Popular Today

Sabtu, Mac 22, 2014

#PRK Taktik Kotor PKR makan diri - Mei Fun pertimbang ambil tindakan






Pakatan Rakyat telah melampaui batas dalam menyerang calon BN N25 Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun. Tuduhan dan fitnah yang tidak berasas terus dilemparkan kepada beliau. 

Gambar photoshop beliau sedang dalam keadaan separuh bogel, tuduhan tentang mendera amah adalah sebahagian serangan jentera PR kepada Mei Fun.

Selain itu, tidak lupa juga tuduhan sebagai Calon Longkang, tawaran beliau akan menjadi ahli majlis jika menarik diri menunjukkan betapa tertekannya PR dalam mencari kelemahan Mei Fun.

Mei Fun menegaskan banyak lagi isu yang dilemparkan terhadap beliau termasuklah isu sebuah sekolah di Damansara yang telah diputarbelitkan pemimpin pembangkang.

Mei Fun adalah seorang calon yang berintegriti tinggi dan berkredibiliti. Jika beliau diberi peluang untuk menjadi ADUN Kajang, pastinya rakyat Kajang tidak menyesal dengan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang. 

Kembali kepada serangan pembangkang yang berterusan kepada beliau.. Mei Fun tidak menolak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyebarkan risalah mendakwa beliau pernah mendera amah warganegara Indonesia pada 2010.

"Kalau saya hendak saman, banyak isu saya boleh dakwa kerana ia telah memburukkan imej dan nama saya.

"Saya akan kumpul semua maklumat yang kita dapat, kalau ada keperluan saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan mahkamah," katanya pada pemberita ketika mengunjungi pusat media Kementerian Komunikasi dan Multimedia, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut penyebaran risalah yang mengaitkan beliau pernah meletakkan jawatan timbalan menteri kerana takut didakwa di mahkamah kerana mendera seorang amah warganegara Indonesia pada 2010.

Bagaimanapun kata Mei Fun, pada masa ini beliau tidak terdesak untuk berbuat demikian sebaliknya lebih menumpukan perhatiannya kepada berkempen hingga ke saat akhir.

"Sekarang saya tumpu pada kempen dan saya hanya jelaskan kepada pengundi apakah gambaran sebenar fitnah itu.

"Saya benci dengan taktik kotor sebegini, kalau hendak mendakwa kita mesti buang masa yang banyak kalau terlalu serius saya akan ambil tindakan mahkamah," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda