Popular Today

Rabu, Jun 24, 2009

Kerajaan Perpaduan: Dewan Ulamak PAS tidak puashati pendirian Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat?

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, berkata:
Pas menolak perbincangan mengenai cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana gagal mendapat persetujuan parti lain dalam Pakatan Rakyat!.
“Seperti mana kita ketahui cadangan kerajaan perpaduan yang diilhamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah membabitkan semua parti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, Pas menutup polemik mengenai kerajaan perpaduan apabila Abdul Hadi yang mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menolak cadangan itu.

Harun berkata, Dewan Ulama Pas, menghormati keputusan dibuat Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan dan akan terus memberi sokongan kepada pemimpin nombor satu Pas itu.

Beliau berkata, Dewan Ulama Pas menganggap polemik mengenai kerajaan perpaduan sudah selesai dan tumpuan kini diberikan bagi berdepan dengan Umno pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Manek Urai. – Berita Harian 24 Jun 2009

***************

Adakah maksudnya jika PAS mendapat persetujuan maka PAS akan melanjutkan perbincangan Kerajaan Perpaduan.... adakah ini bermakna PAS memang yang berhasrat untuk bincang kerajaan perpaduan tetapi dilarang DAP dan PKR...

hmmmm

3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Hadi Awang amat takut pada Ni Aziz dan Anwar, itu baru poster gambar Hadi tiada kat Manek Urai, tambah pulak Nik Aziz halau Nasha keluar PAS, apa lagi mengigil Hadi di buatnya.

Dewan Ulama apa ada kuasa nak cakap apa-apa, mereka cuma boleh bincang pasal agama sahaja, soal politik no way......

Itulah cara pentadbiran PAS, tapi dia kutuk UMNO, tapi dia orang berselindung disebalik Islam untuk menipu rakyat....

Frodo Baggins berkata...

kiamat sudah dekat ~ berat ujian tuk ulama akhir zaman ~ huhuhuhuhu

Panglima Perang Cyber berkata...

kalau tak puas hati PAS kena keluar dari Pakatan Rakyat...

tu baru betoi

Kongsi Link Anda