Hari ini ialah hari penentuan iaitu hari pembuangan Pilihanraya Kecil DUN penanti. Rasanya kurang meriah kalau kalau berceramah tak hentam UMNO. Sebab tak da isu apa-apa lagi yang boleh diguna untuk menarik sokongan oengundi.
Namun di Penanti suasananya lain... UMNO tidak bertanding, namun UMNO masih menjadi sasaran ceramah propganda pakatan pembangkang. PR umpama gila talak dan meroyan...masih tergila-gilakan UMNO. Liputan PRK Penanti inipun tidaklah meriah sangat, suram sahaja... itupun mujur ada Aminah.. boleh lah panas-panaskan sikit suasana PRK ini.
Cuma di Penanti ANwar ini tak pulak nak janji 'untuk ke Putrajaya lagi'.. mungkin banyak lagi pembohongan PKR kepada rakyat penanti.. Piagam calon PKR sebenarnya sesuatu yang tak perlu.. kerana piagam YB PKR yang rasuah dulu pun tak selesai lagi... lepas ni Mansor bolehlah letak jawatan lagi ayas alasan nak ambil PHD bahagian menipu dan membohong Rakyat.. Sebenarnya banyak perkara dalaman PKR yang masih belum di ketahui oleh rakyat... mungkin lepas ini banyak lagi keburukan dan pemhoningan PKR dan PR akan didedahkan oleh Allah SWT.
Calon PKR hanya bertanding lawan calon bebas sahaja... namun apa yang dinantikan rakyat ialah keputusan Pilihanraya Kecil Penanti ini kerana ingin melihat sokongan pengundi di kawasan tersebut. Antara Persoalannya ialah:
1) Adakah pengundi BN akan mengundi?
2) Jika pengundi BN keluar, mereka akan mengundi siapa?
3) Adakah pengundi luar akan kembali untuk mengundi?
4) Apakah peratusan keluar mengundi akan berkurang?
Ini hanyalah persoalan.. cuma mesej yang jelas dari BN ialah taktik PKR untuk adakan pilihanraya Kecil akan datang tidak akan di layan oleh BN.. meroyanlah macamana sekalipun BN tak akan layan...
Popular Today
Ahad, Mei 31, 2009
Realiti, sejarah teras 1 Malaysia
Oleh ARMIZAN MOHD ALI
Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.
Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.
Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.
Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.
Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.
Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.
Gundah-gulana
Teras kedua 1 Malaysia ialah kenegaraan yang bertunjangkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang-undang tertinggi negara manakala lima prinsip Rukun Negara bertindak sebagai ideologi kebangsaan adalah asas yang terbaik untuk memupuk dan mengukuhkan Perpaduan Nasional. Oleh yang sedemikian janganlah mana-mana kaum menjadi gundah-gulana kerana 1 Malaysia tidak sekali-kali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Orang-orang Melayu/bumiputera juga tidak perlu bimbang bahawa 1 Malaysia akan menyimpang dari peruntukan yang sudah sedia ada di dalam undang-undang tertinggi negara terutamanya Perkara 153 (Hak-hak Istimewa Melayu/bumiputera).
Teras ketiga 1 Malaysia seperti mana yang diterangkan oleh Perdana Menteri pula ialah keadilan sosial. Tragedi hitam 13 Mei 1969 mengejutkan rakyat Malaysia kepada realiti bahawa perpaduan nasional tidak boleh menyubur jika ketidakseimbangan sosioekonomi berlaku. Bagi memastikan tragedi tersebut tidak berulang maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal dengan bermatlamatkan perpaduan dengan menggunakan dua strategi, pertama membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan kedua menyusun semula masyarakat. Walaupun DEB telah berakhir pada tahun 1990 semangatnya masih diteruskan melalui dasar-dasar pengganti sehingga hari ini. Hakikatnya tidak ada negara yang mampu maju dan makmur jika kaum majoriti terpinggir dan ketinggalan dari segi sosioekonomi jika adapun sejarah telah menunjukkan kemajuan dan kemakmuran tersebut bersifat sementara kerana negara berkenaan bukanlah sebuah negara yang stabil. Ia ibarat sebuah peti yang penuh dengan serbuk letupan yang tidak stabil dan hanya menunggu satu percikan untuk menyebabkannya meletup.
Namun semua pihak harus memahami hakikat bahawa dasar pengagihan yang adil melalui tindakan afirmatif tidak akan berjaya di dalam kek ekonomi yang gagal berkembang secara sihat dan mapan. Kita tidak boleh bersikap dogmatik di dalam mengurus ekonomi sebaliknya kita perlu bersikap pragmatik dan sanggup memikir di luar dari kotak kelaziman.
Malaysia hari ini berada di persimpangan jalan sementara kita bukan lagi sebuah pusat pelaburan menarik untuk sektor pembuatan yang berkos rendah namun kita juga belum mencapai tahap sebuah ekonomi yang mampu menarik pelaburan bernilai tinggi yang berasaskan inovasi dan kreativiti. Sehubungan dengan itu semua pihak mempunyai kepentingan di dalam memastikan ekonomi Malaysia meningkat ke rantaian seterusnya dan kekayaan negara bertambah.
1 Malaysia ini sebagai satu imperatif politik yang penting kepada perpaduan nasional. Janganlah kita membiarkan sentimen politik jangka pendek mewarnai cara kita berpolitik di bumi bertuah ini. Adalah satu kepelikan di negara ini apabila kita mendapati bahawa terdapat parti-parti politik yang kononnya mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum dan memperjuangkan konsep Malaysia untuk orang Malaysia tetapi pada hakikatnya adalah jauh dari sifat kemajmukan. Jika parti-parti ini bersifat pelbagai kaum maka sudah tentu senarai keahlian dan kepimpinan mereka akan mencerminkan fakta tersebut. Kesimpulannya jika hampir keseluruhan ahli-ahli dan kepimpinan mereka datang dari satu kaum sahaja maka lebih eloklah parti politik ini menukar status mereka kepada parti satu kaum bukannya parti pelbagai kaum.
Adalah diharapkan bahawa usaha pemupukan dan pengukuhan perpaduan nasional akan mampu bergerak secara lebih terarah kemas dan jitu melalui inisiatif konsep 1 Malaysia. Kita semua adalah rakyat Malaysia yang lahir, mencari rezeki dan membina kehidupan di bumi bertuah ini. di sinilah bumi dipijak dan di sinilah juga langit dijunjung. Yakinlah bahawa pelaburan yang kita buat dalam usaha memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional adalah pelaburan yang berbaloi kerana masa depan anak-anak kita dan kelangsungan negara kita bergantung kepadanya.

Awang Selamat -kebaikan dan pengorbanan Melayu dikhianati?
- Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
- ''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara.
- Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
- Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
- "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.'
- Hal ini tidak lagi menjadi peringatan kepada kaum lain. Semua mengaanggapnya sebagai satu sejarah.. bahkan mereka kini mula mengkhianati dan memijak kaum Melayu.
- Namun peranan dalangnya lah seperti DAP, PKR, PAS dan Gerakan yang membuat kaum lain ini terus membenci Melayu. Mereka sendiri yang mahu menikam kaum Melayu, melemahan kaum Melayu sehingga Melayu sendiri terpaksa mengemis untuk mempertahankan hak mereka.
- Politik durjana pembangkang telah menyebabkan Melayu dikhianati... Pembangkang amat membenci Melayu!.. mereka mahu hak Melayu di hapuskan termasuklah PAS. Mereka kata Melayu Perakauman kerana mereka mahu mempertahankan hak mereka. Nik Aziz pernah mengatakan mereka sedia mengatakan PAS sedia menerima MB dari yang bukan Melayu selagi ianya orang Islam... Namun jika MB bukan Islam adakah PAS akan menerima... Adakah ini semua kaum bukan Islam boleh menerima cara PAS ini sebagai diskriminasi agama!
- Sudah cukup pembohongan yang dibuat oleh parti pembangkang.. mereka menipu rakyat dengan berkata di depan lain dan dibelakang lain.. BN sahaja yang berani bercakap benar kepada pengundi mereka kerana mereka jujur atas perjuangan mereka!
PKR sangat membenci Melayu
- Azmin ceramahnya malam tadi sekali lagi menuduh UMNO sebagai Parti yang 'Racist' kerana memperjuangkan Melayu...Begitulah kata-kata mereka yang buta sejarah perjuangan bangsa dan mementingkan diri sendiri serta menjadi barua DAP... UMNO dan Melayu memang tidak dapat dipisahkan. UMNO wujud demi kepentingan Melayu sebab itu hak Melayu telah dipertahankan oleh UMNO lebih 50 tahun dahulu.
- PKR ialah parti serpihan UMNO yang sangat membenci hak Melayu dan rakyat Malaysia dipertahankan oleh UMNO. Tuduhan Azmin adalah bukti betapa bencinya Azmin terhadap Melayu yang telah melahirkan perjuangan UMNO.
- Kebencian PKR ini membuatkan pemimpin mereka memecah belahkan perpaduan Melayu dan menyebabkan Melayu bertelagah sesama sendiri demi kerakusan mereka untuk mendapatkan kuasa.
- Buktinya ialah tindakan PKR yang dilihat sanggup bersama DAP yang dari dahulu sangat membenci orang Melayu dan menghapuskan keistimewaan Orang Melayu .Sebagai contoh contohlah, jika org cina duduk kat Jepun dgn sikap tidak suka budaya jepun, tidak suka tutur dlm bahasa jepun, dan tidak suka bergaul dgn org jepun. Tapi mahu menuntut hak yg sama seperti org jepun, bagaimanakah perasaan org jepun? Adakah ini adil bg org jepun? Cuba fikirkanlah.
- Ramai org cina tidak suka malaysia dan kalau boleh mrk mahu berhijrah ke negara lain. Cuba tanya negara mana yg seunik malaysia? Tengoklah di Amerika, kaum putih menindas dan diskriminasikan kaum hitam. Dan indonesia, tiada cuti untuk sambutan Tahun Baru Cina, dan bahasa cina tidak boleh digunakan semasa pengumuman dalam lapangan terbang. Sebenarnya Malaysia dah dikira cukup baik untuk kita semua, cuma pihak pembangkang kita yg zalim telah merosakkan nama baik Malaysia dan sentiasa menimbulkan perasaan tidak puas hati antara kaum..
- Kerajaan sudah mencuba sedaya upaya untuk mentadbir negara ini dengan baik. Namun kerana terdapat parti politik seperti PKR dan DAP serta PAS yang sering menyembunyikan serta memutarbelitkan kebaikan yang kerajaan telah lakukan. Banyak tuduhan yang direka-reka tanpa asas bukti yang kukuh.
- PKR tidak pernah memikirkan kepentingan Melayu untuk dibela, mereka sentiasa bersama DAP untuk manghakis hak keistimewaan kaum Melayu.
- Hak Keistimewaan Melayu memang wajar Bumiputra semenanjung ,Sabah , Sarawak bangkit menentang sebarang penghakisan keistimewaan Bumiputra yg termaktub dalam perlembagaan demi menjamin pendidikan yg sempurna kerana suka atau tidak .. masih terlalu ramai Bumiputra semenanjung…Sabah..Sarawak yg miskin dan tak mampu bersaing dengan adil jika uitm dibuka kepada none bumi.. terimalah hakikat ini …masih ramai Bumiputra yang hanya bermimpi untuk memiliki komputer tetapi tidak mampu untuk mendapatkannya… ini menunjukkan tahap kemiskinan yg jauh berbanding none bumi … malahan Bumiputra Sabah …Sarawak…dan pantai timur masih ramai yang sekadar cukup2 makan dgn pendapatan bulanan.
- Perlu diberi perhatian … dalam waktu yang amat singkat PR(PKR/DAP/PAS) membentuk kerajaan mereka telah menunjukkan “hasrat terpendam” untuk mengikis hak Bumiputra sedikit demi sedikit dengan sistem yang amat terancang …
- Dari satu ke satu…sehinggalah kuasa raja ..dan perlembagaan dimasa akan datang sekiranya mereka memerintah bumi tercinta ini … kerana yang pasti DAP dominan didalam pakatan … PAS sekadar pak turut yang menumpang .. manakala DSAI… asalkan menjadi PM segalanya halal …oleh itu .. memang tepat masanya Bumiputra bangkit … memberikan bantahan .. protes … sebagai tanda kita tidak berdiam diri dan menanti dgn redha semua diatas menjadi kenyataan …
- Melihat situasi yang berlaku … artikel2 yg diterjemah dalam bahse melayu… forum2 majlis peguam … hindraf …. kenyataan2 yg dibuat DAP …ADIL dan anwar… jelas menunjukkan kehancuran yg pasti untuk Bumiputra .. PASTI !!!!!
