memperjuangkan lagi akan susah.

Tidak mungkin DAP dan orang bukan Melayu dalam PKR akan menerima idea perjuangan ini.
Oleh itu, penyokong PAS juga memikirkan perkara ini..

Adakah PAS akan disisihkan oleh PKR dan DAP jika meneruskan hasrat untuk memperjuangkan agenda Islam.

Rasanya inilah amaran secara sinis yang ingin disampaikan oleh MB Selangor ini... terima gagasan Idea Pakatan Rakyat .. atau keluar dari Pakatan Rakyat!

Selasa, Ogos 12, 2008

PKR gagal pertahan hak istimewa orang Melayu.

0 Komen!!!
Sekali lagi PKR menggadai maruah Melayu.

Sebelum ini Kerajaan Selangor membenarkan pusat Ibadah bukan Islam boleh dibina sebesar mana pun. Taraf rumah ibadat orang Islam disama tarafkan dengan rumah ibadat bukan Islam.

Kali ini Pemimpin No.1 negeri Selangor ini mencadangkan agar kouta untuk bukan Melayu dibuka sebanyak 10%. Alasannya adalah untuk meningkatkan daya saing. Hakikatnya UITM telah berjaya melahirkan ramai anak Melayu yang berjaya dan mampu bersaing. Ini di iktiraf oleh sektor pekerjaan kerajaan mahupun swasta kerana kemampuan pelajar lepasan UITM untuk bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Hakikatnya orang Melayu semakin tersepit jika bersam PKR, peluang untuk mendapat peluang pendidikan di IPT semakin berkurang khasnya Universiti Teknologi Mara jika cadangan ini dilaksanakan.

Adakah orang Melayu masih mahu menerima parti yang akan menghancurkan orang Melayu dan Islam di negara ini.

Sekarang ini pula Pemimpin No.1 mereka, DSAI sedia untuk menjadi calon Permatang Pauh... dalam perjalanan menjadi Perdana Menteri sebagai mana dakwaan beliau..

Jika inilah tindakan PKR dalam isu hak orang Melayu.. pasti Hak orang Melayu tidak akan dipertahankan... bahkan akan dijual satu persatu kepada pihak lain...




Jumaat, Ogos 08, 2008

Antara Seksyen 377 B dan 377 C

6 Komen!!!
Dr Novandri Hasan Basri

Seksyen 377B mengatakan bahawa sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan. (anyone who voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature, which is punishable by jail term which may extend to 20 years, and whipping).

Jika kita faham mengenai seksyen 337B ini, sepatutnya bukan Anwar Ibrahim sahaja yang patut didakwa tetapi juga Saiful Bukhari.

Tetapi Persoalannya siapa yang sondol siapa? atau saling menyondol...

Inilah pengertian yang perlu kita tahu dan ianya juga bermaksud bahawa Saiful Bukhari turut merelakan dirinya terlibat di dalam aktiviti seks songsang ini.

Dalam konteks dakwaan tersebut, ini juga bermaksud bahawa perjumpaan Saiful Bukhari dengan Anwar Ibrahim (didakwa sebanyak 6 kali), mereka berdua sebenarnya 'saling rela-merelakan' atau 'senang-menyenangkan' melakukan aktiviti seks luar tabii itu.

Dan walau pun untuk kita semua mahu menyebutkan 'perbuatan seks luar tabii' itu sendiri pun akan menyebabkan kita berasa mahu geli dan muntah isi perut ini! Ini merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, walau pun anda penyokong atau tidak Anwar Ibrahim.

Dan jika benar aktiviti seks luar tabii itu dilakukan secara 'rela-merelakan' atau 'senang menyenangkan', ianya menguatkan lagi kebenaran hasil pemeriksaan doktor di Hospital Pusrawi dan kenyataan penulis sebelum ini.

Jika surfers telah membaca artikel penulis sebelum ini, penulis telah menerangkan :-

"Untuk pengetahuan semua, apabila seseorang itu diliwat, perbuatan tersebut tidak semestinya menyebabkan kulit anus koyak atau pun pendarahan yang aktif terutamanya jika perbuatan itu telah dilakukan berulang kali.

Tetapi jika berlaku paksaan yang agresif, perasaan takut yang dialami oleh mangsa itu berkemungkinan besar akan menyebabkan anus pesakit tidak relax dan tercedera atau pun berdarah." (klik di sini)

Ironinya, jika kita benar-benar mengikuti isu ini, penulis pasti kita semua beranggapan bahawa isu Anwar Ibrahim ini berkisar kepada aktiviti seks songsang yang berlaku di sebabkan oleh paksaan atau pun ugutan.

Dalam erti kata yang lain, Saiful Bukhari terpaksa atau dipaksa untuk melakukannya. Dan jika isu ini adalah seperti yang kita anggap, ordinan jenayah yang patut digunakan ialah Seksyen 337C kanun Keseksaan dan bukannya Seksyen 337B kanun Keseksaan.

Seksyen 377C bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii tanpa persetujuan atau memaksa, sebagai contoh mengugut untuk membunuh atau mencederakan yang seorang lagi, akan dihukum penjara tidak kurang daripada 5 tahun sehingga maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. (someone commits carnal intercourse against the order of nature on another person without the consent or against the will of the other person, for instance by putting the other person in fear of death or hurt a minimum jail term of not less than five years, and not more than 20 years, and shall also be liable to whipping)

----------------------------------------

Tidak kira apa pertuduhannya... maksudnya Aanwar tetap lakukan liwat la? Rasanya Anwar ini memang ada penyakit songsang agaknya...

KENAPA DENGAN MAJLIS PEGUAM NI?

4 Komen!!!
Apa sebenarnya tujuan Majlis Peguam ni?.

Baru-baru ini Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai Ketuanan Melayu dan sekarang pula mengganjurkan forum awam 'Memeluk Islam'..

Apa ni?

Kenapa Majlis Peguam mahu memperdebat dan mempertikaikan perkara ini...

Sebab itu saya katakan, Apabila Pakatan Rakyat memerintah lebih dahsyat lagi apabila Inggeris mula-mula menjajah dahulu...

Sekurang-kurangnya Inggeris menghormati hak Istiadat orang Melayu dan Agama Islam.. tetapi Pakatan Rakyat ini memang tidak tahu hormat langsung... termasuklah semua proksi Pakatan Rakyat dan yang bertindak macam pemikiran Pakatan rakyat?

PAKATAN RAKYAT lebih GANAS DARI PEJAJAH INGGERIS

0 Komen!!!
Penjajahan Pakatan Rakyat lebih dahsyat dari Inggeris dan Jepun!

Stupid PKR and PAS!...

Just like a cow... following RACIST DAP!

PAKATAN RAKYAT = MALAYAN UNION = MALAYSIAN MALAYSIA

1. BIADAP TERHADAP RAJA-RAJA MELAYU
2. HAPUS HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU
3. MERAMPAS TANAH REZAB MELAYU
4. MENGHAPUSKAN KESUCIAN DAN KEBESARAN ISLAM

CIRI CALON PKR DI PERMATANG PAUH

1 Komen!!!


Apakah ciri-ciri calon PKR di Permatang Pauh?

A. Berani
B. Rasuah
C. Sentiasa turun Kawasan
D. Mesra Rakyat
E. Pe'LIWAT'
F. Tidak Hormat Undang-undang Negara
G. Mempunyai masalah dan penyakit moral
H. Pengkhianat Bangsa dan Negara
I. Pentingkan politik individu
J. Proksi Yahudi, Barat dan Amerika
K. Tidak melaksanakan Negara Islam PAS
L. Tidak bersandarkan Undang-Undang Islam


Jadi ciri manakah yang akan dipilih oleh penyokong PKR bagi calon Permatang Pauh?

LIWAT - PROSES PERTUDUHAN BERMULA

0 Komen!!!
Sumber : Malaysia Kini

Rabu, Ogos 06, 2008

Sibuk! sibuk dan sibuk!

2 Komen!!!
Assalamualaikkum kepada semua..

Terima kasih atas sokongan yang berterusan.. Namun saya mintaa maaf, akhir-akhir ini banyak tugas yang perlu dilaksanakan..... biasalah apa-apa hal pun kerja mesti didahulukan.

Segala pandangan dan pendapat yang diberi saya amat hargai dan saya mengucapkan ribuan terima kasih...

Salam ceria untuk semua blogger.. dan pesanan ...'jangan musnahkan negara ini, negara kita tanggungjawab kita'

HASMY, JB

Kongsi Link Anda