Popular Today

Selasa, September 10, 2013

Selamat berjaya kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan UPSR

0 Komen!!!


Selamat berjaya kepada semua 478,848 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula esok sehingga 12 September ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara. 

Semoga boleh jawab dengan tenang dan jangan lupa baca Bismillah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

Anak Melayu tidak kurang cerdiknya jika kuat berusaha..  

Khamis, Julai 25, 2013

Terkini : Blogger Pornografi Alvin dan vivian diikat jamin RM 30k seorang dgn 4 syarat

10 Komen!!!


Pelik...

Pada minggu lalu Hakim  menjelaskan tiada ikat jamin dibenarkan, tetapi kini dibenarkan pula..

Alvin dan Vivian perlu diikat jamin dengan RM 10k bagi setiap tuduhan, ini bermakna mereka mempunyai 3 pertuduhan oleh itu ikat jamin bagi setiap orang sebanyak RM 30k

Selain itu juga mereka diberikan 4 syarat iaitu :
1) Serahkan pasport
2) dilarang upload gambar
3) menggunakan alat komunikasi
4) dan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap awal bulan..

Tindakan tegas patut dikenakan kepada pasangan ini.. tindakan membenarkan ikat jamin hanya akan menimbulkan rasa kurang puas hati kepada umat Islam.

kalau tidak isu penghinaan terhadap islam akan terus berlaku kerana ketidaktegasan terhadap hukuman yang ditetapkan.

sumber : the star


PRK Kuala Besut, PAS masih salahkan SPR!!

0 Komen!!!


BESUT 25 Julai - Pas akur dengan kekalahannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan mengakui jentera BN lebih baik dan berjaya mengemukakan tawaran yang tidak mampu ditolak rakyat.

Yang Dipertua Pas Kawasan, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, ini membantu

kemenangan BN berbanding agenda Terengganu 16-16 yang dibawa oleh parti itu untuk mencipta sejarah.

Beliau percaya rakyat di kawasan berkenaan yang dahagakan pembangunan memilih BN setelah pelbagai projek dijanjikan akan dilaksana di kawasan itu jika BN menang.

Beliau bagaimanapun turut mengaitkan kekalahan itu dengan mendakwa kononnya turut berpunca daripada konspirasi BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat telah membuat perancangan awal sehingga membolehkan BN mempertahankan kerusi itu.

"Kita sudah jangka dari awal apabila SPR umum tarikh pengundi jatuh hari biasa dan itu menyebabkan pengundi tidak dapat pulang sekali gus menyebabkan kita kurang mendapat undi pada kali ini. Hanya 40 hingga 40 peratus sahaja undi dari pengundi luar diperoleh.

"Kita akui memang tidak dapat tawarkan apa yang BN beri jadi kita harap selepas ini wakil rakyat BN dapat laksanakan janji kerajaan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Markas Pilihan Raya Pas di Kampung Baharu dekat sini malam tadi.

Pada sidang akhbar tersebut Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Husam Musa dan imbalannya, Satipul Bahri Mamat tidak kelihatan.

Pada PRK DUN Kuala Besut yang berlansung semalam, calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang selepas mendapat 8,288 undi berbanding calon Pas, Endot@Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

BN menang dengan majoriti sebanyak sebanyak 2,962 undi sekali gus berjaya mempertahankan DUN Besut. - UTUSAN ONLINE





Jumaat, Julai 19, 2013

Laporan polis terhadap MC palsu Anwar

0 Komen!!!


Bekas Pembantu Khas Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay semalam telah membuat laporan polis terhadap MC palsu yang dibuat untuk menangguhkan perbicaraan kes Bersih3 semalam.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 10.40 pagi bersama 2 orang kawan. Beliau menyatakan Anwar telah memberi MC kepada mahkamah pada September lalu.

Inilah amalan biasa Anwar Ibrahim berlakon sakit untuk sengaja melambat-lambat proses perbicaraan. Namun sebenarnya ianya adalah penghinaan terhadap sistem keadilan negara kerana sengaja melambat-lambatkan keadilan ditegakkan.. Melambatkan keadilan dengan sengaja juga bermakna keadilan dinafikan.

Walaupun MC palsu ini nampak kecil tetapi sebenarnya tidak.. apatah lagi ianya berkaitan integriti seorang pemimpin besar.. bagaimana seorang pemimpin yang disanjung PR sebenarnya bukanlah pemimpin yang tidak mempunyai integriti.. jika pemimpin tidak ada intergriti layakkah memimpin negara.. Cuba bayangkan perkara sekecil MC ini pun sanggup Anwar tipu.. apatah lagi perkara-perkara yang besar seperti 13 Sep, isu racun arsenik dan lain-lain.

Anwar sememangnya sangat terkenal dengan Raja Penipu #1 negara.. habis rakyat akan ditipu jika beliau memerintah negara..

Sumber : rujuk sini

Khamis, Julai 18, 2013

Terkini !! Alvin dan Vivian tidak dibenarkan diikat jamin atas 3 pertuduhan

0 Komen!!!


Hakim membuat keputusan Alvin dan Vivian tidak dibenarkan ikat jamin ats 3 pertuduhan

Terkini kes Alvin dan Vivian

Ingatkan 2 pertuduhan rupanya 3!!!

Pendakwa raya mencadangkan pada Hakim agar pasangan Alvin dan Vivian tidak dibenarkan ikat jamin

3 pertuduhan Alvin &Vivian 1) akta hasutan 1948, Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan Seksyen 298A

Kesalahan Alvin & Vivian kerana memuatturun gambar selamat berbuka puasa, dgn makanan babi dan mgandungi logo halal.

Namun Pasangan Alvin dan Vivian mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan dan Alvin dan Vivian merayu pada hakim agar dibenarkan ikat jamin.

Kita akan menunggu perkembangan kes ini seterusnya..

rujuk sini

Terkini !! 3 pertuduhan Alvin &Vivian 1) akta hasutan 1948, Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan Seksyen 298A

1 Komen!!!


Terkini kes Alvin dan Vivian

Ingatkan 2 pertuduhan rupanya 3!!!

Pendakwa raya mencadangkan pada Hakim agar pasangan Alvin dan Vivian tidak dibenarkan ikat jamin

3 pertuduhan Alvin &Vivian 1) akta hasutan 1948, Penapisan Filem 2002 dan Kanun Keseksaan Seksyen 298A

Kesalahan Alvin & Vivian kerana memuatturun gambar selamat berbuka puasa, dgn makanan babi dan mgandungi logo halal.

Namun Pasangan Alvin dan Vivian mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan dan Alvin dan Vivian merayu pada hakim agar dibenarkan ikat jamin.

Kita akan menunggu perkembangan kes ini seterusnya..

sumber : sini

Bila Menteri merayu pada Peguam Negara

0 Komen!!!


Fahamilah tugas polis.. itu antara kata2 yang dikeluarkan oleh Menteri KDN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Beliau merayu pada Peguam negara supaya melihat kembali sisi lain polis yang kini menjalankan tugas tanpa "taring" susulan pemansuhan Ordinan Darurat (EO). Ianya ekoran Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid ABu Bakar minta undang-undang2 baru menyamai EO bagi membendung jenayah senjata api yang kerap berlaku kebelakangan ini
    

"Kami bukan mohon simpati pada masyarakat tetapi fahamilah tugas polis, sebab kalau kadar jenayah naik polis yang kena (dipersalahkan), tetapi apabila polis tangkap, dilepaskan... kononnya masalah teknikal dan pendakwaan yang tidak kukuh," katanya.   

Katanya ketiadaan EO dan tiada saksi yang tampil membantu siasatan menyebabkan penjenayah semakin berani melakukan jenayah yang radikal dan agresif termasuk membunuh menggunakan senjatapi.

Sekarang rakyat melihat betapa besar EO dalam pelaksanaan undang-undang. sebab bukan semua jenayah boleh dilhat dengan bukti nyata. 

Namun rayuan Menteri terhandap Peguam Negara ini sesuatu yang perlu dipandang serius. Ianya berkaitan keberkesanan tugas polis dengan menghadapi cabaran baru yang lebih getir lagi. Apatah lagi ianya berkaitan dengan keselamatan rakyat dan negara!!

PRK Kuala Besut : calon PAS memang tidak layak untuk jd YB

1 Komen!!!
Pas kali ini tersalah pilih calon. Calon PRK Kuala Besut ini ialah calon bermasalah.

1). Rata-rata sekarang pengundi Kuala Besut bercakap mengenai calon PAS Che Long sebagai kroni Husam.(klik sini)


Kilang dan stor kayu Azlan@Che Long untuk balak-balak Husam di:

Che Long Store, Lot. 1874, Batu 5 1/2, Kg Tunjung, 
Jln Kuala Krai, Kota Baru Tel: 097128914
&
J&Y Trading. Bt 6, Kg Tunjung, 
Jln Kuala Krai, Kota Baru


 2) Calon PAS ini pernah dikaitkan dengan dadah (klik sini)


3) Calon juga tidak disukai oleh Jentera PAS khasnya diboikot muslimah


4) Calon juga mahu swastakan jawatan ADUN..


Pengundi Kuala Besut pasti menyesal jika mereka memilih calon PAS.. yang jelas beliau bukanlah sebenarnya calon yang sesuai yang boleh berkhidmat kepada rakyat kerana calon ini hanya berkhidmat kepada Husam sahaja.

Lihat sahajalah di atas.. bukan sahaja rakyat tidak terima bahkan jentera PAS pun menolak calon PAS ini. Ini menunjukkan beliau memang tidak layak menjadi calon dan seterusnya menjadi YB..

Dan pertama dalam sejarah negara Malaysia juga jawatan YB ini hendak diswastakan.. jadi apa perlunya beliau menjadi calon jika orang lain yang buat kerja untuk dia.. sedangkan dia hanya goyang kaki dan makan gaji buta. Yang merana adalah pengundi Kuala Besaut kerana ada ADUN PAS yang tidak prihatin kepada mereka.. tidakkah ini sangat merugikan.

Rakyat perlu menilai dengan jujur dan jangan lupakan apa yang PAS telah lakukan semasa mereka menang pada 1999. Bagaimana kezaliman mereka terhadap kanak2 dengan menghalau mereka dari tadika Kemas..

Ini adalah tragedi yang tidak boleh dilupakan rakyat terengganu sebab itu setelah dua penggal PAS masih tidak berjaya menawan kembali Terengganu.


Credit to : The Unspinner 

Kongsi Link Anda