Popular Today

Selasa, Jun 02, 2009

POLITIK KOTOR HUSAM TELAH PECAH - PAS perlu berhati - hati

Tanpa diragu lagi, Husam Musa sudah membuat survey, beliau akan menang Timbalan Presiden PAS, sebab itu beliau penuh yakin menawarkan diri bertanding jawatan itu meskipun mendapat pencalonan 30 peratus, berbanding dengan Nasharuddin yang mendapat pencalonan lebih 60 peratus.

Ketika mengumumkan hasrat bertanding di Pejabat PAS, Kuala Lumpur pada 25 Mei lalu, Husam berkata :

"Saya menganggap penyandang jawatan sekarang (Nasharudin) terlalu liberal (condong) kepada Datuk Haji Hadi Wang adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Pada pendapat saya, Pemimpin PAS perlu berada di tengah, bukan bersikap terbuka kepada Presiden sahaja atau untuk menyelamatkan Presiden."

Dr Haron Din, Timbalan Musyidul Am PAS memberi amaran kepada ahli PAS supaya berhati-hati dengan ‘musuh dalam selimut’ kerana PAS sekarang semakin terdedah dengan pengaruh luar yang cuba menyusup masuk dan “kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat di dalam organisasi Islam di peringkat dunia."

Timbalan Musyidul Am PAS membuat kesimpulan : "Justeru itu, musuh berpeluang besar mempromosikan individu-individu tajaan mereka bagi mendapatkan kemenangan dalam pertandingan parti,".


Transformasi PAS, dari ulama ke liberal ?

Husam Musa telah menunjukkan visinya yang jelas. Visi dan misinya melebihi daripada visi Presiden dan Timbalan Presiden PAS sekarang ini. Inilah yang dikatakan oleh penyokong Husam, visi Husam melebihi visi Presiden PAS, lebih genius dan laju bekerja!

Ketika arwah Hj Yusof Rawa dan ustaz Fadzil Noor meletakkan visi PAS di bawah bayangan kepimpinan ulama, Husam Musa pula menongkah arus, mahu mentranformasi PAS secara keseluruhan, menjadikan PAS sebagai alternative kepada UMNO.

Seolah-olah apa yang dilakukan oleh arwah ustaz Fadzil Noor, 15 tahun lampau adalah silap kerana meletakkan ulama sebagai payung PAS akan menjauhkan diri daripada diterima umum khususnya di kalangan bukan Islam.

Imej lebai, berserban, berjubah akan menyukarkan PAS diterima sebagai alternative kepada UMNO. Oleh itu Husam mengagaskan landasan baru yang diistilahkan sebagai transformasi atau grand design besar-besaran PAS mengubah imej ulama menjadi imej professional Islam yang lebih dikenali sebagai “Erdogan”.

Imej Erdogan akan lebih mudah diterima semua lapisan masyarakat termasuk bukan Islam, kerana imejnya segak, berkot, bertali leher dan tidak berkupiah. Pemikiran ‘Erdogan’ lebih moden, boleh berkompromi antara agama dan boleh menerima pandangan barat.

Strategi politik Anwar Ibrahim kepada Husam Musa :

“Negara-negara seperti Amerika Syarikat atau pengamal sistem kapatilis dan liberalisma mungkin suka kalau Husam menang sebab cara politik yang Husam nak bawa ialah politik moden yang liberal dan tidak meletakan Islam sebagai lambang gerakan Pas. Sudah pasti para pendokong Amerika Syarikat turut berdoa baik di gereja dan masjid agar Husam menang”

"Inilah bakal Presiden PAS", kata Anwar, memperkenalkan Husam Musa kepada Amin Rais. "Bagus-bagus..ini baru pemimpin Islam yang liberal", kata Amin Rais sambil memandang Anwar. Husam tersenyum malu bila dipuji Anwar dan Amin Rais.

Empat faktor kekuatan Husam :

1. Naungan Muryidul Am PAS & de factor PKR

Husam Musa mengamalkan politik ‘naungan’. Beliau bernaung kepada sesiapa sahaja yang dianggap puncak kuasa. Dalam kontek PAS, puncak kuasa adalah Mursyidul Am PAS, maka dia akan bernaung dengan payung Muryidul Am PAS itu. Di depan tok guru Nik Aziz, lagaknya seperti anak murid yang alim, pijak semut pun tidak mati. Di PKR, puncak kuasanya adalah de facto PKR.

