Popular Today

Isnin, Januari 25, 2010

PKR anti pemimpin pertahan kalimah Allah

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan disiplin terhadap wakil rakyatnya Zulkifli Noordin yang membuat aduan di Akta Hasutan terhadap Ahli Parliman Khalid Samad.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Zulkifli Noordin tidak sewajarnya membuat aduan polis meminta rakan sejawatannya dari PAS itu disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Tindakan Zulkifli Noordin bertentangan dengan prinsip dan semangat Pakatan Rakyat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

“Kami sangat kesal dengan tindakan beliau yang bertentangan dengan rangka kerja bersama Pakatan,” kata beliau selepas mesyuarat AMK di sini.

“Kami juga mencabar beliau tampil dan menjelaskan kepada AMK berhubung tindakannya... kami mencabar beliau agar berdebat dengan kami atas prinsip agama Islam dan ilmu. (baca selanjutnya di sini)

kata AB : Semakin hari semakin Jelas bahawa PKR memang anti pemimpin yang pertahankan kalimah Allah. Walaupun terdapat ahli mereka yang cuba mempertahankan kalimah Allah, maka mereka akan berhadapan dengan hukuman.

Adakah pemimpin begini umat Islam hendak harapkan untuk mempertahankan, tentu tidak mungkin. Ini semua berlaku angkara PKR dan PAS yang semakin rosak akidahnya akibat menjadi boneka DAP jahanam.

Adakah salah umat Islam mempertahankan kalimah Suci Allah SWT?...

Atau PAS sudah terlalu sesat untuk mempertahan kesucian kalimah Allah?

Nauzubillah min zalik..

1 ulasan:

bungaraya berkata...

Sebenarnya UMNO mengalu-alukan kedatangan Ustaz Zulkifli kepangkuannya, jika belaiu mahu. Prinsip dan keaserasian perjuangan YB Zulkifli lebih ketara sama seperti prinsip perjuangan UMNO. Kenapa mesti bertahan dalam parti yang tidak langsung menampakkan kesunggughan perjuangan yang suci? Hanya kepura-puraan all the way!!!!!

Kongsi Link Anda