Popular Today

Rabu, November 04, 2009

SPRM bertindak, PR kecewa..

Syabas dan tahniah kepada SPRM kerana tegas menjalankan tugas dan amanah.. hari ni lebih 6 orang dihadapkan di Mahkamah atas tuduhan rasuah.

Tindakan SPRM menahan AP BN dan pembantu khas PR membuktikan SPRM tidak memilih bulu dalam melaksanakan tugas... namun apa yang penting ialah bukti yang cukup bagi membuat pertuduhan.

Hari ini SPRM membuat dakwaan Enam termasuk Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Yap Soo Sun dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini atas pelbagai tuduhan rasuah membabitkan permohonan pengeluran peruntukan ADUN.

Abdul Rahman didakwa atas lapan tuduhan menakala Soo Sun pula, tujuh tuduhan membuat tuntutan palsu berasingan bagi program-program yang tidak wujud pada tahun lalu.

Turut didakwa, Pegawai Khas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Wong Chuan How atas tuduhan rasuah dan pecah amanah membabitkan wang peruntukan ADUN sebanyak RM7,500.

Sementara Mohd. Rosli Bushra pula didakwa bersubahat dengan Abd. Rahman manakala Mohd. Firdaus Abu Zarin bersubahat dengan Soo Sun bagi kesalahan tersebut.

Dalam prosiding hari ini, pembantu khas Menteri Besar Selangor, Mohd. Yahya Mat Sahri turut didakwa atas tuduhan menipu dan menggunakan dokumen palsu berhubung pembiayaan majlis sambutan 100 hari pakatan rakyat

Bukan sebagaimana cakap-cakap kosong pembangkang yang hanya menuduh BN mengamalkan rasuah tetapi tidak mengemukakan bukti.

Pastinya tindakan SPRM yang profesional ini akan mengecewakan pembangkang kerana mereka seringkali menuduh SPRM sebagai pro BN dan sebagainya. Dengan ini seterusnya menafikan tuduhan pembangkang kepada SPRM.

Tuduhan jahat kepada SPRM ini hanyalah bertujuan politik untuk menjatuhkan imej BN dan negara.

Sumber - Utusan

1 ulasan:

Tai berkata...

Biasalah, mereka semuanya baik, orang semuanya buruk.

Kongsi Link Anda