Kalau Muryidul am PAS terkenal alim agama, de factor PKR pula terkenal dengan liberalisme . Maka di depan Anwar, Husam laksana murid plato, yang bijak berfalsafah antara dunia Islam dengan dunia barat. Maka Husam menjadi ‘orang perantaraan’ antara tok guru Nik Aziz (dunia Islam) dengan Anwar Ibrahim (dunia barat)

2. Kuasa Ekonomi

Dua penggal Husam Musa memegang exco paling kanan di Kelantan sebagai exco ekonomi. Bermakna hampir 10 tahun Husam memegang kunci duit kerajaan negeri Kelantan. Semua kelulusan projek, terutamanya kelulusan tender balak adalah melalui kelulusannya. Golongan korporat, tauke-tauke Cina berlumba-lumba untuk menghampiri, melobi dan membodeknya untuk mendapatkan kelulusan projek-projek mereka.

Sebab itu, blog anti-Husam menulis begini;

“Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya.

Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu. Husam memang pandai kerana dia belajar daripada mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang.

Dia tahu bahawa Pemimpin PAS kawasan-kawasan atau Pemimpin PAS negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan kita di Perak dan negeri2 yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan. Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan”


Husam sangat berminat dengan kambing japnari, hingga dibeli tiga ekor kambing secara cash, melalui laci mejanya bernilai RM66,400. Memang banyak duit Husam, dalam laci mejanya sahaja boleh dicekau wang sebanyak itu, tidak tahulah berapa asset Husam di tempat lain.

Husam telah dibawa berkenalan dengan peniaga kambing japnapari di Negeri Sembilan. Husam sendiri turut melihat kawasan perternakan itu dan telah meluluskan satu tapak penernakan projek kamping Japnapari di Tok Uban, Pasir Mas Kelantan.

Pada mulanya urus niaga usahasama berjalan baik di antara syarikat projek kambing Negeri Sembilan dengan projek Japnapari Kelantan yang dinamakan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Bhd. (APKBB), milik Zulkifli Yaakob kroni Husam.

Husam mengarahkan Fazli Abd Samat, Pengarah Urusan Komplek Perkayuan Kelantan (KPK) menggunakan duit KPK sebanyak RM 6 Juta untuk dimasukkan kedalam akaun APKBB sebagai modal untuk Projek Kambing Jihad Ternak.

Namun pada akhirnya projek Jihad Ternak itu menemui kegagalan kerana berlaku perselisihan faham, masing-masing berebut menjadi pemilik autonomi. Akhirnya berlaku tembak menembak dan akhirnya projek itu difailkan ke mahkamah.

Banyak lagi cerita-cerita gelap Husam semasa menjadi exco kanan kerajaan Kelantan. Termasuk tuduhan menerima sejumlah wang tunai dari Pengarah Urusan CAM Contract Work & Development (M) Sdn. Bhd. dan dari syarikat SBJ Development Sdn. Bhd pada tahun 2005.

Takiyudin Hassan dan ustaz Nik Amar, kedua-dua juga exco Kelantan tahu permainan-permainan gelap Husam sebab itu mereka tidak segan silu menjadi penentang Husam di Kelantan.

3. Percaturan Kroni

Sebenarnya sudah lama Husam mencaturkan orang-orangnya di tempat strategik untuk bantu karier politiknya di Kelantan, sebab itu nama Husam begitu gagah sekarang ini .

Kebanyakan kroni-kroni Husam yang dicaturkannya mempunyai rekod buruk dan terlibat dengan rasuah;

i) Mohd Fazli Ab. Samat pernah dicaturkan Husam sebagai Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK).

ii) Mohd Fauzi Abdullah dilantik Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB walaupun tidak disukai pekerja bawahan. Kedua-dua kroni Husam itu telah disiasat oleh BPR.

iii) Anual Bakri Haron kawan Husam ketika di Universiti Malaya telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar untuk menggantikan jawatan asal Husam sebagai ‘penjaga pintu pejabat tok guru’.

iii) Sebelum Saifuddin Nasution Ismail diambil semula oleh Anwar menjadi Pengarah Strategik PKR dan sekarang ini menjadi Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin adalah anak buah Husam.

Pada tahun 2005-2007, Saifuddin telah dilantik menjadi Pengarah Urusan Yayasan Tabung Tok Kenali. Husam telah membayar Saifuddin sebanyak RM8000 sebulan menggunakan duit Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Tabung Tok Kenali digunakan sebagai flatform untuk memperkasakan parti selepas PAS menang dengan majority tipis di Kelantan (hanya majoriti satu kerusi).

Saifuddin pula menjadi ‘orang perantaraan; antara Husam dengan Anwar Ibrahim. Dari peranan Saifuddin selama tiga tahun di Kelantan, di bawah naungan Husam maka muncullah kumpulan Erdogan yang dikenali hari ini.

Kumpulan Erdogan merupakan kumpulan dua wajah antara wajah PAS dan wajah PKR sepertimana Saifuddin Nasution.

4. Penguasaan media alternatif

Husam banyak duit. Boleh beli sesiapa sahaja. Syed Azidi Syed Abd Aziz Al-Bukhary ( Sheikh Kickdefella ) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Hartamas yang pro Anwar.

Husam berminat dengan Sheikh Kickdefella, walaupun wataknya dan kehidupannya tidak sesuai dengan PAS. Kickdefella sendiri mengakui di dalam blognya bahawa kehidupannya bebas, bergaul dengan artis dan terlibat dengan minuman keras, namun, Husam berfikir sebaliknya, ‘latar belakang seperti itu’ adalah asset kepada PAS.

Kickdefella, blogger upahan Husam ditangkap polis kerana menyiarkan artikel yang berniat menghasut. Husam telah membeli Sheikh Kicdefella dengan harga RM 6000 sebulan menggunakan wang PMBK dan ditugaskan menggunakan media internet untuk menyerang musuh PAS dan musuh-musuh Husam.

Husan juga mempunyai satu pernigaan penerbitan Media yang diperolehi dengan memipu rakan dan taulan sendiri yang bernana WASILAH . Sekarang SIASAH merupakan salah satu media tabloid alternative yang berpengaruh di Negara ini. Walaupun pada asalnya milik orang lain, tetapi pemain di sebalik tabir SIASAH adalah kroni Husam yang bernama Zulkifli Sulong. Zulkifli Solong adalah bekas Ketua Pengarang Harakah yang tidak disambung kontrak kerana menggunakan pengaruhnya menjadikan berita-berita Anwar sebagai berita muka depan Harakah.

Husam dikatakan menaja Syarikat Global Media Channel atau ipglobal.tv (syarikat IT) yang terletak di bangunan bersebelahan Jalan Telipot, Kota Bharu. Syarikat projek IT itu menggunakan 30 orang pekerja di bawah seliaan Sheikh Kicdefella dan Hisham.

Syarikat Global Media Channel berperanan menyediakan media tv dan portal berita untuk mengangkat imej Husam kepada pelawat dunia maya.

Husam telah menggunakan pengaruhnya sebagai exco Ekonomi Kelantan untuk mengeluarkan duit PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) bagi menyengarakan kos operasi syarikat itu.

Jadi beradasarkan hipotisis ini, Husam Musa bakal menjadi pemenang Timbalan Presiden PAS dan bakal Presiden PAS untuk generasi akan datang.

PAS perlu - berhati - hati terhadap Husam Musa yang mempunyai agenda peribadi. Sekiranya ahli - ahli PAS yang cintakan wadah perjuangan ISLAM Tulen perlu menyingkir Husam Musa Musa dari sekarang. Husam akan cuba sedaya upaya untuk membawa seberapa ramai puak - puak ERDOGAN ke dalam PAS untuk merampas kuasa dari golongan ULAMA.

Apakah Nasharuddin yang ada sekarang tidak mampu untuk membawa PAS yang tahap yang lebih tinggi. Adakah rakyat Kelantan sedar bahawa satu hari nanti Kelantan akan di tadbir oleh puak - puak Erdogan. Apakah suatu hari nanti Haji Hadi serban Haji Haji akan dipijak oleh Husam. Apa akan jadi pada Tok Guru Nik Aziz suatu hari nanti.

Ingatlah Orang Melayu Islam dalam PAS jangan terpedaya dengan permainan kotor Anwar Ibrahim. Dia adalah pelancap politik di malaysia, Perogol Demokrasi di Negara kita. Anwar pemimpin yang bertopengkan Islam. Anwar adalah agen kepada YAHUDI yang cuba menguasai negara Islam.

1 ulasan:

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Nampaknya yang terang lagi bersuluh.. Rosaknya UMNO kerana Anwar dan rosaknya PAS kerana budak suruhan Anwar, Husam Musa... iaitu Politik Wang... tapi PAS sebut Politik Hadiah!... sama je la kan..

Kongsi Link Anda