Popular Today

Ahad, April 27, 2014

KECAMAN Tun M terhadap BOEING merungkai DALANG kehilangan MH370


Sehingga post ini dikeluarkan Dato Seri Najib masih belum bersedia dan mengumumkan akan mendedahkan laporan awal siasatan lebih kurang seminggu lagi bagi pemeriksaan akhir untuk mengelakkan maklumat yang tidak tepat. Jelas pencarian MH370 yang masuk bulan ke-2 mempunyai lebih banyak maklumat yang sahih berbanding post saya seawal 9 Mac iaitu kurang 48 jam setelah kehilangan MH370 bertajuk "Pesawat MH370 telah mendarat dilokasi rahsia?"
Semalam Tun Dr Mahathir pula mengeluarkan post yang sepenuhnya mengulas kehilangan MH370 dan mengecam syarikat pengeluar pesawat BOEING yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama negara mengalu-alukan lawatan rasmi manusia paling berkuasa di dunia Presiden Amerika Syarikat Barrack Hussein Obama yang mana Tun M tidak dijemput langsung dalam sebarang sesi pertemuan dijadualkan sempanjang lawatan itu.
Sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia yang mentadbir negara selama lebih 23 tahun, sudah pasti maklumat yang diperolehi Tun M datang dari sumber yang bukan calang-calang untuk dipersoalkan kredibilitinya. Sekatan terhadap penyiaran kecaman beliau di laman tertentu dilihat sebagai mengganggu mood lawatan Obama yang sedang berlangsung.
Apa yang saya dapati setelah membaca ulasan Tun seperti saya sertakan dalam post ini, saya lihat sangat jelas hasil siasatan awal telah diketahui Tun dan ia menyalahkan pengurusan kawalan keselamatan MAS dan JURUTERBANGnya iaitu Kapten Zaharie Shah. Tun mengecam keras bertubi-tubi dengan sindiran tajam bahawa jika inilah yang dimaksudkan dengan kecanggihan teknologi kebanggaan BOEING maka semua kecanggihan itu tiada maknanya sekirannya ia tiba-tiba sahaja boleh setaraf atau lebih mundur sehingga dunia terpaksa bergantung dengan teknologi kurun terdahulu melalui si primitif isyarat PING satelit IMARSAT.
BOEING yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun dulu bermodalkan spesifikasi teknologi khayalan untuk menarik kontrak pembelian bernilai ratusan juta dollar. Secanggih mana pun teknologinya tetapi jika hanya digunakan oleh pihak tertentu sebagai helah agenda maha rahsia, maka pesawat keluaran BOEING patut dikembalikan semula oleh pelanggannya dari seluruh dunia sebagai protes atas penipuan presentasi.
Kecaman Tun juga membawa maksud bahawa spekulasi saya sebelum ini yang mengaitkan Juruterbang sebagai dalang adalah tepat. Cuma ia tidak akan menjadi misteri terlalu lama tanpa bantuan dalang berstatus mastermind seperti BOEING.

sumber : Zulhairi Blog

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda