Popular Today

Isnin, Mac 23, 2009

Pakatan Rakyat lebih merbahaya dari Malayan Union ? - Dr Mahathir

Agaknya itulah yang Tun mahathir mahu sampaikan apabila beliau menyebut keadaan Melayu hari ini lebih merbahaya dari Malayan Union

Katanya pada masa itu orang Melayu boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh mereka sebagai racist.

“British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum lain yang berhak membuat apa-apa perjanjian.”katanya.

Dalam ucaputamanya di perhimpunan dan sidang kemuncak Pribumi Perkasa Negara di Kuala Lumpur Ahad beliau berkata sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

Menurut Dr Mahathir negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India.

“Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai.

“Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja,”katanya.

Pkatan Rakyat umumnya dan DAP khasnya patut dilabelkan racist/ perkauman kerana menghasut kaum Cina takutkan kepada UMNO, menabur pelbagai fitnah dan tohmahan kepada UMNO supaya kaum Cina membenci UMNO. sebab itu mereka kini lebih bahaya dari Malayan Union..

2 ulasan:

Tai berkata...

ya benar. Pakatan Rakyat memang lebih merbahaya dari malayan Union.

mat_terab berkata...

ya pakatan rakyat lebih bahaya tetapi bahaya kepada UMNO la,...kerana UMNO hilang 5 negeri dan mejoriti 2/3 dalam PRU12 lalu....
nak kata bahaya pada rakyat Malayisa tak la, aku rasa UMNo lagi bahaya kerana UMNO pernah terlibat dengan pembunuhan dalam peristiwa Mamali.....

Kongsi Link Anda