Malaysiakini has been denied media accreditation by Umno to cover the party's annual general meeting beginning today
At least six new media publications including Malaysiakini have been denied media accreditation by Umno to cover the party's annual general meeting beginning today.
No official reasons were given for the party's decision in denying official access to these news organisations to cover the five-day meet.
Apart from Malaysiakini, the other organisations denied official access are The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah, Merdeka Review and Chinese website Laksou.
Malaysiakini submitted its applications on Feb 27 and was unofficially informed yesterday that it would not be granted accreditation.
Officials at the party headquarters today informed Malaysiakini journalists that the decision to deny the official media tag was made at a higher level.
Umno executive secretary Husainy Hashim said Malaysiakini had been barred because the online website's coverage of previous party meetings was "not friendly
Apa yang nak terkejut dulu utusan pun pernah di halang untuk mengadakan liputan. Jika Malaysia kini pun dihalang. Apatah lagi kalau dilihat laporan Malaysiakini berbeza bagi setiap bahasa Melayu, Cina dan Inggeris bagi setiap isu yang dilaporkan.
Popular Today
Selasa, Mac 24, 2009
BN akan berdepan penderhaka Sultan dan pengkhianat bangsa
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 52 pada majlis mengumumkan calon di padang Taman Kota Jaya, Simpang di sini malam ini.
Nizar dipilih mungkin kepada faktor simpati kepada beliau, selain itu pula beliau memang menjadi kegemaran kebanyakan kaum Cina kerana beliau adalah dari keturunan kaum tersebut dan lebih bersifat perkauman.
Isu-isu utama yang akan dibawa oleh PAS ialah sebagaimana diketahui mengenai krisis negeri Perak dimana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang kepercayaan oleh majoriti ADUN.
Namun dengan cara keji, PR Perak telah mengemukakan dokumen palsu mengenai perletakan jawatan 3 ADUN bebas yang telah dikemukakan oleh Speaker haram jadah kepada SPR. Tujuannya ialah bagi menghalang ketiga-tiga ADUN bebas bersama ADUN BN membuat undi tidak percaya kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Jika cara keji ini tidak dilakukan nescaya krisis negeri Perak telah selesai lebih awal.
Pembangkang juga mempertikaikan mengenai isu lompat ketiga-tiga orang ADUN Pakatan Rakyat. Sebagaimana diketahui bahawa yang mengajar lompat-melompat ialah Anwar Ibrahim el-juburi, bermula beliau melompat ke kerusi isteri beliau di Permatang Pauh. kemudian janji hendak bawa ahli parlimen BN melompat ke PKR untuk merealisasikan tarikh lompat 16 September 2008.
Rakyat juga ingat peristiwa melompat sebelum itu iaitu YB dari Parit yang melompat sekejap ke PKR dan mendapat pujian melangit dari pemimpin dan penyokong pakatan rakyat. Namun apabila berlaku sebaliknya, mereka menghina dan mengeji tindakan ADUN yang melompat kepada BN.
Dan Antara tindakan keji yang lain ialah tindakan Speaker haram jadah yang sekali lagi membuat undang-undang hutan, kerajaan negeri pasir 2 butir yang melarang Dr Zambri dan EXCOnya dari menghadiri sidang DUN .... sekali lagi tujuannya, Pakatan Rakyat bimbang jika semua ADUN BN dan ADUN bebas bergabung maka tumbanglah kerajaan PR Perak.
Namun sekali lagi tindakan keji diambil oleh PR Perak apabila menafikan hak sultan untuk melantik menteri besar yang baru dimana baginda yakin dan percaya bahawa kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang keyakinan oleh majoriti ADUN sebab itu baginda jumpa satu persatu untuk mengesahkan sendiri perkara tersebut dan akhirnya beliau mengambil keputusan yang hikmah dan bijaksana bahawa kerajaan negeri yang sah ialah kerajaan negeri BN yang telah mendapat kepercayaan majoriti ADUN.
Kemudian mereka berkata bahawa kerajaan BN tidak kuat kerana hanya lebih 3 kerusi, namun mereka terlupa bagaimana kerajaan PAS negeri kelantan boleh bertahan dengan beza satu kerusi pada tahun 2004-2008. Semua ini ialah pembohongan mereka terhadap rakyat.
Pada pilihanraya ini ialah penentuan kepada masa depan Sultan Perak itu sendiri atau Institusi beraja secara keseluruhannya. Iaitu Pilihanraya yang menguji sejauh mana ketaatan dan kesetiaan rakyat Perak terhadap Sultan Perak.
Pakatan rakyat telah menuduh Sultan Perak bodoh, alat BN, sultan dipengaruhi BN dan sebagainya... itulah yang mereka maksudkan apabila mereka berkata sedemikian sebab Sultan Perak ialah antara Sultan paling dihormati, terpelajar dan mahir dalam bidang undang-udang kerana baginda pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Inilah pembohongan pakatan rakyat yang sedang dijaja di mana-mana di muka bumi ini. Bahkan menghasut rakyat untuk bersama derhaka kepada sultan dengan pelbagai alasan.
Kini sangat jelas, bukan lagi sejarah dan sedang berlaku dan tidak payah hendak diungkit mengenai isu UMNO derhaka kerana itu semuanya sudah berlalu,
Sekarang, pada masa ini umat Melayu sedang menghadapi penderhaka dan pengkhianat bangsa.. kejadian dan tindakan derhaka sedang berlaku apabila Nizar sembah derhaka dan membelakangkan titah sultan...
Orang Melayu perlu bersatu menentang penderhaka dan pengkhianat bangsa, pastikan penderhaka tersungkur dibumi Bukit Gantang ini. Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung.
Isnin, Mac 23, 2009
Media pemfitnah no.1 digantung
Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.
Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.
Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.
"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN itu dipetik.
Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.
KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.
Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.
Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN.
Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000.
Fairus akui konspirasi PKR atas tekanan DAP!
Mohammad Fairus Khairuddin, who resigned as Penang Deputy Chief Minister on Saturday, said he is a victim of a conspiracy within Parti Keadilan Rakyat (PKR) and would strike back once he has gathered enough evidence against the plotters.
Mohammad Fairus told Nanyang Siang Pau on Thursday he was victimised by people from within PKR and denied allegations that the Mercedes Benz and BMW he owns were bought with cash.
On Saturday, after resigning from the No. 2 post in the state, he revealed to Nanyang the identity of the main conspirator and said he was gathering evidence.
Mohammad Fairus, whose whereabouts remain a mystery, said once he has enough evidence he would appear in the public to clear his name, name the conspirators, and return to Penang to launch a counter-attack.
He said although those who have conspired against him are heavyweights in Penang PKR, some grassroots and colleagues are rallying behind him to help him though this difficult time.
The Penanti assemblyman, who also told the daily in an sms on Saturday night that he was "not locked up somewhere", said he would not appear in the public for now for fear the incident would be turned into an issue by the Barisan Nasional in the coming by-elections.
"I cannot come out (from hiding)! This is not the time to come out to make clarifications, the BN will turn it into an election issue," he told the daily by phone.
He said although he was misunderstood and there were false accusations against him, he was willing to make sacrifices for the sake of the party and the various races in the state.
He also urged the daily's reporter to convey to the public the message that he is fine and that he is innocent.
"Please tell everyone that I have spoken to you through the phone. Tell them I am innocent. For (the sake proving) my innocence, I will be back! You must help me," he said.
Jadi memang sahlah ianya konspirasi dan ini yang ke-5 selepas Arumugam (Bukit Selambau), Alizabeth Wong (Bukit Lenjan), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaludin Md Radzi (Behrang) kini giliran Mohamad Fairus....
Kita ingat apa yang berlaku kepada mereka ini setiap peristiwa adalah sebahagian masalah dalaman PKR... kemungkinan besar ianya adalah tindakan orang dalaman PKR?
(sumber The SUN)
Pakatan Rakyat lebih merbahaya dari Malayan Union ? - Dr Mahathir
Agaknya itulah yang Tun mahathir mahu sampaikan apabila beliau menyebut keadaan Melayu hari ini lebih merbahaya dari Malayan Union
Katanya pada masa itu orang Melayu boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh mereka sebagai racist.
“British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum lain yang berhak membuat apa-apa perjanjian.”katanya.
Dalam ucaputamanya di perhimpunan dan sidang kemuncak Pribumi Perkasa Negara di Kuala Lumpur Ahad beliau berkata sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu.
Menurut Dr Mahathir negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India.
“Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai.
“Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja,”katanya.
Pkatan Rakyat umumnya dan DAP khasnya patut dilabelkan racist/ perkauman kerana menghasut kaum Cina takutkan kepada UMNO, menabur pelbagai fitnah dan tohmahan kepada UMNO supaya kaum Cina membenci UMNO. sebab itu mereka kini lebih bahaya dari Malayan Union..

Ahad, Mac 22, 2009
Saya bercakap kerana Melayu hadapi tekanan dan penghinaan - Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau memberanikan diri bercakap mengenai orang Melayu di negara ini walaupun akan dituduh sebagai perkauman kerana mereka kini dilanda pelbagai masalah dan ancaman. Bekas Perdana Menteri berkata, jika orang Melayu tidak dibenar bercakap mengenai masalah dihadapi, mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak di negara sendiri.
Beliau berkata, bahaya itu ada kebenarannya kerana orang Melayu sudah melihat tekanan dan penghinaan terhadap bangsa sendiri apabila mereka dijadikan minoriti di wilayah yang dulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.
"Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan kerana orang lain, tetapi kerana orang Melayu sendiri yang suka membinasakan diri sendiri.
"Mereka tidak mahu merebut peluang yang disediakan bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi mat rempit," katanya ketika menyampaikan ucapan Menangani Masa Depan Pribumi Dalam Cabaran Politik Semasa pada Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini, semalam.
Perhimpunan sehari yang dianjurkan Pribumi Perkasa Negara itu turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Dr Mahathir berkata, orang Melayu tidak suka dengar semua itu kerana malu, tetapi jika tidak disuarakan masalah berkenaan, ia tidak akan hilang dengan sendiri.
"Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan salah lagi," katanya sambil menambah apa guna Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan jika orang Melayu tidak mahu menggunakan peluang yang diwujudkan.
Mempertahankan bangsa Melayu sebagai racist?
Hari ini Tun Mahathir sekali lagi mempertahankan hak Melayu di dalam Program Perkasa, di dalam satu Artikel Malaysian Insider terus menuduh dan menghentam TDM sebagai racist kerana mempertahankan hak bangsanya. Begitulah dengan komen-komen mengenai ucapan TDM ini.Tun Dr. Mahathir Mohamad played the race card today, warning the Malays could lose their political power.
The former prime minister told a gathering of more than 1,000 at a rally organised by right wing Malay group Perkasa that the community was under threat from "various parties" which he did not specifically name.
He said that the Malays were being unfairly described as racists who practised apartheid but he contended that the community was only protecting their own rights.
"Malaysians have forgotten about the nation's history and have abused the kindness of the Malay people."
"Malays are even called immigrants in their own country. Other immigrants cannot be called immigrants. If anybody were to call them immigrants then they must apologize but no apologies are needed if they call Malays immigrants," he said.
Dr Mahathir instead accused the Chinese educationist group Dong Jiao Zong (DJZ) as racists who practised apartheid.
"That is apartheid, not us. We proposed that everyone study together in one school then only can you have bangsa Malaysia.
"But they did not want this. They did not want to mix with the other races especially the Malays. They did not want their children to mix with Malays and that is apartheid, not us."
Dr Mahathir's administration had proposed the formation of Vision Schools to group national, Chinese and Tamil primary schools in one single compound, but his idea was opposed by DJZ and only a few such institutions were ever set up.
The former prime minister also defended the rights of the Malays to speak up for themselves.
"I would like to say a little bit about the Malay people in Malaysia even though I might be accused of being racist. If the Malay people are not allowed to speak about their problems then they might become a race that do not have any rights in their own country.
"These dangers are true because we can already see the pressure and insults against our people when they are made as minorities in their own community," he explained.
Mahathir told the audience that Malays were lucky because they held political control in the country.
"Even though the Malays were divided by different political parties, there were able to unite and retain power. Malays were respected and feared but now they no longer control the country's power.
"Nowadays people no longer respect us. Whatever is asked by others, even if they are winners or losers and even if they are right or wrong, we have to entertain them. We must respect others, even a little mistake we must apologize on behalf of the Malay race...
Hakikatnya kaum lain sangat suka Melayu lemah dan berpecah supaya setiap tuntutan mereka dapat ditunaikan, dengan lemahnya Melayu mereka boleh mengugut bangsa Melayu yang mahu mempertahankan bangsanya, dan mereka sanagat suka kepada Melayu yang menggadai bangsanya... kerana mereka mudah untuk memperkudakannya, sehingga tanah rezab Melayu pun boleh diberi sehingga 999 tahun yang tidak pernah dibuat oleh Negara China, Taiwan dan Hong Kong, apatah lagi Singapura....
Orang Melayu kini sedang menghadapi kaum bukan Melayu yang sedang bersatu untuk meruntuhkan benteng Melayu... Bangkit dan bersatulah..... sebelum bumi dipijak milik orang..
Ucapan Tun Dr. Mahathir Di Perhimpunan Dan Sidang kemuncak Pribumi Perkasa Negara
1. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada penganjur perhimpunan ini kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya untuk berucap kepada hadirin.
2. Saya yakin ramai daripada kita yang hadir, terutamanya orang Melayu dan bumiputra lain, hadir kerana kita berasa kita berada dalam keadaan cemas, keadaan yang merbahaya, keadaan terancam.
3. Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak.
4. Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang.
5. Melayu mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan.
6. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain.
7. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu dasar Ekonomi Baru lagi.
8. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.
9. Kuasa politik dibolot oleh orang Melayu dan lain-lain.
10. Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan ini Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist. Malays harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Mereka juga boleh tambah tokok kepada kecaman ini dan mereka ini akan dianggap liberal dan disanjung tinggi oleh orang lain. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walaupun kesalahan dilaku oleh orang lain.
11. Demikianlah situasi yang mereka hadapi sehingga mereka berasa mereka bersalah, tergamam dan tak dapat berkata apa-apa.
12. Keadaan hari ini lebih merbahaya daripada keadaan semasa British merancang untuk menakluk negeri-negeri Melayu dengan perancangan Malayan Union. Pada masa itu kita boleh cakap berkenaan Melayu dan tidak ada sesiapa yang akan tuduh kita sebagai racist. British pun tidak panggil kita racist. Mereka akui memang pun hak orang Melayu menuntut negeri-negeri Melayu sebagai hak orang Melayu. Semua perjanjian berkenaan dengan negeri-negeri di semenanjung mesti dibuat dengan Raja-Raja Melayu. Tidak ada siapa dari kaum laim yang berhak membuat apa-apa perjanjian.
13. Sekarang orang Melayu tidak pun boleh berkata negeri ini negeri Melayu, tidak boleh sebut negeri ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Negeri Jepun boleh dikatakan negeri orang Jepun, negeri Korea – negeri orang Korea, negeri China – negeri orang Cina, negeri India – negeri orang India. Tetapi negeri Melayu – bukan negeri orang Melayu. Dahulu mungkin. Tetapi tidak sekarang. Sekarang Malaysia, hak orang Malaysia dan bukan hak orang Melayu saja. Kesanggupan dan kerelaan orang Melayu berkongsi milik negara ini tidak sedikit pun dihargai. Pemberian satu juta kerakyatan oleh Tunku Abdul Rahman Putra kepada kaum lain tidak dihargai bahkan tidak diingati, dilupakan dengan begitu sahaja.
14. Orang Melayu dikatakan kaum pendatang di negaranya sendiri. Dan kaum pendatang lain tidak boleh dipanggil kaum pendatang. Jika sesiapa berbuat demikian, mereka mesti minta maaf. Tidak perlu sesiapa minta maaf jika berkata Melayu kaum pendatang.
15. Namun saya memberanikan diri untuk bercakap sedikit berkenaan orang Melayu di Malaysia walaupun akan dituduh sebagai racist. Saya beranikan diri kerana sesungguhnya orang Melayu berada dalam keadaan cemas, dilanda oleh bermacam-macam masalah dan ancaman. Jika orang Melayu tidak dibenar bercakap berkenaan masalah mereka, maka mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak (dispossessed) di negara mereka sendiri. Bahaya ini benar kerana kita sudah lihat tekanan dan kehinaan terhadap bangsa kita apabila mereka dijadikan bangsa minoriti di wilayah yang dahulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.
16. Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan sahaja kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu sendiri. Mereka suka membinasakan diri mereka.
17. Mereka tidak mahu merebut peluang yang disedia bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi Mat Rempit.
18. Majoriti daripada rakyat Malaysia yang terlibat dengan dadah terdiri daripada orang Melayu, yang mendapat penyakit HIV Aids kebanyakan adalah Melayu, kes rogol dan jenayah lain juga ramai orang Melayu.
19. Yang gagal dalam perniagaan juga Melayu, tidak bayar hutang Melayu, tak selesaikan kontrak juga Melayu.
20. Gejala jualan AP pun melibatkan Melayu.
21. Kita tak suka dengar semua ini. Kita malu. Tetapi jika tidak disuarakan masalah tidak akan hilang dengan sendirinya. Orang lain tahu juga. Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan yang salah lagi.. Tak mungkin kita dapat sedarkan semua.
22. Dasar Ekonomi Baru dibentuk supaya dalam jangkamasa 20 tahun kita akan dapat bahagian kita sebanyak 30%. Tetapi sekarang sudah hampir 40 tahun. 20% yang dikatakan kita dapat pun dapat kerana badan-badan yang mewakili Melayu, bukan orang Melayu sendiri. Kita hendak supaya DEB diteruskan. Apa gunanya jika kita tidak mahu guna peluang yang diwujudkan? Apakah kita mahu DEB kerana nak jual AP, kontrak, lesen dan sebagainya? Lebih baik DEB tidak diteruskan dan kita tidak dapat selewengkannya. Sekurang-kurangnya kita tak akan malu kerana pelbagai ejekan yang akan dibuat kepada kita.
23. Kita bernasib baik kerana dalam bidang politk kita cekap, kita kuat, kita dapat menguasai Kerajaan selama 50 tahun. Walaupun Melayu berpecah kepada beberapa parti, bermusuh sesama sendiri, tetapi majoriti Melayu masih dapat kekalkan kuasa mereka. Mereka dihormati dan disegani.
24. Tetapi itu pun sudah terlepas daripada genggaman kita. Sekarang kita tidak kuat lagi. Parti Melayu yang terkenal sudah kalah dalam Pilihanraya Umum ke-12. Parti Melayu yang menangpun berada dalam ketakutan jika parti rakan mereka menolak mereka. Sekarang orang tidak lagi hormat kita. Apa sahaja yang dituntut orang lain, baik yang menang, baik yang kalah akan kita layan. Kita yang perlu hormati orang lain. Tersilap sikit kita minta maaf bagi pihak semua bangsa Melayu.
25. Sesungguhnya pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan, yang menebus maruah kita sudah kita khianati. Mereka berjuang bermati-matian supaya kita hidup bahagia. Mereka korbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Pemimpin Melayu hari ini, pengikut –pengikut mereka tidak tahu mengenang budi. Mereka khianati pejuang-pejuang dahulu dengan melupakan perjuangan asal kerana utamakan kepentingan diri sendiri. Biar bangsa hancur asalkan dapat kemenangan bagi diri sendiri, dapat jadi Menteri, Perdana Menteri, dapat kontrak, dapat duit.
26. Kononnya nak jadi Perdana Menteri termuda. Bukan nak majukan bangsa dan negara, hanya jawatan tertinggi untuk diri sendiri seawal mungkin. Dengan apa cara sekalipun, halal atau haram, tak mengapa asalkan boleh jadi Perdana Menteri termuda.
27. Jika kita sudah sanggup jual bangsa kita, kita jual untuk dapat duit sedikit, untuk jawatan kecil dan besar, untuk isi temolok kita, alamatnya apa? Yang dikejar tidak akan dapat, yang dikilik akan berciciran. Lepas itu kita tidak ada apa-apa yang boleh diraih lagi. Semuanya akan dikuasai orang. Pada masa itu kita jadi hamba sahaja, kita akan meminta-minta sepanjang masa.
28. Ada pula yang dibawah bertanya, orang yang mereka sokong dapat jadi Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar – dapat kereta, dipanggil Yang Berhormat, elaun besar, terbang sana, terbang sini.
29. Kita dapat apa? Duduk di takuk tu juga. Lebih baik kita ambil sedikit bagi diri kita, sementara ada peluang.
30. Salahkah kalau kita terima duit sedikit? Mungkin kita tidak undi orang yang menyogok. Dia bukan tahu. Tetapi Tuhan tahu. Kamu membuat sesuatu yang haram. Kamu bukan sahaja jual bangsa. Kamu menolak agama kamu yang melarang, yang mengharamkan perbuatan kamu. Kamu berdosa.
31. Tapi tak mengapa. Masih muda, tak akan mati lagi. Bila dekat nak mati pakai kopiah putih dan sembahyang kuat-kuat.
32. Tetapi yang haram, haram juga. Kalau makan daging babi haram, makan duit rasuah lebih haram, kerana ia akan binasakan bukan kita sahaja, tetapi kaum bangsa kita yang semuanya beragama Islam.
33. Pengundi salah, samada undi penyogok atau tidak. Salah kerana sudah terima jenayah rasuah sebagai budaya kamu. Apabila rasuah dibudayakan, percayalah bangsa dan negara mungkin dijajah oleh penyogok secara langsung atau tidak langsung. Bangsa akan dihina oleh dunia, akan dipandang rendah, akan dipermainkan orang. Akhirnya yang makan suap, mereka sendiri akan jadi mangsa, mereka sendiri akan terpaksa hulur untuk mendapat apa yang sebenarnya hak mereka. Inilah nasib bangsa yang menjadikan rasuah sebagai budaya biasa.
34. Sesungguhnya Melayu mudah lupa. Kita lupa betapa kita dijajah dahulu, kita terpaksa panggil tuan orang yang menjajah kita, orang yang menghina kita. Tak boleh cakap berkenaan ketuanan Melayu. Kamu jadi hamba dahulu, bukan Tuan, layak hanya untuk tanam padi, tangkap ikan, jadi kuli orang, bawa kereta orang, tukang masak orang.
35. Selama 450 tahun kita dijajah, hidup sebagai hamba, dianggap tidak layak mentadbir negara sendiri, tidak layak merdeka.
36. Kita terpaksa letak diri kita dibawah naungan negara-negara jiran yang lebih kuat.
37. Tiap tahun kita usung bunga emas dan perak untuk dipersembahkan kepada negara penaung-penaung kita.
38. Kadang-kadang Raja kita pun pergi bersama, untuk membukti kesetiaan diri dan negeri kepada negara penanung.
39. Kata orang Kedah “Terkerempun-kerempun” apabila berhadapan dengan orang asing. Mungkin ramai yang tidak faham. Tanyalah orang Kedah. Itulah “body language” kita dahulu walaupun hari ini ada juga, tetapi pada Raja yang tak bertakhta.
40. Saya biasa lihat seorang orang tua Melayu berbasikal di tendang jatuh oleh askar Siam semasa Kedah diberi kepada Siam oleh Jepun. Kesalahan orang tua ini ialah kerana tidak berhenti dan menghormati lagu kebangsaan Siam.
41. Saya biasa lihat orang Melayu ditempeleng dan disuruh panjat pohon kelapa seperti kera oleh Jepun. Inilah nasib orang yang tidak merdeka, tidak memerintah negara sendiri. Boleh ditendang, boleh ditempeleng.
42. Dan yang lihat diam sahaja, tak dapat buat apa-apa, termasuk saya. Dalam kehinaan ini muncul kesedaran dan semangat untuk menebus balik maruah bangsa. Dan bergabunglah orang Melayu untuk menangkis rancangan Malayan Union British, untuk mengekalkan perhambaan orang Melayu. Tidak siapa yang bertanya “apa yang saya akan dapat bagi diri saya” pada ketika itu. Yang kita tumpukan ialah untuk membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah dan dihina. Kalau dalam proses ini kita terkorban, atau kita berada seperti biasa, itu tidak mengapa. Yang kita utamakan ialah maruah bangsa kita, tidak lagi akan ditendang, tidak lagi akan ditempeleng – tetapi akan dihormati oleh kawan dan lawan.
43. Sekarang kita merdeka. Perjuangan pengasas negara telah berjaya. Kita tidak akan ditendang dan ditempeleng lagi. Kita bebas daripada kehinaan. Memang pun keadaan terhormat ini sudah menjadi perkara biasa bagi kita. Bagi ramai dari kita ia datang bergolek. Ia datang melayang. Ia tidak akan dipisah dari kita.
44. Perjuangan orang dahulu adalah perkara lama, tidak perlu diingati. Yang jelas kita sudah merdeka, dapat pelajaran dan kaya sedikit. Soal tendang, tempeleng, itu cerita lama. Pepatah Melayu berkata sekali merdeka, selama-lamanya merdeka. Apa pun kita buat merdeka tetap merdeka. Sekarang ialah masa untuk kita “enjoy”. Kita kecap sepenuhnya nikmat yang ada pada kita.
45. Apa dianya semangat ke-Melayuan? Apa relevannya? Bukankah kita sudah berjaya? Hendak semangat buat apa lagi? Masuk parti untuk apa? Perjuangan sudah selesai dengan jayanya.
46. Tidak bermakna masuk parti jika tidak dapat sesuatu bagi diri sendiri. Kita sokong orang dapat jadi Yang Berhormat, jadi Menteri, dapat peluang raih duit kerajaan dan lain-lain. Kita tak bolehkah dapat sikit bagi diri kita?
47. Tetapi benarkah kita akan merdeka selama-lamanya? Memang benar. Walaupun kita tidak buat apa-apa untuk mengekalkan kemerdekaan, bukankah sudah 50 tahun kita merdeka? Apa yang hendak dikhuatirkan? Lima puluh tahun, 100 tahun lagi pun kita akan merdeka walau apa pun kita lakukan. Takkanlah kerana kita ambil 100 Ringgit duit sogokan maka akan hilanglah kemerdekaan kita? Kita boleh sembahyang hajat dan terima 100 Ringgit lagi. Orang lain terima lebih daripada kita., katanya satu juta. Masih kita merdeka. Tidak benar kerana sedikit rasuah kemerdekaan akan hilang.
48. Tetapi ingatlah penjajahan tidak selalu berbentuk penaklukan secara langsung. Penjajahan boleh berlaku walaupun kita miliki pemerintahan sendiri. Ia boleh berlaku apabila pemerintah kita yang dipilih dan diberi kuasa oleh kita sudah menjual diri mereka kepada orang lain, samada dari dalam negeri atau dari luar. Atau takut jiran marah.
49. Pemerintah yang mengikut telunjuk orang lain bukan bebas lagi. Pemerintah yang menjadi pemerintah melalui rasuah akan benar diri mereka disogok kerana perlu mendapat kewangan yang cukup untuk membeli sokongan lagi supaya kedudukan mereka sebagai pemerintah akan kekal.
50. Untuk mendapat sogokan yang cukup mereka akan sanggup ikut arahan penyogok. Dengan perkataan lain mereka akan jadi alat pada penyogok.
51. Kepentingan penyogok tidak sama dengan kepentingan kita, atau kepentingan bangsa dan negara.
52. Kita sudah lihat hanya kerana hendak kekal sebagai pemerintah, ada yang sanggup layan apa sahaja arahan, tuntutan, desakan oleh pihak yang menentukan jawatan bagi kita. Kalau pun apa yang dituntut merugikan orang Melayu, itu tidak mengapa asalkan kita dapat jawatan, walaupun sebagai “figurehead”, patung sahaja, tidak berkuasa pun.
53. Jika kita terjemah keadaan ini kepada jawatan yang didapati kerana disogok apakah yang tidak sanggup kita buat? Jual bangsa, jual negara pun kita sanggup.
54. Apabila kita sudah jual bangsa dan negara apakah kita merdeka lagi? Sudah tentu tidak.
55. Justeru itu tidak benar kepercayaan kita bahawa sekali merdeka selama-lamanya merdeka. Pada permukaannya kita merdeka tetapi pada hakikatnya kita sudah kembali dijajah. Apabila kita kembali dijajah maka kita sudah khianati pejuang-pejuang kemerdekaan kita dahulu.
56. Itulah kenyataan yang sebenar.
57. Melayu mudah lupa. Kata seorang ahli falsafah; “Mereka yang lupa akan sejarah mereka akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali”.
58. Inilah hasil daripada mudah lupa. Kita lupa bahkan kita tidak suka diperingati akan sejarah kita. Apa kena-mengena peristiwa 50 tahun dahulu? Apa kena-mengena dengan kita akan kemiskinan Melayu, dengan kedaifan mereka dalam bidang ilmu dan profesyen di masa dahulu? Itu dahulu, ini sekarang. Sudah tentu sejarah penjajahan kita dahulu tidak ada kena mengena dengan keadaan kita sekarang. Tidak ada pelajaran yang akan kita dapati daripada sejarah 100, 500 tahun dahulu. Itu semua cerita dongeng.
59. Apa yang kita lakukan sekarang, kita lakukan kerana kita sudah merdeka dan selamat. Buatlah apa pun kita tetap selamat, tetap merdeka.
60. Jadi penagih dadah, jadi pelepak, jadi “Mat Rempit”, jadi penjenayah pun tak mengapa.
61. Bukankah kita yang memilih dan membentuk Kerajaan? Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap kita. Jika kerana amalan buruk kita, sesuatu yang tidak baik menimpa kita, bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan pilihan kita untuk menyelamatkan kita?
62. Jika kita diserang orang bukankah menjadi tanggungjawab Kerajaan yang kita pilih untuk menangkis serangan ini?
63. Jika kerana Kerajaan yang kita pilih terdiri daripada orang yang sogok duit pada kita dan mereka pula disogok oleh orang lain dan mereka berasa lebih terikat kepada yang menyogok mereka dan kurang bertanggungjawab kepada kita kerana sokongan kita mereka dapati kerana kita terima sogokan, apakah yang dapat kita buat? Tak banyak. Hanya menerima sahaja.
64. Akan menjadi lebih buruklah nasib kita sepanjang masa.
65. Hakikat yang sebenar ialah sokongan kita, undi kita yang kita jual tidak lagi mengikat mereka yang kita pilih untuk jadi Kerajaan.
66. Mereka akan anggap balasan kepada sokongan kita sudah pun dibuat melalui wang sogokan daripada mereka.
67. Sesungguhnya nasib kita ada di tangan kita. Jika nasib ini tidak baik kitalah yang harus berusaha untuk memperbaikinya. Ingatlah, Tuhan telah berfirman yang Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya.
68. Apakah kita sedang berusaha untuk memperbaiki nasib kita? Tidak ternampak satu pun usaha ke arah ini. Yang kita lihat ialah perbuatan merosakkan lagi keadaan nasib yang sudah buruk ini.
69. Kita tahu yang kita lakukan bukan untuk memperbaiki keadaan. Tetapi kita lakukan juga untuk kepentingan semasa kita. Masa depan soal lain.
70. Pejuang-pejuang kemerdekaan telah pilih demokrasi sebagai cara kita memerintah. Kenapa?
71. Sebabnya ialah kerana mereka percaya majoriti daripada rakyat tentulah bijak dalam amalan mereka, tentulah tahu antara yang baik dengan yang buruk, tentulah bijak semasa membuat pilihan.
72. Pengasas kemerdekaan percaya majorti akan tahu pilih apa yang baik bagi mereka. Sudah tentu mereka akan menolak orang yang hanya bergantung kepada sogokan untuk dipilih.
73. Tetapi mereka tidak sangka pewaris mereka, sebilangan yang tidak kecil akan tolak kebaikan dan mengutamakan sogokan untuk menentukan siapa akan memerintah mereka.
74. Pejuang kemerdekaan yang sedar betapa sukarnya bagi orang Melayu mendapat peluang dan bantuan dahulu dan dengan kerana itu Melayu tidak berjaya.
75. Dengan kesedaran ini mereka merangka untuk mengadakan lebih banyak peluang dan sokongan kepada bangsa mereka supaya bangsa mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain, bahkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Mereka percaya semua peluang dan sokongan akan direbut oleh pewaris daripada bangsa mereka.
76. Ya, mereka ini kebanyakan sudah tidak ada, sudah tinggal kita. Tetapi jika mereka ada apakah perasaan mereka? Tentulah mereka akan kecewa dan hampa amat sangat kerana segala-gala yang mereka ilhamkan sudah dipermainkan oleh pewaris mereka, tidak dihargai oleh pewaris mereka.
77. Mereka melihat bagaimana peluang dan bantuan disalahgunakan atau ditolak dengan begitu sahaja. Sepatutnya dengan peluang belajar di semua peringkat bangsa mereka sudah jadi bangsa yang berilmu. Dengan peluang berniaga mereka sudah jadi kaya, atau sekurang-kurangnya tidak miskin.
78. Tetapi tidak. Peluang bukan sahaja tidak direbut tetapi peluang digunakan secara yang boleh merosakkan bangsa. Mereka lepak, mereka jadi Mat Rempit, yang lakukan jenayah yang kadang-kadang menyebabkan kematian mangsa mereka.
79. Diberi peluang berniaga, diberi modal, diberi latihan tetapi kerana ingin kaya cepat mereka memperdagangkan peluang, kontrak, lesen, permit dan sebagainya.
80. Modal mereka guna untuk belanja bagi memenuhi nafsu, hutang mereka tidak dibayar. Kerana kelakuan beberapa daripada mereka, bangsa mereka dicap sebagai bangsa yang tidak beramanah, dan tidak boleh dilayan, tidak boleh diharap dengan duit ringgit.
81. Dan banyaklah lagi perbuatan mereka yang tetap mengecewakan pejuang bangsa dahulu.
82. Kata mereka, jangan buka pekong di dada.
83. Malu kata mereka.
84. Tetapi tidakkah lebih malu apabila mereka lakukan apa yang telah saya sebutkan. Tak buka pekong pun busuk juga. Biarlah pekong di dada dibuka supaya kerana bau terlalu busuk kita akan cuba melepaskan diri daripadanya. Jika tidak ia akan menjadi lebih busuk di dalam dan akan bunuh kita.
85. Semua yang disebut ini menjadi pengkhianatan kepada pejuang bangsa dahulu. Kerosakan kerana ini lambat laun akan merosakkan masa depan kita.
86. Tetapi yang terdahsyat diantara amalan buruk kita ialah rasuah, terutama rasuah politik. Politiklah yang dapat memberi kuasa walaupun pada yang lemah dan miskin. Politik kita sewaktu perjuangan untuk kemerdekaan berjaya memberi kekuatan kepada Melayu sehingga mereka yang daif ini dapat mengalahkan kuasa besar dunia. Hanya dengan bersatu dan bertindak bersama, hanya dengan pendirian yang tegas kelemahan dapat diatasi dan kejayaan dicapai. Sesungguhnya kuasa politik kuasa ajaib.
87. Selagi ada kuasa ini kepada kita, percayalah kita akan dapat pulih segala-galanya, kita akan dapat mengatasi kelemahan kita, kita akan dapat tentukan masa depan kita.
88. Tidakkah kita lihat bagaimana daripada bangsa yang dijajah dan dihina, kuasa politik sudah mengubah nasib kita demikian sehingga kita dianggap sebagai contoh kepada bangsa-bangsa lain di dunia.
89. Bandingkan negara kita 50 tahun dahulu di waktu kita mencapai kemerdekaan dan negara kita sekarang. Negara dagang yang ke-17 terbesar di dunia. Kemiskinan dikurangkan daripada 70 peratus kepada lima peratus. Bandar sebesar bandar di negara maju, penuh dengan pencakar langit. Bekalan air, api dan kenderaan yang terkini.
90. Pendapatan per kapita yang 20 kali lebih tinggi dari 50 tahun dahulu dan lain-lain.
91. Semua ini adalah hasil kuasa politik semata-mata. Kerana kuasa politik, negara berbilang kaum, ugama, budaya dan bahasa dapat distabilkan. Dan sesungguhnya kita sudah dapat berdiri hampir sama tinggi dengan kaum-kaum lain dan bangsa-bangsa lain.
92. Tetapi sekarang kita lakukan perbuatan untuk menghakis dan menghapus kuasa politik kita.
93. Kerana wang yang sedikit, kerana 100-200 Ringgit kita jual kuasa politik, kita serah nasib kita kepada perasuah, perasuah yang akan jual bangsa dan negara.
94. Apakah akan jadi kepada kita apabila kuasa politik terlucut daripada kita? Apakah kita akan terus merdeka? Saya fikir tidak.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
95. Perhimpunan Melayu hari ini memang menjadi hak bagi kita kerana kita menghadapi masalah-masalah yang besar-besar, bukan satu tetapi banyak masalah.
96. Kita semua berasa cemas. Di mana-mana sahaja orang Melayu sedang berhimpun untuk membincang masalah mereka, kecemasan yang mereka rasai.
97. Jika pada hari ini kita dapat menyedarkan akan musibah yang sedang dan akan timpa keatas kita, jika kesedaran ini akan menyebabkan kita bertindak keras terhadap mereka diantara kita yang mencetuskan masalah ini, jika kita dapat bandingkan gejala rasuah yang menjadi ancaman terhadap kita yang terbesar sekali, maka ralatlah perhimpunan ini, berjayalah perhimpunan ini.
98. Saya tak salahkan orang lain. Saya salahkan kita sendiri. Tak mungkin orang lain menguasai kita jika kita tegas dan tidak membenarkan mereka.
99. Maju mundurnya bangsa kita terpulanglah kepada kita. Ingatlah Tuhan tidak akan ubah nasib kita melainkan kita berusaha mengubah nasib kita sendiri.
100. Oleh itu berusahalah mengubah nasib diri sendiri setelah kita berhimpun di sini untuk membincang masalah yang kita hadapi. Saya percaya perbincangan kita akan membuahkan pemikiran dan tindakan yang boleh menyelamatkan kita.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.

Langgan:
Catatan (Atom)