Popular Today

Selasa, April 01, 2014

Hobi baru raja bomoh?


Bomoh 1
Nampaknya, sebilangan rakyat Malaysia mempunyai ‘hobi baru’ iaitu berlakon menjadi orang lain di Twitter.
Kemungkinan besar, individu yang suka melakukan perkara ini terdiri daripada mereka yang tidak ada kerja atau ketagih perhatian.

Terbaru, sebuah akaun Twitter dipercayai parodi dihasilkan seseorang menggunakan twithandle @DatukMahaguru.

Akaun ini dipercayai dibuat susulan populariti yang diraih Bomoh Mahaguru Mat Zain selepas melakukan ritual pelik di KLIA ketika orang sedang sibuk tentang nasib pesawat MH370 selain cabarannya untuk menampar seorang ahli politik melalui YouTube.

Tak dinafikan, membaca Twitter parodi kadang-kadang memang menghiburkan tapi sesetengah perkara seperti isu melibatkan tragedi tidak harus dibuat main-main.
Bomoh 2
Sesetengah orang yang membuat lawak membabitkan isu MH370 mungkin beranggapan mereka hanya mahu memeriahkan keadaan tapi ketahuilah, perkara ini tidak kelakar langsung bagi pemimpin negara dan pihak berkuasa yang sedang bertungkus lumus mencari pesawat negara tersebut.
Bomoh 3
Pada masa sama, lawak tidak kena tempat seperti ini sudah tentu menghiris perasaan anggota keluarga dan waris penumpang serta anak kapal terlibat.
Sumber: KLxpress


Bagi Admin  Siapa yang menguruskan Twithandle ni tak penting.. sebab apa pun yang raja bomoh ini buat memang memalukan negara!!

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda