Popular Today

Khamis, September 03, 2009

Kapal selam pertama negara selamat tiba jam 9.20 pagi

oleh Wan Jailani Razak

PELABUHAN KLANG: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman selamat tiba di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah jam 9.20 pagi ini.

Ketibaannya disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu istiadat penuh bersejarah di Jeti KD Sultan Abdul Aziz Shah.

Turut menyambut, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

KD Tunku Abdul Rahman merapat ke jeti jam 9.20 pagi dalam keadaan timbul.

Ia memulakan pelayaran dari Toulon, Perancis pada 11 Julai lalu dan mengambil masa 54 hari dengan melalui pelabuhan Jeddah, Djibouti dan Cochin sebelum tiba di Pelabuhan Klang.

Pelayaran KD Tunku Abdul Rahman diketuai Pegawai Memerintah Komander Zulhelmy Ithnain, ia dikendalikan sepenuhnya oleh 32 pegawai dan anggota Tentara laut Diraja Malaysia (TLDM).



Sumber: berita harian

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aduhh bangga nya akuu.....melihat kapal selam pertama m'sia.

tapi ini la juga projek yg anwar fitnah najib. mmg muka tak tau malu punya anwar, dulu dia kata dia di fitnah, tapi dia memfitnah najib sampai menjejes air lior tak pa.

guna RPK utk spin kepala org m'sia suruh percaya SD palsu, mana dia RPKKKKK...... bodoh suruh org percaya yg saiful terpaksa mengaku utk selamatkan rosmah. hehehe...

rosli

Tanpa Nama berkata...

kalau suruh PAS buat kapal selam, sampai skrg tak timbul2, hahaha...

apa yg PAS boleh buattt, bagitau sini.??

stakat mengkritik, budak tak pas periksa pun bleh kondemm org lainnn. ko tgk tu, dgn bijik mata ko, kejayaan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

btul tuhh. dengan mengkritik sajaa boleh buat kapal selam ka PAIHH. stakat air lioq dapat air lioq jugak laa. - hisham

Tanpa Nama berkata...

rumah pemimpin pas terengganu 7 juta?? apa cerita?? YB sepenggal boleh dapat sampai 7 juta. wooo... aku pun nak jadi YB PASSS... aku ada jubah , kupiah dan serban, am i qualified.??

Tanpa Nama berkata...

Bangsa Melayu perlu berbangga kerana anak Melayu bukan sahaja mampu berada di angkasa bahkan di dalam air pun Melayu kini mampu berada...

anak Malaysia berkata...

Bangga sebagai rakyat Malaysia!Lebih bangga lagi kalau kita menggiatkan usaha menguasai industri pertahanan dan perkasakan RnD.Kita sudah boleh buat kereta sendiri,tidaklah mustahil untuk kita membina kelengkapan pertahanan sendiri seperti kapal,kapalselam,jet,kereta kebal dll.

Kongsi Link Anda