Popular Today

Selasa, April 07, 2009

PKR semakin parah- Lima ketua bahagian PKR di Kedah umum letak jawatan!


Perasaan tidak puas hati semakin memuncak di kalangan kepimpinan PKR negeri Kedah. Lima ketua bahagian parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing dan meninggalkan parti itu kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka yang meletak jawatan itu ialah:
1. Ketua PKR Bahagian Jerlun Azhar Ahmad ,
2. Ketua Bahagian BalingBakar Din,
3. Ketua Bahagian Padang Serai,Hamid Othman,
4. Ketua Bahagian Sik, Wahab Mat Isa
5. Ketua Bahagian Pendang, Bakar Hamid.

Azhar berkata, mereka telah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti itu yang didakwa sebagai tidak relevan lagi kerana Anwar membawa parti itu ke arah merugikan masa depan orang Melayu.

Katanya, selepas kemenangan besar pilihan raya umum lepas, penasihat PKR itu tidak memperdulikan ketua-ketua bahagian yang selama ini membantunya.

“Saya kecewa kerana Anwar sudah mula lupa daratan dan lebih mengutamakan pandangan daripada pemimpin Pas dan DAP dalam membuat sebarang keputusan mengenai masa depan rakyat di negara ini, terutamanya orang Melayu, kata beliau.

Azhar berkata, Anwar juga telah mengabaikan pimpinan bahagian PKR dan tidak melantik mereka dalam sebarang jawatan termasuk jawatan Majlis Ketua Kampung (MKK).

“Di Kedah tidak ada orang PKR dilantik menjadi MKK semuanya dikuasai oleh Pas, di mana kewibawaan Anwar dalam mencaturkan tempat untuk pemimpin PKR yang setia di Bahagian”, kata beliau.

Kesemua lima bekas ketua bahagian berkenaan mahu pengundi di Bukit Selambau tidak terperangkap dengan ceramah Anwar dan mahu mareka menolak calon PKR S. Manikumar.

Kita melihat bagaimana hubungan antara PKR dan PAS sebenarnya..... Pas sdari dahulu hanya memakai baju PKR untuk sebagai kesempatan meraih undi yang bukan dari kumpulannya... memang cara PAS umpama kulat dan virus yang menumpang induk untuk menghisap darah! itulah cara pas dengan S46, PAS dengan Barisan Alternatif. Semata-mata untuk meraih undi dari pihak yang lain....

Baguslah PKR di Kedah sudah perasan siapa sebenarnya PAS. Pas tidak pernah ikhlas bersama Pakatannya hanya apabila senang mereka bersama, tetapi jika susah mereka ditinggalkan...

1 ulasan:

tunsaban berkata...

bodoh 1h1n depasemua dah lama kena pecat pasal songlap duit la bodoh

Kongsi Link Anda