Popular Today

Rabu, April 22, 2009

Khalid Ibrahim - taktik mengalih pandangan dan usaha memerangkap UMNO

Ini nampaknya usaha terbaru PKR bagi mengalih isu TKM Pulau Pinang dan juga menimbulkan isu yang berterusan agar memerangkap UMNO agar terjebak dalam isu yang menimbulkan perkauman khasnya apabila Perdana Menteri baru-baru ini melaungkan konsep Satu Malaysia!

Sebagaimana kita mengetahui DEB ialah untuk melindungi keseimbangan pembahagian ekonomi daripda di kuasai oleh sesuatu kaum sahaja khasnya kaum Cina. Jika DEB ditolak apakah makenisme Khalid Ibrahim untuk memberi keadilan ekonomi kepada bumiputra yang kini ketinggalan.

Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menyifatkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya mahu menarik sokongan politik bukan Melayu apabila menegaskan rakyat di negeri itu tidak memerlukan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ketuanya, Abdul Shukor Idrus berpendapat tindakan Abdul Khalid yang tidak bersetuju serta menolak dasar itu tidak wajar dilakukan kerana ia seolah-olah cuba mencetuskan prasangka negatif kaum bukan Melayu terhadap pengagihan DEB di negeri ini.

Katanya, DEB bukan merupakan dasar yang dirangka khusus untuk orang Melayu semata-mata tetapi diwujudkan sebelum ini bagi memastikan pembangunan seimbang antara semua kaum di Malaysia.

''Jika beliau (Abdul Khalid) mengatakan DEB tidak diperlukan di Selangor, ia tidak benar kerana dasar itu telah banyak membawa manfaat kepada negeri ini sejak ia diperkenalkan hampir 40 tahun lalu sehinggalah hari ini termasuklah Abdul Khalid sendiri.

''Jika beliau bermaksud DEB hanya untuk bumiputera semata-mata, ia tidak wajar kerana dasar ini hanya menetapkan 30 peratus sahaja untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial kaum itu manakala 70 peratus adalah terbuka kepada kaum lain.

''Namun, pengagihan tersebut telah dipolitikkan oleh pembangkang yang mengatakan dasar itu tidak menguntungkan bumiputera dan kaum lain termasuklah Abdul Khalid yang turut menimbulkan pelbagai tanggapan negatif rakyat terhadap DEB, " katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Abdul Shukor, kenyataan Menteri Besar semalam yang menegaskan semua rakyat tidak memerlukan penggantungan terhadap DEB kerana negeri itu mempunyai sumber yang banyak sebenarnya hanya dibuat bagi menarik sokongan rakyat dari kalangan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.

Kata beliau, 'permainan politik' seumpama itu bukannya baru dilakukan oleh pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas terutamanya dalam sesuatu pilihan raya.

Ini kerana, apabila mereka berhadapan dengan pengundi kaum lain, mereka menyatakan sesuatu yang baik untuk kaum itu bagi meraih simpati dan sebagainya.

''Permainan ini saya fikir boleh dianggap sebagai politik perkauman kerana bila mereka (pembangkang) jumpa satu kaum, mereka akan cakap ini, apabila dengan kaum lain pula mereka cakap lain," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor turut menyentuh mengenai keputusan kerajaan negeri menyambung semula tugas Elizabeth Wong sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan dan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar yang dirasakan tidak harus dibuat kerana ia membabitkan masalah moral.

Katanya, walaupun pihak polis masih gagal menyelesaikan kes tersebut, Elizabeth sebelum ini mengakui gambar berkenaan merupakan gambar beliau yang dirakam dan disebarkan dengan meluas di Internet.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sila layari ulasan saya,
http://medan-info-kita.blogspot.com

Tok Pambu berkata...

Kepada pencacai2 UMNO,
Kenapa anda semua sangat sebuk tentang rumah tangga orang lain. Sedangkan rumah-tangga anda hampir roboh dan mengunggu rebah kebumi.

4 PRK, BN/UMNO tewas. Di N12 Penanti BN/UMNO nampak nya tidak berminat bertanding - TAKUT KALAH(MALU).

JANGAN sebuk hal orang lain - TS.Muhyiddin Yassin TPM tentu setuju cakap saya. Kerana beliau telah berkata, BN/UMNO cuma ada masa DUA TAHUN SAHAJA untuk di pulihkan.

Malang sungguh, pencacai2 UMNO ini langsung tidak ada idea bagaimana hendak pulihkan BN/UMNO.

So, BN/UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk mati.

noi/moi berkata...

PERCAYALAH BAHAWA PAKATAN RAKYAT AKAN MEMBAWA KEMAKMURAN DAN KEAMANAN KEPADA MALAYSIA. INI YANG AKAN BERLAKU NANTI. DULU DI INDONESIA RAMAI MENGATAKAN HANYA GOLKAR YANG BOLEH JADI PEMERINTAH TETAPI LIHAT SEKARANG PARTI YANG DULUNYA DIHINA DAN DI KEJI (PARTI SUSILO) MEMBUKTIKAN MEREKA BERJAYA MENTADBIR. INI AKAN BERLAKU DI MALAYSIA DIMANA PAKATAN RAKYAT AKAN MEMERINTAH SECERMERLANG DAN LEBIH BAIK LAGI DARI BN.







RAKYAT SUDAH TIDAK SABAR INGIN MELIHAT PAKATAN RAKYAT MENTADBIR MALAYSIA.....KANI WARGANEGARA MALAYSIA MENUNGGU SAAT ITU PADA PILIHANRAYA KE 13 NANTI..TIDAK SABAR MENANTINYA.....SEMOGA ALLAH MEMBERI KEMENAGAN KEPADA PAKATAN RAKYAT.......






Tapi aku tak boleh nak tahan tengok kelakarnya juak2 UMNO ni. Nak pertahankan melayu konon. Pejuangkan melayu konon. Nak pertahankan apa? nak perjuangkan apa? Kalau betul UMNO nak pertahan dan perjuangkan melayu, letak jawatan, bubarkan UMNO bersatu dibawah PAS. Bukan nak puji PAS ( sebab aku bukan ahli PAS). Tapi hanya islam saja yang dapat menjamin setiap jiwa tidak kira beriman atau tidak. Lainlah kalau UMNO sanggup berkorban, hentikan memainkan sentimen perjuangan bangsa. tukar arah perjuangan, letakkan sepenuhnya pada perjuangan agama. Dalam agam ada tertulis pembelaan kepada yang lemah dan ada penghukuman keatas pemimpun yang zalim. heeee..heeee mahu ke tidak ni?

Tanpa Nama berkata...

Aku sebenarnya apabila juak-juak PAS dan pakatan rakyat katakan akan memberi kemakmuran kepada rakyat malaysia...


kalau ditinjau di Kelantan yang telah di perintah oleh PAS hampir 20 tahun... agaknya apa jenis kemakmuran yang PAS bawa pada kelantan...

anak-anak kelantan pun berkeliaran di negeri lain untuk mencari kerja....


PAS perlu berterima kasih kepada UMNO kerana banyak memberi kemewahan kepada mereka hasil peluang pekerjaan dan pendidikan...

kepada PAS cermin lah diri tu dulu.... awak tu macam lembu je... untuk diikat mengikut tuan....

Nak kata nak perjuangkan Islam pun takut nak cakap hukum Islam dan Negara islam sekarang....

PiiiiRah!

Kongsi Link Anda