Popular Today

Rabu, Januari 19, 2011

PRK Tenang : Sah!!! anak tempatan menjadi calon BN

4 Komen!!!
BN telah mengumumkan calon muda dan berwibawa berumur 39 tahun, seorang profesional yang sebelum ini bertugas sebagai penolong pegawai daerah  (ADO) di Rengit...

Mohd Azhar bin Ibrahim, orang muda, berpendidikan dengan lulusan luar negara dan tokoh disegani di sekitar Labis menjadi calon pilihan BN. Apatah lagi bukan mudah, walaupun sekarang selesa sebagai ADO, dengan jawatan dan gaji yang baik, namun sanggup letak jawatan demi untuk rakyat Tenang, perjuangan demi agama, bangsa dan negara tetap didahulukan. Inilah semangat yang orang muda patut tunjukkan.. sirih pulang ke ganggang!!!

Mungkin inilah yang diwarisi daripada bapanya, Beliau yang merupakan anak kepada tok penghulu Ibrahim seorang tokoh politik UMNO dan Barisan Nasional yang pernah menjadi wakil rakyat lewat 80an dulu. Bapa beliau merupakan seorang yang dihormati dan disegani.

Lawan beliau ialah bukan anak tempatan, berasal dari Ledang. Seorang bekas guru yang meletak jawatan 24 jam kerana kemaruk nak menjadi calon PAS. Dahlah bekas guru, tak reti bersyukur, makan gaji, dapat elaun itu dan ini.. kalau bonus dapat sikit.. siap maki hamun lagi...memang inilah dia perangai orang PAS...

BN memilih calon yang tepat untuk berhadapan calon PAS.. orang muda lawan orang muda dan anak tempatan lawan bukan anak tempatan..

Khamis, Januari 13, 2011

Al Fatihah, Blogger YANG GAMBI telah kembali ke Rahmatullah

4 Komen!!!


AL-Fatihah kepada salah seorang pejuang blogger Yang Gambi yang telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 11.10 malam tadi, akibat jangkitan kuman dalam paru paru. Arwah telah di sahkan meninggal Dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Beliau akan dikebumikan di Felda Keratong 2, Rompin, jam 10.00 pagi.



Allahyarham seorang yang sangat vokal dalam pandangannya dan seorang pejuang yang komited kepada Agama, Bangsa dan Negara. Banyak komen dan artikel yang dibangkitkan membangkitkan kerisauan beliau mengenai masa depan bangsa Melayu dan umat Islam.


Kepada keluarga beliau, diminta tabah dan redha pemergian Allahyarham ke rahmatullah.. sehubungan itu, keluarga Allahyarham minta ampun dan maaf bagi pihak Allahyarham, sekiranya dalam hidup Allahyarham adan membuat silap dan salah dan jika termakan dan terminum, samada sengaja atau tidak sengaja minta dimaafkan.


Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Amin.. Alfatihah

Selasa, Januari 11, 2011

PRK Tenang - Nasib si pejuang hamPAS

2 Komen!!!
Sanip bin Ithnain ialah bekas ketua Pas Cawangan Felda Sungai Sayong. Dia adalah bekas calon Pas DUN Pasir Raja 2004.

Sejak tahun 2005, dia jatuh sakit urat saraf. Dia juga hadapi lemah sebelah kiri badan akibat angin ahmar.

Dari tahun lepas 2009, keadaannya bertambah teruk. Sudah tidak boleh bercakap tapi masih boleh mendengar sedikit-sedikit. Duduk dan bergerak pun terpaksa guna kerusi roda sahaja. Sekarang pakai pampers.

Begitu banyak pengorbanannya pada PAS, tidak dipeduli langsung. Mana dia orang2 PAS dari Johor macam Din Puduraya, Suhaizat Kayat, dan lain-lain.

Konon Mazlan Aliman berkorban untuk orang Felda. Orang PAS dalam Felda pun dia tidka boleh bela. Akhirnya jiran tetangga orang UMNO juga yang bela.

Siapa nak tolong boleh hubungi di E2, Felda Sungai Sayong, Kota Tinggi. No. Telefon: 07-8977632.

Bantulah atas peri kemanusianan walaupun dia berlainan parti. Kita anggap dia orang Muslim walaupun Tok Guru dia anggap kita kafir.

Ada lebih, bantulah dia.

Walaupun masa banjir di Kedah, kerajaan negeri hanya bantu orang PAS dan tidak bantu rakyat jelata yang bukan ahli PAS. Kita bantu juga ...

oleh : unspinner

PAS mahu perbodohkan pengundi Tenang

1 Komen!!!
 Semalam PAS telah mengadakan kempen di DUN Tenang dengan lebih tepat lagi di rumah 105, Felda Chemplak Barat. Sebagaimana diketahui tarikh dibenarkan berkempen hanya bermula pada 22 Januari 2011 iaitu selepas hari penamaan calon.

Namun PAS nampaknya dah tak sabar sangat berkempen untuk Pilihanraya Kecil DUN Tenang.. persoalannya ialah di mana SPR? di mana penguatkuasaan undang-undang yang melarang berkempen sebelum penamaan calon?

Yang kedua ialah dikatakan tidak dapat permit polis... kemudian berkempen dan paling teruk banyak putar alam, putar belit, menipu, membohong oleh para pemimpin hamPAS ni.. berbulu telinga dengar!!!

Antara Tokoh yang hadir semalam ialah Hj Hadi Awang, Us Udris Ahmad, Dr Mahfodz mahmod dan panel yang lebih banyak bercakap dari penceramah... Mazlan Aliman..

Antara isu yang ditimbulkan ialah PAS perjuang negara Islam... sedangkan rakyat mengetahui PAS mana lagi perjuangkan negara Islam.. PAS sekarang perjuangkan negara kebajikan sama macam komunis!!!

Kalau tak percaya tanya si Nizar Pengkhianat tu.. dah jelas dia kata PAS tidak pernah dalam mana-mana yang termaktub dalam perlembagaannya nak tubuhkan negara Islam semasa sidang DUN Perak.. jadi apa yang nak bohong lagi ni...

Mana ada pemimpin PAS sekarang bercakap secara umum tentang nak tubuh negara Islam... kalau ada sekalipun.. mana dia konsep negara Islam yang PAS nak tubuh!!! setakat cakap dengan air liur boleh lah... teringat semasa PAS keluar buku tentang negara Islam namun masih tak menjelaskan apakah negara Islam yang mahu dibuat oleh PAS?

PAS juga menimbulkan isu hudud dan undang-undang Islam.. maka berkatalah si Hj Hadi, Us Idris dan semua pemimpin PAS.. UMNO tolak hudud.. UMNO tolak mendaulatkan Islam.. tapi sekarang siapa yang tolak hudud.. Apa yang PAS kata depan DAP.. nak laksanakan hudud ke?

keduanya.. rasanya rakyat malaysia masih ingat lagi.. hudud PAS ni ada 2 versi.. Versi Hudud PAS Kelantan dan versi Hudud PAS terengganu.. ni macam ne pulak.. PAS sendiri masih tak de konsensus hukum Hudud yang nak diadakan...

Sekali lagi PAS nak tipu pengundi Tenang...

Kemudian Hadi Awang semalam.. bukan main menjilat bukan Islam.. katanya Islam adalah untuk semua kaum, bukan untuk Melayu sahaja... wah!!!

Siapa dia yang kafirkan orang UMNO atas alasan berkawan berkawan dengan kafir... siapa tak ingat dengan amanat Hj Hadi.. tapi semalam Hj Hadi bukan main jilat semalam.. terasa betul macam Hj Hadi jilat jubur Lim Kit Siang dan Karpal Singh!!!

Apalah perangai.. kalau dah terdesak sangat nak undi, biarlah buat secara bermaruah.. dahlah dia tu dulu dia yang hina sangat orang kafir kali ni dia pulak tunduk pada sikafir ni siapa dipuja dan dipuji tak cukup dengan tu siap jilat lagi... kalau ini standard presiden PAS, memang jahanam lah Islam...

Kemudia dia goreng pulak isu janji 100 hari Pakatan Penipu khasnya tentang nak bagi elaun kepada guru.. ingatkan semalam Idris Ahmad nak ishtiharkan bagi duit pada guru-guru sebanyak RM 500.. tapi semalam pun si Ketua Penerangan PAS pusat sebut nak bagi duit sebnyak RM 100 sampai ditegur dan dibetulkan oleh hadirin yang hadir..

Rupanya... dia pulak persalahkan kerajaan Persekutuan.. dia kata, janji dibuat jika PAS menang PRU-13.. la.. apa gunanya dengan kuasa pemerintahan di negeri yang tadbir Pakatan Sekarang... tak perlu nak cakap guna air liur.. buktikanlah dahulu, buatlah dinegeri pakatan.. berikanlah elaun RM 500 kepada semua pegawai awam di negeri Pakatan yang mereka ada kuasa... bukan hanaya guru.

Bilangan guru hanya ada lebih kurang 400 ribu sedangkan jumlah seluruh kakitangan awam ada lebih kyurang 1.2 juta atau 1,200,000.. jadi apahalnya dengan kakitangan awam yang lain yang berbaki lebih kurang 800,000 orang lagi !!! kenapa guru sahaja yang dapat??? Inilah dasar pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Pakatan Penipu!!!

Rasanya cukup setakat ni... nanti akan didedahkan banyak lagi penipuan yang dibuat oleh PAS sepanjang PRK tenang ni... termasuklah isu kenaikan harga minyak, air percuma di Selangor, isu Felda dan sebagainya..


Ila Liqa'..

Isnin, Januari 10, 2011

Panas : Presiden PAS tidak layan blogger pakatan

0 Komen!!!
Presiden PAS didakwa tidak melayan seorang blogger pro pakatan yang mahu dapatkan pandangan dan penjelasan beliau.. bukan setakat itu, bahkan blogger ini didakwa dibelasah oleh penyokong Presiden PAS tersebut.

Menurut cerita, sekumpulan jemaah masjid, dipercayai penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa mengasari seorang penulis blog yang cuba mendapatkan beberapa penjelasan daripada presiden PAS itu. Ianya berlaku dekat rumah Abdul Hadi di Marang pada 7 Januari lalu, dan turut dikurung seketika di pejabat masjid berdekatan dan telefon bimbitnya dirampas.

Blogger berkata "Dalam kejadian itu, kira-kira tujuh atau lapan orang mengepung saya. Saya rasa dipukul daripada belakang dua kali,".

Menceritakan kembali pengalamannya, Khairun Nizam atau lebih dikenali sebagai ADUKA TARUNA mendakwa, selepas solat Zohor di Masjid Rusila dekat rumah Hadi, beliau menghampiri pemimpin itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu kerajaan perpaduan PAS-Umno yang meletus selepas pilihan raya umum lalu.

Oleh kerana tidak dilayan, beliau terus mengikuti pemimpin utama parti Islam itu hingga ke hadapan rumahnya - 15 meter dari masjid - sambil bertanya soalan dan merakamkan pergerakan Hadi menggunakan kamera telefon bimbit.

"Kemudian saya ditahan dalam sebuah bilik sebelum dibebaskan tidak lama kemudian," dakwanya.

Khairun Nizam merupakan antara penulis blog pro Pakatan Rakyat yang menentang kuat idea kerajaan perpaduan. Beliau juga antara penggerak kempen "PAS Reform" dan "Langgar Hadi".

Khairun Nizam mula mendapat perhatian selepas didakwa menghina bekas Sultan Johor Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dalam tulisannya di blog awal pada Januari tahun lalu.

.................. hakikatnya inilah layanan Presiden PAS kepada blogger yang pro kepada Pakatan Rakyat... apalah salahnya untuk berjumpa.. jika jawatan setakat Presiden parti pun dah berlagak.. dan tidak mahu berjumpa dengan rakyat.. apatah lagi jika jadi Perdana Menter nanti..

Inikah parti yang dikatakan bebas beri pandangan yang menyokong kebebasan bersuara.. tetapi masih menunjukkan sebaliknya...

Inilah presiden yang angkuh dan sombong!!!!

ADUN DAP - Perangai sebijik macam babi!!!

2 Komen!!!


Perangai sebijik macam babi!!!

Dasar DAPigs..

Penipuan wartawan TVSelangor terbongkar!!!

0 Komen!!!
Kalau Tok Guru menipu... apatah lagi anak buah!!!

Lihat sahajalah gambar di bawah, bagaimana anak buah tok guru menipu!!!



Sumber : GAP

Ahad, Januari 09, 2011

Anwar serang Hadi?

2 Komen!!!

Bukan lagi habar angin, sembang kosong dan sekadar gosip picisan di antara kem kem pembangkang.

Anwar Ibrahim akan mengadap Hadi Awang petang ini sebagai langkah berdamai akibat perbuatan 'langgar lari' bloggers pencacai PAS yang lebih berkiblatkan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.


Pertemuan empat mata ini disertai oleh Nik Aziz dan Khalid 'Gagap dan Bengap' Ibrahim berlangsung di Shah Alam.

Agenda utama perjumpaan dijangka memberi fokus kepada pertemuan 24 Disember bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis santapan di Istana Terengganu.

Umum mengetahui, Perdana Menteri dan Nik Aziz diam membisu (keeping mum) hasil dari pertemuan.

Dan seperti biasa, Saifuddin 'The Spinner' Nasution cuba menenangkan keadaan hanya berkata perjumpaan tersebut hanyalah menyentuh pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, kes liwat Anwar dan juga Program 100 Hari.

GWM cukup pelik dengan kenyataan Saifuddin 'The Spinner' Nasution.

Sedangkan Mustafa Ali dan Khalid 'The Church' Samad, masing masing membuat kenyataan pertemuan ini akan menyentuh isu perjumpaan UMNO dan PAS pada 24 Disember lalu.



Anwar Ibrahim semakin kalut berikutan ramai pihak mahukan Karpal Singh diheret ke Mahkamah atas sumpah bohong (perjury) dan menghina Parlimen.

Karpal Singh mungkin akan disubpoena oleh Pendakwaraya sebagai saksi dalam kes liwat beliau. Dan yang paling buruk, jika Karpal Singh mempunyai bukti dan keterangan mengenai kegiatan liwat yang akan mengakibatkan beliau dipaksa berhenti dari mewakili Anwar Ibrahim berdasarkan Peraturan Guaman (Amalan dan Etika) 1978.

Nyawa politik Anwar Ibrahim semakin berada di hujung tanduk. Langkah terakhir adalah mengadakan perdamaian dengan Hadi Awang atas serangan bloggers pencacai PAS upahan beliau.

GWM : Khabarnya ada solat hajat malam ini di Shah Alam ... Minta Hadi Awang dan juak juak PAS berdoa agar terbuka pintu hati Anwar Ibrahim mengaku dengan aksi aksi liwatnya! Anwar, Anwar ..
 
Sumber : GWM

Kongsi Link Anda