Popular Today

Jumaat, Ogos 22, 2008

Calon BN jawab isu pengajian PhD

Kuek Ser Kuang Keng & Wong Teck Chi Aug 22, 08 1:53pm

Calon BN bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah mengakui tidak menghabiskan pengajiannya di peringkat kedoktoran falsafah atau PhD selepas universiti tempat beliau belajar itu, disyaki menjual diploma dan ijazah palsu.

Beliau menjelaskan demikian selepas timbul persoalan mengenai kelayakan akademiknya. Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, PhD itu tidak diiktiraf, jadi beliau berhenti.

Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebarang Jaya, menjelaskan bahawa nama universiti tersebut ialah 'Edison Universiti of Technology', sebuah universiti yang didaftarkan di British Virgin Islands, yang menawarkan program pengajian jarak jauh.

Selepas membuat semakan di Internet dan dengan seorang pakar tempatan, Malaysiakini mendapati universiti tersebut telah dituduh mengeluarkan diploma palsu.

Klik di sini untuk baca sepenuhnya

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda