Popular Today
Ahad, Jun 14, 2009
Dr Mohd Asri :Kerajaan perpaduan- Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti
Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya. Nabi s.a.w bersabda: "…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim). Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda: “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud). Penyakit ‘asabiyyah bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya. Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.
Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu‘awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan. Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin ‘Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari). Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu‘awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina ‘Ali. Mu‘awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba‘ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr). Di samping itu, Mu‘awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:“Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)" (Riwayat al-Bukhari). Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu ‘tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan. Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).
Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan Pas dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi. Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan Pas boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan Pas berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.
Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama Muslim. Firman Allah: (maksudnya) “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).
Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?. Saya fikir jika Muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri. Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan ‘Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan ‘Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera ‘Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya ‘Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera ‘Aisyah dan ‘Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera ‘Aisyah telah menyatakan: “Tentera ‘Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera ‘Ali pula menyatakan: “Tentera ‘Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak...(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time.”
Zaid sertai Parti Kencing Rakyat (PKR)
Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.
"Sikap ketegasan dan keberanian beliau (dapat dilihat), terutama dalam isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman,” katanya. Sementara itu Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat.
Rakyat Kota Bharu lebih mengenali Zaid, dalam UMNO pun zaid tidak sibuk untuk membela rakyat sebab itu zaid ditolak oleh ahli UMNO dikawasan tersebut. Seorang yang sibuk dengan projek sebab itu Zaid juga dikenali kerana menerima projek bernilai berjuta ringgit dalam kerajaan BN. Sebagai pemimpin politik yang 'opputunist' dah tak boleh 'cari makan' dalam kerajaan dan UMNO maka kini cari smber cari makan yang lain. Apatah lai Anwar sanggup memberi jawatan dalam Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu
Sabtu, Jun 13, 2009
Karpal : Presiden PAS memalukan Pakatan Rakyat
Tapi nampaknya jika ahli PAS sendiri dah menyelar presiden parti mereka apatah lagi orang lain. Inilah budaya baru yang berada di dalam PAS apatah lagi dengan kecanggihan teknologi maklumat semakin mudah budaya fitnah, keji, hina yang memang dalam PAS ini tersebar. Inilah gambaran jelas dengan apa yang berlaku dalam PAS
Pengerusi DAP, Karpal Singh ini menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan Presiden Pas itu sebagai memalukan pakatan pembangkang berikutan cadangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.
Karpal juga meminta Abdul Hadi memohon maaf kepada bukan sahaja DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai rakan dalam pakatan pembangkang tetapi juga kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
''Abdul Hadi perlu meminta maaf kepada DAP dan PKR serta Nik Aziz kerana mencetuskan cadangan untuk berunding dengan UMNO yang merupakan satu pelanggaran jelas terhadap keikhlasan beliau bekerjasama dengan DAP dan PKR.
''Diharapkan pada masa depan Abdul Hadi perlu berfikir dua kali sebelum membuka mulut. Beliau sekarang sudah memalukan pakatan pembangkang,"
Najib : 1Malaysia tidak akan sentuh perlembagaan walaupun seinci!
Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pelaksanaan konsep 1Malaysia tidak akan mengetepikan hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, malah terus diperkasakan.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun bertanggungjawab kepada semua kaum, Najib tetap mahu agenda orang Melayu diberikan perhatian utama.
"Kita mengalu-alukan dan amat senang hati apabila Perdana Menteri menyebut konsep 1Malaysia tetap bertunjangkan kepada Perlembagaan Negara, ini asasnya.
"Sebagai Perdana Menteri yang menunaikan kewajipan kepada semua kaum rakyat Malaysia, agenda Melayu tetap dekat di hatinya (Najib)," katanya.
Malaysia bukan Singapura dan bukan Amerika yang menghapuskan hak kaum peribumi untuk kekal berkuasa. Malaysia juga bukan Thailand dan Indonesia yang tidak mengormati kaum lain sehingga tidak ada sekolah cina, nama cina dan sebagainya. Malaysia ialah Malaysia ia ada acuannya sendiri.
Jumaat, Jun 12, 2009
Mahkamah : gantung Zambry dan 6 EXCO tidak sah
Oleh itu, perintah penggantungan selama 18 bulan terhadap Zambry dan 12 bulan bagi ahli exco dibuat Speaker V Sivakumar adalah tidak sah dan batal kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya tidak boleh digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) atas dakwaan menghina kerana kesalahan itu tidak diperuntukkan di bawah perlembagaan negeri, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan, semalam.
Hakim Datuk Seri S Augustine Paul dalam penghakiman bertulisnya berkata, Perkara 44 Perlembagaan Negeri Perak dibaca bersama Perintah Tetap Enakmen Dewan Undangan Negeri (Hak Istimewa) 1959 tidak memperuntukkan kesalahan menghina dan hukuman penggantungan daripada menghadiri sidang DUN.
"Kuasa menangani isu menghina, yang tidak diperuntukkan dalam Perintah Tetap DUN, bukan sesuatu yang Speaker boleh mengambil maklum kerana ia memerlukan satu undang-undang berkaitan dengannya," kata Augustine dalam penghakiman 64 muka surat bertarikh 3 Jun dan diperoleh semalam.
"Perlu ada pihak berkuasa undang-undang yang khusus untuk mengetahui dan memberi hukuman bagi kesalahan menghina. Ini khususnya ketara di mana dakwaan menghina dilakukan di luar DUN," katanya.
Pada 16 April lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan perintah penggantungan terhadap Zambry dan enam exco - Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon oleh Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri dan oleh itu tidak sah dan batal.
Pada 2 Mac lalu, Zambry dan anggota exco terbabit memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Sivakumar kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.
Mereka juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang DUN dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.
Dalam penghakiman itu, Augustine berkata: “Penggantungan terhadap pemohon dilakukan berdasarkan Perintah Tetap 72 DUN. Tuduhan terhadap mereka menyatakan tindakan mereka itu diibaratkan sebagai menghina.
"Oleh kerana penghinaan tidak dinyatakan secara khusus, tindakan tidak boleh diletakkan di bawah Perintah Tetap 72.
"Perintah Tetap 72 memberi kuasa kepada Jawatankuasa Hak Istimewa mengambil maklum sebarang perkara yang nampak menjejaskan kuasa dan hak istimewa dewan itu,” kata Augustine. - Bernama
PKR dan DAP persoal hala tuju PAS
| Pemuda Pakatan debat halatuju PAS |
| Tiga Ketua Pemuda parti komponen Pakatan Rakyat akan berkongsi pentas 16 Jun ini untuk membincangkan halatuju PAS ekoran isu-isu yang timbul selepas muktamar parti itu minggu lalu. Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi; Ketua Pemuda Sosialis DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin. Seorang lagi panelis ialah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurutnya lagi, empat persoalan utama yang bakal dibincangkan dalam majlis tersebut ialah: |
Nampaknya PAS dilihat kini umpama orang dungu oleh sahabat mereka iaitu PKR dan PAS yang tidak pernah dibuat oleh UMNO kepada komponen BN dan begitulah sebaliknya.
Tidak cukupkah ini namanya PAS sebagi kuda tunggangan..
Terjemahan Amanat Haji Hadi Versi BI
PAS should be banned?
PAS, as I understand it, stands for Parti Islam Se-Malaysia (Pan-Malaysian Islamic Party). In 1981, Datuk Abdul Hadi Awang, its current president, said this:“My brothers, believe me. We oppose Umno not because its name is Umno, we oppose the Barisan Nasional not because its name is Barisan Nasional. We oppose them because they continue with the constitution of the colonial, continue with the regulations of the infidel, continue with the regulations of the ignorant. Because of that we struggle to fight them. Believe me brothers, our struggle is a divine struggle (jihad). Our speech is jihad, our donation is jihad and because we struggle against these groups, if we die in our fights, our death is martyrdom, our death is an Islamic death. We do not have to join the Jews, we do not have to profess Christianity, we do not have to profess Hinduism, we do not have to profess Buddhism, but we will be infidels if we say politics is a quarter and religion is a quarter.”
Dan ni versi bahasa Melayu
"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Nampaknya amanat Haji Hadi ditimbulkan kembali tetapi bukan dari UMNO... tetapi kumpulan yang anti-perpaduan Melayu dan Islam.. dalam politik tiada ertai sahabat selamanya dan erti musuh selamanya...
Jangan Melayu umpama melukut ditepi gantang...
Terkini pula cadangan untuk membina jambatan ketiga telah disepakati oleh Singapuran dan Malaysia. Bagi Rakyat Johor setentunya mengalu-alukan jambatan baru ini kerana memberi peluang ekonomi apatah lagi ianya dibuat di kawasan yang agak ketinggalan kerana 'tersembunyi' sebelum ini iaitu di kawasan Pengerang, Kota Tinggi dan Mersing. Limpahan ekonomi pastinya akan memberi banyak manfaat ekonomi kepada kawasan tersebut.
Dari segi ekonomi memanglah dialu-alukan tetapi dari segi sosial dan politik langsung tidak dialu-alukan. Politik melayu singapura merupakan tragis kepada bangsa Melayu keseluruhannya. bagaimana Melayu Singapura disingkirkan secara terancang oleh PAP. Walaupun Melayu Singapura adalah bangsa asal tetapi kini dari segi bahasa, budaya dan politik mereka telah ditukar kepada yang baru...
Inilah akibat jika Melayu tidak berwaspada kepada agenda tersembunyi 'kaum mereka ini'. Agenda mereka tidak pernah sunyi untuk 'tikam Melayu dari belakang'. Agenda perpaduanMelayu dan Islam kini telah ditentang oleh proksi mereka seperti DAP, PKR, MCA dan Gerakan. Kenapa mereka menentang? apakah buruknya kerajaan Perpaduan?..
Ini adalah negara Melayu dari dahulu kini dan selamanya.. jangan biarkan ianya tanah ini dijajah seperti singapura. Melayu yang tidakbermaruah dan dipijak oleh kerajaan Singapura. Sejarah Melayu telah dipadam...cerita kecerdikan hang nadim dan ikan todak hanyalah lagenda semata-mata. Jangan Melayu umpama melukut ditepi gantang...