- Mungkin kenyataan ini berbaur amat perkauman … ingin juga ditekankan disini sebagai seorang muslim dan warganegara malaysia yg ade hati dan perasaan menang wajib menyokong bantuan kerajaan untuk NONE BUMI MISKIN belaja di mana2 IPT seluruh Malaysia .. hakikatnya BUMIPUTRA masih miskin terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pantai timur …tahap kemiskinan yg boleh menitiskan air mata … jika diselami cara hidup mereka apetah lagi dgn kos yg makin meningkat…
- Tuduhan Azmin terhadap UMNO adalah untuk mewajarkan PKR menghapuskan Hak Keistimewaan kaum Melayu... yang sangat dibenci oleh sekutunya dalam PKR dan DAP.
Sabtu, Mei 30, 2009
1 Malaysia tidak lupa Kekejaman Komunis
Jangan lupa kekejaman komunis.. jangan lupa pembunuhan yang telah mereka lakukan.. mereka bukan untuk memerdekakan negara tetapi merekahendak menjajah negara dengan penindasan dan kezaliman..
Namun rakyat perlu berhati-hati dengan pihak tertentu yang cuba memuja komunis sseperti OKR dan DAP serta segelintir dari Gerakan... Propaganda pembangkang
KONSEP 1 Malaysia nampaknya menerima ujiannya yang pertama. Maka tunjukkan semangat 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri. Masa telah tiba untuk semua rakyat Malaysia bersatu menunjukkan rasa benci pada Chin Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM), bukan kerana prejudis terhadap identiti kaum atau agamanya, tetapi kerana semangat mempertahankan kestabilan dan kemakmuran negara.
Apabila Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr. Teng Hock Nan mencadangkan kepada kerajaan membenarkan pemimpin PKM Chin Peng kembali ke Sitiawan, Perak, agaknya apalah niat yang cuba disampaikan.
Tindakan kurang bijak ini bukan sahaja mengguris hati seluruh anggota pasukan keselamatan yang menggadai nyawa untuk menjaga keamanan termasuk keselamatan Hock Nan dan keluarganya. Tetapi seperti cuba melukakan kembali parut lama yang sudah sembuh sepenuhnya.
Seperti biasa masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu begitu sabar dan matang menguruskan kebiadaban pemimpin Gerakan ini.
Tidak benar jika kemarahan orang ini dianggap sebagai orang Melayu bersifat perkauman.
Sebagai Pengerusi Parti Gerakan peringkat negeri yang menjadi salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN), jelas sekali tindakan beliau sangat tidak kena pada tempatnya. Nampaknya beliau sengaja cuba mencabar kewibawaan Senator Tan Sri Koh Tsu Koon, Pengerusi Kebangsaan Parti Gerakan yang kebetulan dipertanggungjawabkan menjaga soal perpaduan dan hubungan etnik di negara ini.
Hock Nan seolah-olah cuba 'memalukan' ketuanya di mata rakyat dan pemimpin komponen BN yang lain.
Seperti ada sesuatu yang sangat tidak kena sejak setahun yang lalu berkaitan perpaduan serta integrasi kaum di negara ini. Seolah-olah sudah ada rancangan yang teratur oleh pihak tertentu cuba untuk menghuru-hara kestabilan negara. Bermula dengan isu-isu kontrak sosial, tuntutan pemansuhan hak masyarakat Melayu, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu hinggalah kepada kedudukan raja-raja Melayu yang dilihat lebih bersifat dalaman, kini konflik ini sudah berkembang dengan menggunakan isu luaran seperti cadangan menerima kembali Chin Peng.
Janganlah berlagak seolah-olah tidak tahu sentimen rakyat Malaysia terhadap pengganas komunis. Masih ramai lagi generasi darurat yang masih hidup hingga ke hari ini. Sebagai pengajaran, pencadang kepada usul ini sepatutnya dikenakan tindakan yang berat supaya cadangan berbentuk hasutan ini jangan sekali-kali dijadikan mainan untuk populariti politik.
Bagi mencegah sentimen ini berterusan, langkah jangka panjang seelok-eloknya tindakan menjadikan 1 Malaysia sebagai pendidikan harus dimulakan. Satu Malaysia tidak boleh dijadikan sekadar slogan untuk perpaduan.
1 Malaysia perlu diisi dengan pengetahuan sejarah negara, nilai benci kepada propaganda politik dan anasir yang cuba menggugat kestabilan negara.
1 Malaysia seharusnya dikembangkan sejak di sekolah rendah dan menengah sebagai satu bidang ilmu baru yang mengarah kepada pembentukan masyarakat yang boleh memahami struktur dan sejarah pembentukan negara, kontrak sosial serta bagaimana untuk menghindari bencana perkauman pada masa depan.
Melalui pendidikan 1 Malaysia sama ada sebagai satu mata pelajaran atau dibina merentas kurikulum sedia ada, perlu dijadikan ilmu wajib kepada semua pelajar.

Jangan pandang rendah kekuatan BN di Manik Urai
Barisan Nasional (BN) akur akan berhadapan saingan sengit daripada parti pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai Julai ini namun kekuatan BN tidak boleh dipandang rendah.
Pengarah pilihan raya BN bagi DUN itu, Datuk Mustapa Mohamed berkata walaupun BN turun selaku ’underdog’ (bukan pilihan) pada pilihan raya kecil kali ini, ia tidak langsung menjejaskan semangat BN dan Umno untuk merampas kerusi itu.
“Kita tahu sebelum ini mereka (PAS) menang di sini, itu menjadikan kita underdog. BN mampu memberi saingan sengit pada pilihan raya kecil kali ini,” katanya Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera BN DUN Manik Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai, di sini, semalam. - Bernama

1Malaysia-Berpaksikan Perlembagaan
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my
SEWAKTU Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1 Malaysia pada 3 April lalu, perkiraan awal banyak pihak ia mampu mengimbangi desakan dan tuntutan yang menjurus kepada kepentingan kaum.
1 Malaysia antara lain menekankan prinsip keadilan dan kesaksamaan di kalangan rakyat tanpa menafikan apa yang hak dan apa yang wajar dikongsi bersama dalam semangat bangsa Malaysia.
Sebelumnya atau lebih tepat selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, isu-isu sensitif yang melangkaui batas perkauman dihidupkan silih berganti oleh segelintir pihak.
Namun, selepas beberapa penjelasan dari pelbagai sudut dibuat dalam memahami semangat 1 Malaysia, hakikatnya ia masih belum dapat diterima dalam erti kata yang sebenarnya.
Sebaliknya, 1 Malaysia telah diterjemah mengikut sejauh mana ia mendatangkan manfaat atau kelebihan kepada diri atau kumpulan tertentu.
Lebih malang, ia diambil kesempatan pula untuk mewajarkan sesetengah tuntutan yang kononnya selari dengan konsep 1 Malaysia meskipun jelas melanggar batas-batas perkauman.
Desakan untuk membawa pulang pemimpin komunis, Chin Peng misalnya, secara jelas membelakangkan semangat patriotik dan nasionalisme yang menjadi tunjang kepada 1 Malaysia.
Biar dari sudut mana sekali pun, sejarah tidak pernah mencatatkan perjuangan komunis sebagai sesuatu yang berjasa kepada negara.
Sebaliknya ia lebih banyak menyimpan memori hitam dan penderitaan lebih-lebih kepada mereka yang pernah hidup sewaktu zaman Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) berkuasa.
Justeru apa rasionalnya apabila ada sesetengah pihak cuba menukar Chin Peng menjadi hero negara dengan membawanya pulang ke tanah air? Begitu juga dengan perdebatan mengenai peruntukan biasiswa kepada bumiputera dan bukan bumiputera.
Isu ini juga sudah dibincangkan merentasi zaman, dan penjelasannya juga tidak pernah berubah sesuai dengan objektif pelaksanaannya. Bantuan itu adalah bagi pelajar yang layak meneruskan pengajian dari keluarga miskin, yang kebanyakannya merupakan orang Melayu.
Lalu tidak timbul soal keistimewaan dalam pemberian biasiswa pendidikan sementelah ia juga mematuhi apa yang ditetapkan di bawah Perkara 153, Perlembagaan.
Menurut pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian, Satu Malaysia melangkaui usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan mewujudkan peremuafakatan antara kaum.
Apa yang penting di bawah gagasan besar itu ialah pemahamannya perlu berpaksikan kepada Perlembagaan, semangat Rukunegara dan persetujuan bersama di bawah kontrak sosial.
Dalam erti kata yang lain, 1 Malaysia perlu mempunyai nilai pengorbanan dan kompromi yang tinggi.
Usaha di bawah 1 Malaysia juga adalah untuk memastikan tidak ada kelompok masyarakat yang terpinggir dan terkebelakang.
Dalam masa yang sama, ia bertujuan memastikan dalam mana-mana kelompok etnik sekalipun, jurang intra dan inter etnik tidak besar seperti hari ini.
Sivamurugan menambah, dalam keadaan politik yang tidak menentu, pasti ada usaha menekan kerajaan dengan pelbagai cadangan dan pendapat yang tidak berasas.
''Mereka yang mendesak wajar menilai semula sejarah dan menyemai nilai patriotisme dan nasionalisme sebelum membuat sesuatu cadangan. Lebih parah desakan dan cadangan itu datangnya dari ahli komponen BN sendiri!," katanya.
Dalam kedudukan hari ini, semua ahli komponen sewajarnya berpegang kepada prinsip kolektif dan cuba membina kekuatan bersama.
Bukannya menjadi gunting dalam lipatan kerana dalam jangka panjang, ia boleh meruntuhkan apa yang sudah dibina sekian lama.
Jelas Sivamurugan, apa yang mahu diatasi dalam konsep 1 Malaysia adalah penaungan politik.
Yang mahu dicapai pula adalah kebergantungan ke atas nilai-nilai yang boleh menjadi penghubung kepada usaha meraikan kepelbagaian.
Bukan penghalang atau pemusnah ke atas hubungan antara etnik dan perpaduan.
Perpaduan yang bertunjangkan kepada penerimaan ke atas perbezaan dan menyuburkan nilai-nilai kemanusiaan sebenarnya adalah roh kepada 1 Malaysia.
1 Malaysia selanjutnya tambah Sivamurugan, tidak melihat kepada latar belakang etnik.
Tetapi memastikan bahawa setiap warga Malaysia bangga menjadi bangsa Malaysia dan berpegang kepada kesemua lapan prinsip 1 Malaysia.
''Walaupun berbeza dari segi pemahaman dan kepercayaan, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk terbelenggu dengan gaya hidup yang mundur, miskin dan hidup melarat," katanya.
Apa yang dimahukan oleh kerajaan ialah dengan berpegang kepada slogan ini, kesemua warga Malaysia akan hidup dalam keadaan rukun dan damai serta berkualiti.
Bagaimanapun Sivamurugan tidak menolak, 1 Malaysia masih dalam mencari acuan yang terbaik untuk memenuhi komposisi kependudukan negara ini.
Justeru, penerangan mengenainya perlu dijalankan secara berterusan dalam melahirkan keyakinan di bawah satu gagasan besar dan payung 1 Malaysia yang menyeluruh.
Barangkali, ramai yang terlalu seronok dengan slogan ini tanpa menyelami inti pati dan makna yang cuba disampaikan.
Maka lahir pelbagai tafsiran dan kekeliruan serta kritikan dan penolakan daripada pelbagai pihak.
Apa yang penting tambah Sivamurugan, keyakinan dan kepercayaan bahawa 1 Malaysia bukan bersifat retorik dan kosmetik semata-mata hanya dapat dibuktikan menerusi pencapaian dalam bentuk pelaksanaan.
Untuk itu, kerajaan perlu mencipta program dan aktiviti untuk menjayakannya supaya mencapai kumpulan sasar.
Sama ada di bandar atau luar bandar atau di setiap peringkat lapisan masyarakat.
Paling utama, agensi kerajaan sendiri serta kakitangan awam perlu memahami sejelas-jelasnya konsep 1 Malaysia supaya ia boleh diterjemah dalam bentuk dasar yang berterusan dan tidak bersifat bermusim.

Jumaat, Mei 29, 2009
Piagam Calon PKR yang sepatutnya!
Semalam calon PKR di Penanti telah mengleuarkan piagam Pilihanraya Kecil Penanti...
Sebagaimana di ketahui makna piagam ialah janji... jadi piagam calon PKR yang sepatutnya ialah Calon PKR boleh meletakkan jawatan bila-bila masa... jadi tak payahlah nak buat pusat khimat YB.. sebabnya Fairus kan dah buat pusat khidmat YB... ataupun memang YB PKR yang terhdahulu tak buat lagi pusat khidmat Rakyat.
Yang aku pelik nak buat apa si PKR ni nak buat Piagam lagi... cuba tanya... piagam maza zaman fairus tu dah dilaksanakan ke belum...? Jadi sepatutnya itu yang menjadi keutamaan!
Ni apa kejadahnya nak buat piagam baru.. kita pun tahu di Permatang Pauh ni Anwar Ibrahim sebagi Ahli Parlimen... jadi sepatutnya banyak perkara dan masalah rakyat dah selesai... atau Anwar Ibrahim tak buat kerja untuk rakyat?
oh ya... anwar sibuk sangat berjalan... tak sempat untuk berkhidmat untuk rakyat....

Langgan:
Catatan (Atom)