Popular Today

Rabu, Oktober 13, 2010

Penarikan Pingat Ibrahim Ali kerana desakan Kerajaan PAS?

Umum tahu betapa bencinya PAS kepada Ibrahim Ali khasnya beliau membuat banyak keputusan yang melukakan hati kerajaan PAS.

Nampaknya PAS membalas kebencian ini dengan menpergunakan Istana untuk menarik balik Gelaran Datuk kepada Ibrahim Ali [rujuk sini]...

Ini mungkin mesej yang jelas oleh Kerajaan PAS kepada Ibrahim Ali, bahawa Istana sekarang bersama kerajaan negeri..

Ianya bukanlah mempertikaikan kuasa Mutlak Tuanku Sultan Kelantan.. tetapi cuma persoalkan peranan Kerajaan PAS dalam penarikan balik terhadap gelaran Dato' yang diperolehi Ibrahim Ali. kerana sentimen kebencian PAS kepada Ibrahim Ali... iaitu tangan ghaib..

Ianya telah disahkan apabila Ibrahim dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.. Pingat yang dikurniakan ketika itu, oleh Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim Ibrahim menjelaskan beliau tidak tahu sebab mengapa di tarik balik pingat tersebut..

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Namun syabas kepada Ibrahim Ali yang menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan masih menjunjung setia kepada Sultan Kelantan..

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ini beza antara Ibtahim Ali dengan Chua Jui Meng ketika ditarik pingat.. apabila bertindak dengan mempertikaikan penarikan balik gelaran tersebut.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda