Popular Today

Selasa, Februari 09, 2010

Nizar persalahkan Sultan Perak!

Nizar terus membidas institusi beraja di negara ini apabila beliau tewas di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Dengan menyalahkan Sultan Perak secara peribadi, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak boleh membawa kepada 'sistem pemerintahan beraja mutlak'. [rujuk sini]

Beliau membidas dengan mengatakan "Ia akan memberikan ruang supaya demokrasi di Malaysia jauh lebih kusut kerana ia seolah-olah menjurus kepada absolute monarchy."

"Maknanya kita tak perlu adakan pilihan raya, tak perlu ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin sesebuah negari ataupun negara," katanya pada sidang media sejurus selepas keputusan berkenaan diisytiharkan di sini hari ini.

Maknanya Nizar menyalahkan Sultan Perak... masih tidak mahu terima hakikat bahawa beliau tidak mempunyai lagi kerusi yang cukup untuk jadi kerajaan.

Nizar sekali lagi buat tuduhan dangkal dengan menyalahkan Sultan Perak dan Institusi Beraja sedangkan pertimbangan mahkamah adalah melalui panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Mohammad Nizar daripada pakatan DAP-PAS-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Jadi pertimbangan ialah pertimbangan undang-undang dan perlembagaan dan ianya bukanlah pertimbangan yang mengikut hawa nafsu dan tanpa asas kukuh perundangan.

Menurut Unspinner,
"Perlu difahamkan bahawa Nizar membuat permohonan ke Mahkamah Persekutuan atas persoalan yang sama berkaitan artikel 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak tanpa sesuatu yang baru."

Nizar tidak ada membawa hujah baru atau maklumat baru atau dokumen baru dalam rayuan kes dia di Mahkamah Persekutuan.

Selalunya, tanpa ada perkara-perkara baru untuk pihak Hakim Mahkamah lebih tinggi perlu kaji kembali, jarang sekali Mahkamah akan menukar keputusan.
Jadi apakah asas Nizar menyalahkan pihak lain... sedangkan Beliau sendiri tidak ada asa yang kukuh untuk membuat rayuan..

Bangang punya Nizar.. menyusahkan rakyat Malaysia je.... Takkan nak jaja lagi Perak nak bubar DUN...

11 ulasan:

budakbalun berkata...

sudah2lah buat fitnah..
amalan dah la takde..
buat dosa2 hari2..

takkan takde sekelumit dalam jiwa kamu tu nak Islam jadi undang2 Malaysia ni?

Aspirasi berkata...

Tak de maknanya nak buat buat fitnah.. cerminlah diri sendiri.. siapa yang kata PAS tak nak buat negara Islam... nizar juga yang cakap... siapa.. Nizar.. siapa Nizar.. pemimpin PAS... Siapa bekas MB Perak..

Jangan salahkah orang lain kalau anda sendiri tidak konsisten dalam perjuangan..

Jalak Lenteng berkata...

terimalah kenyataan!
jadilah manusia yg berfikiran waras skit wahai nizar sebelum org labelkan kamu sebagai org gila tegar!

yeop berkata...

kalau xtau pucuk pangkal jangan main hembus je yeop oi..karang xpasal2 dapat dosa kering jer..
ALLAH MAHA ADIL..MAHKAMAH HANYA DIDUNIA..MAHKAMAH MAHSYAR nanti sekali lagi panel 5 hakim n zambry akan dibicarakn semula..pada ketika itu tiada sapa dapat mempengaruhi keputusan ALLAH S.W.T walaupun NAJIB..

Tanpa Nama berkata...

kenyataan Nizar ni merbhaya..dengan kenyataan ini nampak dia tak percaya malah memperlekehkan sistem raja berpelembagaan negara???

Darth Anwar berkata...

Nizar ni bodoh bangang. Sistem beraja di Malaysia adalah sistem raja BERPERLEMBAGAAN, bukan sistem raja berkuasa mutlak. Sultan Perak sudah membuat keputusan mengikut perlembagaan. Cuma dalam kes ini keputusan tu tak mengikut hawa nafsu dia. Itu je.

Cintai Muhammad berkata...

Kalau keputusan mahkamah pun tidak dihormati,tak kan nak percaya pada keputusan mahkamah bawah pokok? Dah lah Yeop Nizar,malu orang Perak je.Jgn ambil keputusan bawah pokok lagi.Terimalah hakikatnya,ada hikmahnya.Allah masih sayang pada kita orang Islam bangsa Melayu kekal menjadi pemimpin.Bila dah jadi pemimpin lupa membela agama dan bangsa sendiri.

Tanpa Nama berkata...

tlg cek tgk benor ke nijar lahir d perak .. mana tau ntah2 kelahiran ho chi minh city...bkoz x de ciri2 melayu pun nijar tu

Tanpa Nama berkata...

teruk betul le Si Nizar ni ... kata memperjuangkan agama Islam ... nie nak bagitau nie kat orang2 PAS yang tak sedar diri (yang sedar diri, Alhamdulillah ).. korang nie beriman di mulut ke atau beriman dihati mungkin korang ni dah lupa kot Rukun Iman ... ye la sebagai peringatan

Rukun Iman ada enam (6) perkara :

(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

ha ..orang kuncu-kuncu PAS yang tak sedar diri ni,korang beriman ke kat Qada dan Qadar ni atau korang nie bertunjangkan iman kepada DAP ... kan dah sama2 sembahyang hajat .. so dah terang lagi bersuluh ... tu pun tak faham2 lagi ke

Tanpa Nama berkata...

Salam:
Lepas ini bole lah si Nizar terencat akal buat satu gagasan bubar PAS. Kerana Pas sudah terang takyah suloh, Parti Ajarang Songsang yg telah jauh menyimpang dari ajaran Islam yg benar dan bukan ajaran Isle Nik najis yg kotor dan menjijikkan. BUBAR PAS !!! lepas itu ahlul2 bahlul PAS bole masuk UMNO dan perpaduan sesama bangsa. Kalau tak nak masuk UMNO, masuklah DAP dan hidup dan mati dilaknat. Macamana ahlul2 bahalul?

asemalpg berkata...

Adakah kata-kata Nizar ni boleh didakwa dibawah akta hasutan??

Akta Hasutan (Akta 15)

Kecenderungan menghasut
3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan—
(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;
(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;
(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;
(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;
(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau
(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Kongsi Link Anda