Popular Today

Rabu, Julai 02, 2008

Tangguh projek di Pulau Pinang untuk pembangunan luar bandar


Dari segi konsepnya, kerajaan pusat memang tidak perlu memberi perhatian kepada kerajaan yang ditadbir pembangkang..

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menangguhkan beberapa projek pembangunan di negeri itu sebenarnya amat tepat. Projek yang terlibat ialah Projek monorel, Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), pembesaran Empangan Mengkuang dan menaik taraf sistem keretapi Bukit Bendera.

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat yang dibuat oleh kerajaan sebenarnya bukan mahu menghukum kerajaan negeri Pulau Pinang. Tetapi bertujuan untuk melaksanakan projek rakyat yang lebih penting seperti projek pembangunan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Pembangunan luar bandar adalah lebih penting berbanding dengan pembangunan yang sudah sempurna di Pulau Pinang. Lim Guan Eng perlu ingat Pulau Pinang bukan satu-satunya negeri di Malaysia.

Selain it juga sebenarnya, projek yang diminta itu boleh dianggap membazir kerana tidak dihargai oleh rakyat negeri itu. Buktinya, dengan segala pembangunan yang telah diberi namun kebanyakan pengundi masih mengundi pembangkang khasnya kawasan majoriti bukan Melayu.

Adalah lebih baik jiak projek berbilion ringgit ini di salurkan kepada yang menghargainya seperti di Sabah dan Sarawak berbanding di lain-lain negeri..

2 ulasan:

lovespiraldownwards berkata...

utk semua negeri dah ada bajetnya masing2 sedara oi. kalau utk projek buat empangan nak bekal air kat rakyat dikatakan tak spatutnya, apa yg patut camtu? dah elok2 approve dlm RMK9 bleh plak kensel2? bijaknya..

Aspirasi berkata...

Saudara lovespiraldownward,

Projek ini hanya ditangguhkan bukan dibatalkan.... saya rasa lebih baik saudara risau jika kerajaan Kedah potong pokok balak di kawasan bekalan air.

Ini semestinya akan mengganggu bekalan air di Pulau Pinang

Kongsi Link Anda