Popular Today

Sabtu, Februari 26, 2011

Anwar, Nik Abdul Aziz Pengkhianat Bangsa: Dr M

KAMPUNG GAJAH: Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian," katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini, Sabtu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti PAS, baru dianggap sah sebagai orang Islam," katanya.

Dr Mahathir berkata pemimpin PAS itu juga sanggup mengeluarkan kenyataan beliau sedih dilahirkan sebagai orang Melayu kerana ingin mendapat simpati dan sokongan daripada kaum lain.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, beliau berkata negara perlu mencatat pertumbuhan ekonomi 7 peratus setiap tahun bagi mencapai sasaran taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata rakyat juga perlu bekerja kuat untuk memastikan pengeluaran produktiviti berkualiti tinggi kerana negara tidak boleh bergantung kepada pelaburan luar sahaja sebaliknya mesti memberi galakan kepada pelaburan dalam negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib adalah antara kira-kira 5,000 orang yang menghadiri perhimpunan itu. -BERNAMA

2 ulasan:

Saladin berkata...

Puak2 PAS dan PKR ni, cakap bukan main pandai....yang sakit hati bila depa bodohkan kita kononnya kalau depa memerintah semua harga barang turun setiap tahun..sampai peringkat boleh dapat free je...he he...ini la yang ada dalam kepala hotak depa...berlagak nak memerintah...bertanding tak sampai 70 kerusi macam mana nak memerintah...bodoh betul..bagi saya sapa yang sokong puak ni memang bodoh sakan...

Tanpa Nama berkata...

Wah..wah..pandai sungguh orang umno ni, kalau mengucap dua kalimah syahadah masuk syurga, tapi dia tahu ke,apa dia tuntutan syahadah?cuba tengok terjemahan al-quran surah baqarah ayat 6-15 maksudnya sebahagian manusia mengaku beriman dengan allah dan hari akhirat pada hal tak beriman.mengaku di mulut tetapi cara buatnya bukan islam.saya malas nak tulis panjang.buka terjemahan lepas tu tanya ustaz untuk tafsir.kalau tak percaya ustaz belajar sendiri bahasa arab sebab arab tak ada umno dan pas .

Kongsi Link Anda