Popular Today

Selasa, Ogos 10, 2010

Sukarnya hidup dibawah pemerintah Khalifah PAS Lim Guan Eng

3 Komen!!!

Ramadan ini pasti menggamit perasaan hiba Melayu Pulau Pinang khasnya dan Melayu Malaysia amnya.

Manakan tidak, tempat mereka berniaga dan cari makan masa bulan Ramadan lebih 20 tahun yang lalu kini ditutup dan dilarang orang melayu berniaga akibat pemerintahan kuku besi DApigs yang disokong oleh ulama PAS.

Namun meskipun dihalang mereka tetapi berusaha juga.. inilah antara kisah peniaga melayu Pulau Pinang yang dipinggirkan oleh kerajaan DAPigs [rujuk sini]

Meskipun dihalang beroperasi, para peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini nekad meneruskan perniagaan di lokasi itu kerana percaya mereka mempunyai hak berbuat demikian.

Tanpa mengendahkan petugas keselamatan yang mengawal tapak berkenaan hari ini, mereka membawa masuk segala barangan jualan ke dalam gerai masing-masing walaupun ia masih belum siap sepenuhnya.

Dalam keadaan cahaya samar-samar kerana ketiadaan lampu, ia langsung tidak menjejaskan semangat para peniaga terbabit yang hanya mahu mencari peluang menambah pendapatan di bazar yang telah 20 tahun beroperasi setiap kali tibanya Ramadan itu.

Peniaga kain, Saira Banu Abdul Latiff, 48, berkata, dia telah membayar sewa gerai sebanyak RM1,800 kepada Dewan Perniagaan Komtar selaku penganjur Bazar Ramadan untuk tempoh sebulan selepas permohonannya diluluskan.

Justeru, jelasnya, beliau berhak menjalankan perniagaan di situ kerana telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

"Ini hak kami (peniaga), kami bukan beri rasuah untuk berniaga di sini, kami guna saluran yang betul. Kenapa pula kami tidak dibenarkan berniaga?


Nak niaga pun susah... begitulah sukarnya kehidupan di bawah pemerintahan khalifah PAS Lim Guan Eng.

Kepada muslimin dan muslimat.. semoga menyambut bulan Ramadan 1431h dengan lebih tabah.. namun belum terlambat lagi, pastikan orang Melayu semua akan datang pada Pilihanray Umum ke-13 untuk menolak kerajaan PAS- DAP- PKR jika tidak mahu kejadian ini berulang kembali.

Selamat menyambut Ramadan Almubarak 1431h

Sultan Ibrahim: Jangan jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan PKR

1 Komen!!!


DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Tuanku Sultan Iskandar, Sultan Johor dan Ketua Turus JMF

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga menitahkan kemurkaan baginda di Kota Tinggi semalam, keatas Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng kerana sibuk ‘berkempen’ sebagai timbal-balas atas tindakan baginda menarik balik darjah kebesaran negeri SPMJ dan DPMJ yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada mantan Menteri Kesihatan dan Naib Preisden MCA itu. Gambar baginda Tuanku Sultan Ibrahim digunakan dalam kempen ini.

Sepanduk PKR yang memaparkan gambar Tuanku Sultan Johor sebagai modal kempen; ehsan blog idealismalaysia.blogspot.com

Baginda merakamkan kekesalan dalam titah semasa singgah dalam pusingan kedua program Kembara Mahkota Johor, akibat tindakan yang disifatkan:

“Ada pihak (PKR) yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya (dalam kempen) sepanduk mereka. Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu Polis akan menyiasat perbuatan ini” dan menyambung “Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Golongan ini tiada pendirian hidup, seperti ‘lalang’. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.

Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar diiringi TPM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin semasa pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010 di JB Sentral

Laporan The Star:

Tuesday August 10, 2010

Don’t use my name for politics, says Johor Ruler

KOTA TINGGI: Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has warned politicians not to use his name for their own personal gain.

“Do not drag me into politics” he said, adding that such action was rude and offensive.

Sultan Ibrahim pointed out that he had been following the news, especially in the state.

“In Batu Pahat, a politician had tried to create problems among the people by using my face in a banner,” he said during the closing ceremony of Kembara Mahkota Johor at Padang Majlis Perbandaran Kota Tinggi here yesterday.

He added that politicians should not use the influence of Rulers for their personal agenda and the police should investigate the issue.

Sultan Ibrahim also urged the people not to be swayed by the actions of such politicians.

On another matter Sultan Ibrahim reminded government officials to serve the people diligently.

“I would like to remind government officials to serve the people with integrity.

“Do not do things solely for your own benefit,” he said.

He also reminded enforcement officials to uphold justice as it was their responsibility to do so.

“Do not adopt a double standard when carrying out your enforcement duties as anyone who breaks the law must face the consequences,” he said.

******************************

Kebiadapan Chua menggunakan peluang platform politik sebagai pentas untuk ‘menghasut’ rakyat agar ‘bangkit’ dengan ‘memperkudakan emosi’ kunun kununya Tuanku Sultan Johor terpengaruh dengan pemimpin UMNO untuk ‘menghukum’ beliau dan menarik balik darjah kebesaran dan merayu untuk memberikan kuasa kepada PKR juga wajar disiasat bawah Akta Hasutan.

Dikhabarkan darjah kebesaran anugerah Tuanku Sultan Johor keatas Chua semasa beliau menjawat Menteri Kabinet, MP BN untuk Bakri dan Naib Presiden MCA adalah akibat tindakan beliau yang cuba memecah belahkan masyarakat Cina Johor, dalam proses perebutan jawatan Presiden MCA dalam pemilihan parti 2008. Beliau dikatakan mengunakan pengaruh beliau sebagai pemimpin kanan MCA Johor untuk ‘mempengaruhi’ Istana dengan menafikan darjah anugerah kepada masyarakat Cina, kerana dikatakan mereka yang tersenarai ini tidak memihak kepada beliau dalam perebutan jawatan Presiden MCA itu.

Chua dan Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa Anwar "Mat King Leather" Ibrahim

Chua menyertai PKR kerana kecewa dalam MCA adalah amat tepat kerana PKR merupakan ‘himpunan politikus kecewa dan terdesak’, yang diketuai Anwar “Mat King Leather” Ibrahim. Beliau juga kini menurut rasmi Anwar dan Anwarista dengan memanipulasikan fakta dan keadaaan, berbohong dan tergamak memperkudakan nama baik Tuanku Sultan sebagai gimik kempen semata mata untuk meraih perhatian rakyat, disamping dengan menyelitkan mesej berbaur hasutan dan politik kebencian.

Titah Tuanku Sultan Johor agar rakyat “Tidak terpedaya dengan hasutan golongan ini (PKR)” merupakan ingatan tepat untuk amaran agar golongan yang memperkudakan emosi rakyat dengan politik kebencian dan mesej berbaur hasutan sebagai modal untuk meraih kuasa, dalam kekeliruan dan ‘menangguk di air keruh’.

Tuanku Sultan Johor melibatkan diri dengan sukan air antara remaja semasa program Mahkota Kembara Johor

Baginda merupakan seorang Raja Melayu yang amat perihatin dengan rakyat dan rakyat Johor amat kagum dan sayang kepada baginda. Ini amat jelas dengan penglibatan baginda dengan program tahunan Kembara Mahkota Johor sebagao acara tahunan baginda mendekati rakyat Johor diseluruh pelusuk negeri, tanpa pengecualian mana mana daerah dan keturunan etnik, termasuk masyarakat orang asli.

Kebiadapan golongan minoriti untuk mencabar kesabaran majoriti adalah menjadi terlaluan dan makin parah. Sudah tiba masa undang undang dilaksana sebagaimana diperuntukan, demi menjaga kepentingan negara dari usaha untuk membawa rakyat kepada kancah yang mengancam keselamatan negara, demi meraih sedikit populariti dengan perjuangan politik sempit dan mencabar kepentingan majoriti.

KEBIADAPAN BUKANLAH SESUATU YANG WAJAR DITIMBANG-TARA! AMARAN KERAS: JANGAN BERMAIN DENGAN API!


Sumber: Bigdogdot.com

Ahad, Ogos 08, 2010

Kejam - DAP larang peniaga Melayu di Komtar

6 Komen!!!

"itulah belalang, aku dah cakap".. mungkin ini dialog yang biasa kita dengar dalam cerita P. Ramlee Nujum Pak Belalang.

Namun dalam bab politik, UMNO sudah cakap berulang kali mengenai siapa itu DAP dan dendam kesumatnya terhadap kaum Melayu... penindasan berterusan oleh regim DAPigs terhadap kaum Melayu.. inipun hanya baru sikit kuasa yang diberikan, tetapi mereka dah tunjuk warna sebenar mereka.

Walaupun Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu, orang ramai berpusu-pusu bertumpu Bazar Ramadan yang terletak di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.Namun tahun ini, kemeriahan Bazar Ramadan yang terletak di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) itu mungkin tidak dapat lagi dilihat atau dinikmati.

Ini kerana, pihak pengurusan kompleks tersebut, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu terbabit daripada berniaga di kawasan itu walaupun bayaran yang telah dibuat dan persiapan telah dilakukan... dan makluman diberikan hanya pada saat terakhir..

Lebih malang lagi arahan untuk melarang peniaga Melayu di keluarkan oleh ADUN DAP, Ng Wei Aik... iaitu samseng DAP..

Lebih dikesalkan, Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, kesemua 27 peniaga yang terlibat hanya dimaklumkan semalam tentang keputusan itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk memulakan perniagaan mereka hari ini.


Pada tahun lepas, bazar Ramadan telah dipindahkan ke tempat asal di Komtar Walk daripada Penang Times Square menyebabkan para peniaga menerima kerugian besar ekoran kehadiran jumlah pengunjung yang terlalu kecil.[rujuk sini]

Menurut Syed Hassan, keputusan itu dicapai ketika pertemuan di antara Yang Dipertua DPMMPP, Rizal Faris Mohideen dengan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman pada 25 Mei 2010.. Namun sekali lagi kerajaan DAP memungkiri janji..

Tahun lalu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menghentikan pengeluaran lesen sementara bagi bazar tersebut yang telah wujud sejak 25 tahun lalu atas alasan mengganggu lalu lintas.

Tindakan itu dianggap oleh para peniaga sebagai berat sebelah kerana mereka mendakwa MPPP hanya 'menutup sebelah mata' dengan membiarkan ratusan penjaja haram berniaga di kaki lima di bandar ini sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Ketegangan bermula apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik cuba mengusir peniaga terbabit... Beliau ini tidak patut dipanggil sebagai ADUN tetapi samseng komunis yang angkuh dan bongkak. [rujuk sini]

Kali ini masih ADUN DAP yang sama.. kali ini mereka mengusir peniaga Melayu Bazar Ramadan di dalam komtar pula.. walaupun kerajaan negeri memberi jaminan bahawa persiapan kali ini berjalan lancar..

Begitulah cerita nasib malang Melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan regim DAP yang kejam, zalim, angkuh dan bongkak.

Inilah wajah bermuka-muka DAP, makluman di saat-saat akhir adalah taktik kejam yang digunakan DAP pulau Pinang untuk sabotaj perniagaan bumiputra ini..

Mereka ini adalah peniaga dan tidak sepatutnya terlibat dalam politik sempit... inilah ayat yang di keluarkan peniaga.. mereka menganggap siapa pun perintah sama sahaja iaitu mereka dapat peluang berniaga.. tapi sekarang baru mereka tahu akibat penukaran pemerintahan regim PAS-DAPig, nak niaga pun susah..

Ini adalah agenda sebenar DAP.. DAP mereka lebih menjaga kepentingan peniaga kaum Cina di Komtar berbanding peniaga Melayu.. kemungkinan ianya dilakukan atas tekanan peniaga kaum Cina di komtar yang hanya mencari untung untuk diri mereka.

JIka dizaman BN perintah, kompromi masih boleh dibuat supaya peniaga Melayu dapat berniaga di kawasan Cina.. tetapi jangan harap jika Pakatan Rakyat memerintah...

Bila Tunku Abd Aziz pencacai DAP - bangsa sendiri pun dihina

4 Komen!!!
Kalau dah nama DAP, tetap DAP juga.. no.1 syarat menjadi ahli DAP adalah anti Melayu dan hak keistimewaan mereka.

Inilah yang mesti ada dalam daging mereka iaitu membenci Melayu dengan sebenci-bencinya dan inilah sebenarnya ajaran Komunis dahulu supaya melayu membenci kaum mereka sendiri dan dengan itu mereka mudah untuk menguasai bangsa Melayu... pecah dan perintah..

Orang yang dimaksudkan ialah Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang membidas pemimpin Umno kerana mengkritik setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang mencadangkan pemansuhan tujuh peratus diskaun bumiputera untuk pembelian hartanah mewah. [rujuk sini]

Dalam satu kenyataan medianya, naib pengerusi DAP itu berkata dia terkejut melihat reaksi Pemuda Umno yang membuat laporan polis ke atas Pua berhubung cadangannya itu, manakala Perdana Menteri yang juga presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak terkecuali mengeluarkan kenyataan keras.
“Adalah jelas mereka yang digelar pemimpin Umno ini mempunyai fahaman sifar ataupun terhad, berhubung perlembagaan persekutuan kerana seboleh mungkin yang saya cuba, saya gagal mencari sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan bahawa Melayu atau bumiputera perlu diberikan hak untuk mendapat diskaun bagi membeli hartanah.

“Yang pasti, perlembagaan persekutuan tidak memperuntukkan bahawa Melayu berhak mendapatkan diskaun untuk membeli hartanah mewah yang bernilai jutaan ringgit,” kata Abdul Aziz.
Tapi cuba lihat ini:
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
Jadi soalan kepada Tunku Aziz.. janganlah sampai nak jadi sangat boneka DAP sampai hina kaum sendiri. Siapa yang tak faham dan tak jelas dengan Perlembagaan Persekutuan Artikel 153.. tak nampak tercatat ke.. istilah perizaban dan perkadaran yang munasabah.. lain kali kalau ada mata tengok betul-betul.. jangan mata tu asyik tengok gambar bogel Elizabeth je..

Selepas ni Nak tengok juga kenyataan balas DAP terhadap kenyataan Hj Hadi.. adakah mereka akan bidas hj Hadi kerana masih tak faham perlembagaan persekutuan.. yang memelihara dan melindungai kepentingan kaum Melayu... ada berani ke... ataupun Nik Aziz akan bersuara selepas ni..

Satu lagi pemikiran dangkal yang ditunjukkan Tunku Aziz bila beliau membuat perbandingan hartanah dengan bukan hartanah yang mepunyai nilai berbeza dari segi kepentingannya..
"Diskaun tujuh peratus itu begitu 'kardinal' untuk menjamin hak istimewa Melayu, diskaun yang sama sepatutnya diperluaskan kepada orang Melayu untuk membeli barangan mewah lain seperti “BMW, Porches, sistem hi-fi rumah, tiket kelas pertama penerbangan dan malah juga barangan kemas serta batu permata.”
Adakah sama nilai hartanah dengan kereta dan barangan lain.. tentulah tidak... nilai tanah bertambah saban tahun dan nilai barangan akan menurun.. benda kecik macam ni pun tak tahu ke... sebab itu ianya diberikan diskaun kerana peri pentingnya terhadap pemilikan aset bumiputera..

