Popular Today

Khamis, Oktober 29, 2009

PAS S'gor - JK Displin perlu siasat tuduhan palsu!

Mesyuarat khas jawatankuasa pusat parti itu malam tadi memutuskan PAS Selangor dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin berhubung dakwaan Dr Hassan masih terlibat dengan isu tersebut.

Menyokong keputusan mesyuarat khas itu, setiausaha perhubungan PAS negeri Mohd Khairuddin Othman turut mendesak jawatankuasa disiplin menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat tuduhan terhadapnya jika didapati ia tidak benar.

"Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti.

Antara Pendirian PAS Selangor yang dikeluarkan oleh Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor adalah seperti berikut:

1. Menerima Keputusan khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

2. PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

3. Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat.

4. Menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh termasuk ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

5. Mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar.

6. Menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Semua pendirian PAS Selangor ini sekali lagi menegaskan sebagaimana bertentangan dengan kehendak Nik Aziz iaitu tidak mahukan EGM ini bermaksud PAS Selangor menang dalam kehendak mereka.

Selain itu juga, PAS Selangor mahu mengheret bersama mereka yang menuduh PAS Selangor dan yang penting mengenalpasti siapa yang membocorkan rahsia PAS Selangor.

Dan paling penting ialah taat setia PAS Selangor kepada Presiden...

Sumber : Malaysiakini

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda