Popular Today

Rabu, Mac 25, 2009

Pen'Dajal' undang-undang negara

Mereka ini perlu di ajar untuk menghormati undang-undang.. memahami apa itu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Mereka ini umpama 'dajal yang sangat jahat' yang mahu merobek keluhuran perlembagan negara serta menghasut rakyat untuk bersama menjadi dajal seperti mereka.
Dari titah sultan Perak meminta Nizar meletakkan jawatan Menteri Besar, arahan untuk memulangkan kereta Rakyat Perak, sehinggalah memohon permit penganjuran ceramah - mereka telah dijadikan untuk menentang dan melawan undang-undang, kecuali undang-undang itu mereka yang buat.

Dakwaan tanpa sebarang amaran, polis membedil gas pemedih mata beserta pancutan air. Hadirin lari bertempiaran menyelamatkan diri adalah sesuatu yang mustahil kerana berlakunya perundingan sebelum apa-apa tindakan yang dilakukan.

Mereka inilah pendajal undang-undang negara, bagi mereka hanya suara mereka adalah undang-undang mereka... mereka seperti kaum quraish yang sentiasa menentang kebenaran dan peraturan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

“UNDI RAKYAT KUASA KERAMAT”
Category: Anwar, PDRM, Pilihan raya Justeru kebimbangan akibat kedurjanaan sendiri, kerajaan UMNO/BN dengan memperkudakan PDRM telah bertindak ganas, tidak bertamaddun dan tidak berperikemanusiaan telah memandikan hampir 10,000 RAKYAT dengan semburan gas pemedih mata dan air berasid menggunakan water cannon.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya sempat berucap lebih kurang 10 minit sebelum air berasid disemburkan melalui water cannon sekitar jam 9.45 malam hingga 11.30 malam tadi. Kejadian di Sungai Petani ini jelas menggambarkan betapa UMNO/BN terlalu takut dengan bayangan kejatuhan pentadbiran zalim mereka.

Lebih mendukacitakan pihak polis langsung tidak memberi apa-apa amaran sebelum mereka melepaskan gas pemedih mata dan semburan air berasid tersebut. Wanita, warga tua dan kanak-kanak antara yang terkena semburan itu.

Program ceramah rakyat di padang awam Cinta Sayang, Sungai Petani itu adalah untuk memperkenalkan calon KeADILan Bukit Selambau oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi telah dijadikan medan oleh lebih 1,000 anggota polis dengan berpuluh trak FRU untuk menghura-harakan RAKYAT.

Sehingga laporan ini ditulis pesanan SMS yang diterima daripada wakil Kerajaan Rakyat di tempat kejadian menyatakan tidak kurang daripada 50 orang telah ditangkap. Antara mereka yang ditangkap dan dibawa ke IPD Kuala Muda ialah: YB Senator Zamri Yusuf, Saudara Hafiz Ali, Sdra Azhar (AJK Pemuda Sidam), Sdra Ismadi (pegawai di pejabat Menteri Besar Kedah), Ibrahim Tan Sri Yaacub (ketua staff pejabat DSAI), En. Janapala dan beberapa pimpinan Pakatan yang lain. Malahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri telah dikepung dan dihandang di mana beliau terpaksa mengambil masa kurang lebih 30 minit untuk melolos keluar.

Kami amat yakin tindakan ganas polis ini adalah atas arahan dan campurtangan politik dari Putrajaya. Sepertimana umum ketahui Datuk Seri Najib Razak telah menerima tekanan yang amat berat lantaran pendedahan demi pendedahan salahlakunya yang diterbitkan oleh beberapa akhbar antarabangsa luar negara.

Keterlibatan Datuk Seri Najib Razak, Rosmah Mansor dan Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu bukan rahsia lagi apabila berita tersebut didedahkan secara terperinci oleh media dalam dan luar negara.

Apakah insiden pengkhianatan terhadap RAKYAT oleh polis dan UMNO/BN sebentar tadi di Sungai Petani akan menjadi pemula kepada satu lagi kebangkitan besar-besaran RAKYAT yang bakal menyaksikan era REFORMASI berulang? RAKYAT akan memberikan jawapannya dalam tiga pilihan raya kecil pada 07.04.09 ini.

Kepada SELURUH RAKYAT MALAYSIA ingatlah: “UNDI RAKYAT KUASA KERAMAT”

Tanpa Nama berkata...

UMNO ADALAH PETUALANG DAN PENGKHIANAT SEBENAR KEPADA ORANG MELAYU DAN RAJA MELAYU

Hari ini dalam ucapan datuk Hishamudin, ketua Pemuda Umno beliau memberi amaran kepada petualang dan pengkhianat Melayu.

Apa yang Hishamudin ucapankan sebenarnya kena atas batang hidung sendiri! Hishamudin cuma perlu jawab soalan-soalan saya.

Arahan: sila jawapan semua soalan

Soalan Bahagian A

1. Zaman siapa jadi Menteri Pelajaran yang memperkenalkan 'dasar meritokrasi' yang menyebabkan orang Melayu terpinggir dalam dunia pendidikan?

2. Siapakah Menteri Pelajaran yang telah membuka kuota 10% di MRSM dan matrikulasi yang selama ini menjadi kebanggaan anak-anak Melayu?

3. Siapakah yang mengkhinati Melayu apabila menafikan bahasa Melayu dalam dasar PPSMI?

4. Zaman Ketua pemuda Umno dan Menteri Pelajaran manakah biasiswa untuk anak-anak Melayu di Universiti dimansuhkan?

5. Zaman siapakah yang menyebabkan semua IPTA di negara ini dikopratkan?

Soalan seterusnya....Bahagian B

1. Siapakah Ketua Pemuda yang partinya bergelumang dengan rasuah yang kononnya membela Melayu?

2. Parti manakah yang merampas hak rakyat Perak dengan menggunakan pintu belakang dan taktik keji?

3. Siapakah yang menghapuskan imuniti raja-raja Melayu?

4. Pemimpin parti manakah yang menyamakan sultan seperti binatang?

Saya balas balik pantun Hishamudin...

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong syarat nak jadi menteri?

Tanpa Nama berkata...

Sebelum memperkatakan sesuatu renungkan nasihat ini dari Riwayat Imam Al-Ghazali tentang persoalan HIDUP dan MATI:

ENAM PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.
Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.
Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawap batu, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali,
Tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan 'Solat'. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.

Lalu pertanyaan ke enam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali,
span>
Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Tai berkata...

Ya encik, puak-puak dajai ni, jangan dibiar.

Kongsi Link Anda