Jauh lagi jika nak kaitkan dari kepentingan politik.. pemilikan tanah bermakna pemilikan aset yang beharga berbanding dengan nilai barangan lain.. berapa ramai bangsa Melayu yang mempunyai nilai aset dan hartanah di tengah bandar... inipun disebabkan ada bantuan dan diskaun dari kerajaan.. kalau tidak jumlah ini pasti mengecil lebih jauh lagi.. akhirnya Melayu terus merempat di negara sendiri. Inilah juga peluang kepada kaum Melayu nak miliki aset yang berharga..

Jadi bila nak cakap tu bagilah fakta mengenai kedudukan dan perbezaan orang Melayu di bandar.. kalau tiada fakta lebih baik jangan cakap...

Jika nak kata aspek penjimatan.. kerajaan Selangor patutnya tidak membeli hutang Talam Corporatian yang bernilai beratus juta yang sehingga kini tidak selesai lagi..[rujuk sini].. ini pun satu lagi pembohongan Pakatan Rakyat terhadap rakyat Malaysia.. walaupun kata hutang dah dilangsaikan tetapi tiada butiran yang ditunjukkan..

Mengetahui bahawa Talam merupakan syarikat yang sedang sakit tenat adalah mustahil untuk syarikat tersebut membayar RM 50 juta secara tunai kepada kerajaan negeri.

Jika dibayar dalam bentuk pengambil alihan tanah dan aset kita mahu tahu tanah mana dan aset mana yang diambil alih. Bila perjanjian pengambil alihan tersebut ditandatangani.

Adalah luar biasa dan menjadi satu kesalahan untuk sebuah syarikat senaraian awam tidak membuat pengumuman rasmi mengenai pembayaran hutang sebanyak RM 50 juta ini.

Jika berlaku transaksi aset, masyarakat juga berhak tahu aset yang mana dan siapa yang membuat penilaian bahawa aset dan tanah tersebut bernilai RM 50 juta.

Apatah lagi hasrat kerajaan Selangor nak bantu bumiputera dengan buat penjimatan.. mana dia dasar Selangor yang jelas membantu Bumiputera.. sedangkan kontraktor bumiputra di bawah projek Pasir pun diberhentikan..

Cuam yang jelas ialah kerja kosong untuk gadis-gadis Melayu yang mahu menjadi tukang urut.. ini semuanya kerana usaha kerajaan negeri yang banyak membawa pelabur rumah urut di seluruh negeri Selangor.. kalau tak percaya cuba 'check' sekitar bandar Sunway.. rumah urut macam cendawan tumbuh... mana dia pemimpin PAS?.. exco agama tidor ke... pemuda PAS. tak de telor ke?

Memang jelas bahawa cakap mana-mana pemimpin DAP ini memang tidak boleh dipercayai.. ini semuanya untuk melidungi agenda DApigs bagi menghapuskan Melayu ditengah bandar...

Jika tiada Melayu dibandar maka tiadalah pengundi Melayu... jadi senanglah DAP untuk terus mempertahankan bandar... Ini juga cara yang sama dibuat oleh Inggeris ketika menjajah dahulu.. pecah dan perintah.. Melayu nampaknya akan terus diletak dipinggir bandar dan kawasan pendalaman.. dan Cina akan terus berkuasa dibandar..

Sabtu, Ogos 07, 2010

Khalifah Lim Guan Eng tajaan Yahudi dan CIA pertahan Islam?

0 Komen!!!
Bunyinya macam hebat, tetapi semuanya pembohongan semata-mata... ini ekoran kenyataan Tn Guru Lim Guan ENg @ Khalifah Omar Abd Aziz Pulau Pinang Versi Yahudi dan CIA..

Sebenarnya takde bezanya, cuma DAP lebih teruk daripada MCA.. DAP dah sah-sah menolak negara Islam.. hari kononnya nak jadi juara pertahankan negara Islam.. [rujuk malaysiakini].. nak muntah aku baca.. pulak tu dihadiri dengan ajen CIA dan Yahudi yang juga peliwat.. ANuwar Aljuburi..

Macam ini ke pemimpin yang mahu dijadikan contoh.. depan orang Islam cakap lain, depan bukan Islam cakap lain, depan yahudi cakap lain.. depan orang arab cakap lain.. ini semua hipokrit.. munafik..



Macam mana nak kata sebagai penghinaan sikat antara Khalifah Yahudi (guan eng) ini sangat jauh dengan sifat Omar Abd Aziz yang sebenar..

Siapa yang arah robohkan gerai peniaga Melayu, siapa yang arahkan jangan buka lagi projek perumahan kos rendah di Pulau Pinang, siapa yang tuduh JIM sebagai ekstrimis dan pengganas Islam.. Siapa juga yang arahkan batalkan perarakan Maulidur Rasul.. siapa juga yang tak lantik ADUn PAS sebagai EXCO... semuanya Lim Guan Eng... inikah yang nak di panggil Omar Abd Aziz.. Nauzubillah Min Zalik..

Dalam negeri lain bersidang 3 kali, sidang DUN pulau Pinang hanya bersidang 2 kali.. itu kerana ada dalam undang-undang tubuh pulau pinang.. kalau tidak mungkin DAP Pulau Pinang tidak akan bersidang langsung.. [rujuk sini]

Jadi perbezaan antara Guan ENg DAPigs dengan khalifah Omar Abd Aziz yang sebenar sangat jauh.. ini sebenarnya ialah penghinaan terhadap tokoh khalifah Islam yang hebat..

Jumaat, Ogos 06, 2010

Hadi Awang Bidas Tony Pua - kenyataan atau lakonan

2 Komen!!!
Minggu lalu Pemimpin PAS-DAPigs, Tony Pua Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua (DAP) telah menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk memansuhkan diskaun khas untuk bumiputera yang berhajat membeli rumah mewah di Selangor.[rujuk sini]

Ini adalah kenyataan angkuh dari pemimpin PAS-DAPigs yang tidak melihat sosio ekonomi bumiputera secara keseluruhannya..

Namun kalau dilihat secara tersiratnya dari segi pengundi, inilah adalah mainan politik licik DAPig kerana relitinya peratusan yang besar bakal beli rumah adalah kaum Cina dan Melayu pastinya hanya beli sedikit sahaja. Sekaligus usaha DAP meletakkan taburan pengundi Cina di Seluruh Negeri Selangor akan berjaya.. Melayu akan terus terpinggir dan duduk hanya dipinggir kota. Di Bandar akan terus dikuasai oleh orang Cina.. inilah yang dibuat Singapura ketika menghalau Melayu..

Kali ini idea menghalau Melayu dari bandar terus dijalan oleh PAS-DAPigs.. cuma setelah seminggu lalu, Hadi Awang 'terbidas' [rujuk sini] kekasih DAPigs nya Tony Pua.. Adakah ini hanya lakonan Hj Hadi yang nak 'cover' pengikut PAS yang marah dengan tindakan Tony Pua ini..

Hj Hadi berkata "(Beri) kepada siapa yang berhak, majoritinya adalah bumiputera yang miskin, yang bukan bumiputera tidak seramai Bumiputera,”..

Tapi apa kata pemimpin DAPigs yang lain.. adakah meeka akan setuju dengan HJ hadi ini.. atau terpaksa berlakon juga nak cover pengundi Cina..

Kenyataan hj Hadi bukanlah kenyataan yang Ikhlas semuanya hanya bertujuan politik.. itu pun terpaksa cakap...

Lepas ni nak dengar kata Nik Aziz pula.. kan PAS kata mana ada hak Istimewa Melayu.. itu semua Asobiyah...

Dalam perkara berkaitan [rujuk sini], Tiga persatuan perniagaan bumiputera, Jumaat, menyatakan pendirian bahawa mereka tidak bersetuju dengan cadangan memansuhkan diskaun bumiputera untuk pembelian hartanah bernilai RM500,000 ke atas di Selangor.

Tiga persatuan itu ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS), Gabungan Persatuan Usahawan Melayu Selangor (GAPUMS) dan anggota Majlis Perniagaan dan Ekonomi Melayu Malaysia.

Setakat ini pemilikan rumah di kalangan Bumiputera tidak melebihi 14 peratus manakala pemilikan premis perniagaan tidak melebihi tiga peratus dan unit industri tidak lebih satu peratus daripada jumlah hartanah di seluruh negara.

Mohd Karim berkata jika cadangan memansuhkan diskaun itu dilaskanakan, sukar bagi Bumiputera untuk memiliki hartanah terutama premis untuk perniagaan dan industri.

DAPigs ialah sosialis dan kapitalis.. sebenarnya mereka tiada matlamat pun untuk membantu golongan Miskin.. apa yang penting bagi mereka hanya keuntungan semata-mata.. inilah cara penjajahan baru jika DAP terus dibenar berkuasa di negara ini..

Bila Pemaisuri Agong pun ditipu Pakatan Selangor

2 Komen!!!

Nasi dah jadi bubur, program pun dah lepas.. ni Kerajaan PKR negeri Selangor nak cari alasan untuk melepaskan diri.

Bagaimana Pemaisuri Agong boleh pergi ke program kerajaan Negeri Selangor atas kapasiti jemputan Individu sedangkan ianya adalah dalam majlis rasmi. Inilah alasan yang diberikan kerajaan PKR Negeri Selangor.

Agaknya dah tersepit sangat kerajaan negeri Selngor ni sehingga Pemaisuri Agong pun nak ditemberangnya.. jadi cari alasan yang dangkal sahajalah, sedangkal otak MB selangor..

Istana Negara tegas menafikan [rujuk sini] bahawa keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke majlis Islamic Song Festival di Shah Alam pada 4 Julai lalu atas sebab-sebab peribadi.

Istana Negara mendapati mesyuarat persediaan menyambut keberangkatan Baginda ke majlis itu diadakan melibatkan pihak Istana Negara, penganjur serta jabatan dan agensi kerajaan negeri yang terdiri daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, Bahagian Khidmat Pengurusan SUK, Bahagian Protokol SUK dan Tourism Selangor dan dipengerusikan oleh Pengurus Besar Tourism Selangor.

PKR guna taktik biasala, maklumlah dah terbiasa.. iaitu menipu dan cari salah pihak lain.. Siapa agaknya kerajaan PKR Selangor nak temberang lagi.. tak cukup ke Pemaaisuri Agung diperbodohkan dan dimalukan oleh mereka. Ni kiranya nak bodohkan rakyat lagi la..

Pada Isnin lalu, akhbar The Malay Mail telah mengeluarkan laporan bertajuk "Being Frank: Selangor's Royal Snub, Date with the Queen" dan satu lagi artikel "It was not a royal snub" keluaran Selasa. Laporan itu "It was not a royal snub" menyatakan bahawa kerajaan Selangor mendakwa Tuanku Nur Zahirah menghadiri majlis anjuran Pelancongan Selangor itu atas kapasiti peribadi di mana beberapa pemimpin penting kerajaan negeri itu tidak hadir. Ini sangat memalukan Pemaisuri Agong.

Majlis itu hanya dihadiri oleh kurang darpada 200 orang dalam Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam yang mempunyai kapasiti 5,000 penonton dan kegagalan kerajaan negeri memaklumkan kepada Sultan Selangor mengenai kehadiran Baginda pada majlis itu.

"Istana negara juga menolak laporan yang menyatakan Baginda meninggalkan majlis lebih awal daripada yang dijadualkan, pada hal sebenarnya pihak penganjur telah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa Baginda tidak akan menyertai majlis santapan selepas konsert tersebut," kata kenyataan itu.

Dahlah tu, kemudian majlis santapan Kerajaan Negeri tak panggil, beginilah nasib Raja-Raja jika Pakatn Rakyat memerintah akan diperbodohkan sahaja.

Sangat memalukan, sepatutnya mereka yang terlibat ni patut letak jawatan..

Tapi yang penting, nak tengok perbelanjaan program tersebut.. kehadiran 200 orang, nak tengok dia 'klim' untuk 5,000 orang atau 200 orang.. Rasanya MACC perlu buat siasatan..

'God Father' Yahudi ANwar mula bersuara

1 Komen!!!

Kembali kepada persoalan asal, kalau tak meliwat kenapa takut sangat...

Ni bukan kali pertama Anwar bawa campur tangan asing dalam isu liwatnya, kali ini Anwar bawa 'god father' dia si Algore dan Paul Wolfowitz.

Al Gore dan Paul Wolfowitz. Seorang bekas Tim Presiden Amerika dan seorang bekas Setiausaha berketurunan Yahudi hari ini menulis bersama di dalam sidang editorial Wall Street Jurnal memohon campur tangan Presiden Amerika , Obama untuk menekan kerajaan Malaysia yang diundi secara demkrasi setiap 5 tahun akan dakwaan sodomi terhadap Anwar diGUGURkanMereka berdua menulis , kononnya dakwaan sodomi ke atas Anwar akan melemahkan kepercayaan DUNIA dan jutaan rakyat Malaysia terhadap sistem keadilan di Malaysia. (rujuk sini)

Paul Wolfowitz merupakan seorang Yahudi yang memainkan peranan besar menentukan dasar Bush menentang Iraq dan bertanggungjawab terhadap kehilangan jutaan jiwa rakyat Islam Iraq dari lelaki, wanita, kanak-kanak mahupun golongan tua.

Al Gore yang tewas kepada Obama di dalam persaingan merebut jawatan Presiden Amerika , merupakan bekas simpatisan terhadap Perjuangan Reformasi Anwar sejak dari tahun 1997.

Beliau pernah pada satu persidangan APEC di Kuala Lumpur menyamakan Reformasi sebagai perjuangan Rakyat ( Doi Moi ) di Vietnam.

Tindakan kedua-dua tokoh yang meminta campurtangan Obama jelas menunjukkan sikap biadap mereka terhadap sisitem demokrasi di Malaysia.

Tindakan mereka juga jelas menunjukkan pertalian kuat Anwar dengan golongan Yahudi berpengaruh di Amerika yang tidak dapat disangkal lagi,,,

Persoalannya kenapa mereka sangat menyanyangi Anwar.. tidak lain dan tidak bukan kerana anwar adalah 'balaci' Yahudi yang mahu hapuskan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang masih belum dapat dikuasai oleh Amerika dan Yahudi. Jika Anwar berjaya ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia maka mudahlah Yahudi mengcengkam negara ini sebagaimana mereka mencengkam negara Islam lain.

Apatah lagi Anwar semakin tertekan apabila regim baru Pesiden Amrika tidak 'back up' kes liwat beliau.

Anwar akan terus cuba melewat-lewatkan kes perbicaraannya, kes yang sepatutnya tidak mengambil masa yang lama tetapi telah makan masa bertahun kerana helah Yahudi yang digunakan Anwar untuk menangguh perbicarannya..

Ingatlah Anwar.. manusia merancang, tetapi perancangan Allah SWT lebih hebat berbanding manusia... apatah lagi rancangan dari puak-puak yang dimurkai Allah.. Yahudi Laknatullah..

Kongsi Link Anda