Popular Today

Rabu, Disember 31, 2014

Desak kerajaan Kelantan dedahkan kroni PR yang dapat projek balak dan ke mana wang balak ni pergi??

0 Komen!!!

MAnusia merancang, namun Allah Maha Merancang bagaimana manusia mampu menyembunyikan dan menafikan apa yang berlaku tetapi Allah sentiasa mengetahui. 

Banjir besar yang melanda pantai timur ini baru ini adalah loceng ingatan dan amaran dari Allah SWT. Kita boleh menuduh dan menuding jari kepada orang lain. Tapi kita kena ingat apa yang kita buat semuanya adalah tanggungjawab kita.

rakyat perlu desak kerajaan PAS Kelantan dedahkan kroni PR yang dapat projek balak dan di mana!! rakyat kelantan perlu menghukum kroni-kroni PR yang rakus meratah tanah hutan di Kelantan. Ingat!! kejadian ini boleh berlaku lg..

Selalu pemimpin PAS Kelantan melepaskan sesuatu perkara dan pembangunan atas alasan tiada peruntukan dan tidak dapat royalti minyak.. hakikatnya ke mana wang hasil balak ini pergi?? rakyat kelantan tidak mengetahuinya!!


















Selasa, Disember 30, 2014

TIDAK PERLU GANTI PENANGGUHAN SEMINGGU 2015

0 Komen!!!
DUNGUN – Permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara yang ditangguhkan selama seminggu tidak perlu diganti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ia tidak perlu diganti kerana ia masih dalam tempoh yang bersesuaian untuk persekolahan, bukannya cuti persekolahan itu ditambah tetapi masalah tertentu kita terpaksa tangguhkan.
“Kita harap ini akan disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau dan SK Kampung Nyior di sini hari ini.
Turut bersama dalam lawatan beliau ialah Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah serta Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu Roslina Ngah.
Dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Jan (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Jan (Isnin).
Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Jan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sekarang, sehingga semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati 340 buah sekolah di tujuh buah negeri terlibat banjir atau yang terlibat sebagai Pusat Pemindahan Sementara.
“Ada juga sekolah-sekolah itu digunakan sebagai pusat penempatan mangsa banjir dan masih beroperasi. Banjir masih berlarutan, jadi sebahagian sekolah tidak dapat digunakan.
“Malah ada guru yang masih berada di kampung dan mereka tidak boleh pulang sekarang untuk mengajar. Justeru atas dasar-dasar ini, kita putuskan untuk tangguhkan sementara pembukaan sesi persekolahan waktu ini bagi membantu keluarga untuk pemulihan dan buat persiapan,” katanya.
Muhyiddin turut mengarahkan KPM menyegerakan pengagihan bantuan awal persekolahan RM100, keutamaan kepada mangsa banjir seawal minggu depan.
Menurut Muhyiddin, pihaknya kini sedang meneliti prosedur bantuan awal persekolahan yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat kepada KPM berikutan bencana tersebut yang menyebabkan segala persiapan musnah atau rosak dihanyutkan banjir.
“Walaupun prosedur kewangan mengatakan kita boleh belanja pada awal 2015, tetapi dengan penangguhan ini, kita boleh laksanakan dan keutamaannya kepada mangsa di negeri-negeri terjejas banjir.
“Kita akan tangani sebaik mungkin selewat-lewatnya awal minggu depan atau satu hingga dua hari ini, cuma masalah sekarang, ada bank masih tutup dan kalau kita bagi cek pun ia mungkin tidak boleh ditunaikan (di sebahagian kawasan banjir),” katanya.
Muhyiddin turut meminta Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah untuk membuat taksiran mengenai kerugian harta benda dan kerosakan bangunan yang mungkin dialami ekoran bencana itu. – Bernama

Isnin, Disember 29, 2014

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

0 Komen!!!
#Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

fitnah banjir semakin berleluasa

0 Komen!!!
 muktahir ini byk sangat fitnah yang dilakukan pihak tertentu untuk timbul kan rasa tidak senang dia kalangan rakyat.

Pihak ini sengaja buat cerita dan pembohongan demi politik sempit mereka. Lihat sahaja mereka bagaimana pemimpin mereka juga berlakon walaupun waktu banjir ini.






Selasa, Disember 23, 2014

Lagi Fitnah PR didedahkan..

0 Komen!!!


RCI - Kerajaan tidak akan khianat pada rakyat Sabah!!

0 Komen!!!
HANGAT diperkatakan bahawa kerajaan terlibat dengan PROJEK IC PATI DI SABAH.
Sebenarnya, tiada kerajaan di dunia ini sanggup mengkhianati rakyat dan negaranya. Atas sebab itu, sesebuah kerajaan sanggup berperang jika ada pihak luar cuba menakluk dan menjajah negara mereka.
Pada zaman moden ini, Afghanistan, Iraq sanggup berperang kerana ada pihak-pihak kuasa luar cuba menakluk dan menjajah negara mereka.
Malaysia amnya dan Sabah khasnya adalah negara/negeri yang paling mulia kerana memberi kemudahan kepada warga asing yang mahu berlindung di negara/negeri tatkala negera jiran dalam kesusahan.
Pelarian Filipina membanjiri Sabah bermula tahun 1970 lagi atas sebab pergolakan di negara itu. Sementara warga Indonesia pula berhijrah kerana masalah kemiskinan di negaranya.
Sabah merupakan kawasan yang luas di mana 70 peratus kawasannya belum dibangunkan. Keluasan itu memerlukan tenaga kerja untuk membangun.
Pada mulanya, Sabah berterima kasih kepada pendatang yang datang atas sebab membantu sektor perladangan, permbinaan, pertanian kerana sektor itu mendapat tenaga kerja yang murah. Juga, puncanya sektor-sektor tersebut lambat maju kerana kekurangan tenaga kerja. Begitu juga dengan mereka seharusnya berterima kasih kepada negeri kita yang terlebih dahulu memberi kemudahan dan perlindungan.
Namun, selepas kemasukan pendatang yang semakin banyak yang pada mulanya tidak terasa, telah mula dirasakan sejak tahun 1990. Tambahan pula, dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.
Apabila kerjaan bertindak, sektor-sektor tersebut yang memerlukan tenaga pekerja seperti mereka berteriak membantah dengan dakwaan jika kerajaan menghalang kemasukan pekerja asing akibatnya sektor yang mereka ceburi akan lumpuh.
Keadaan serupa berlaku pada minggu lalu, apabila kerajaan bertindak tegas dan drastik untuk menghalau dam memburu pendatang asing. Lalu, sektor pembinaan sudah pun membantah dengan dakwaan bahawa sektor pembinaan akan turut lumpuh kerana 95 peratus tenaga kerja mereka adalah warga asing.
Keadaan inilah yang menjadi dilema kepada kerajaan. Namun dalam keadaan sekarang, di mana kehadiran PATI bukan sahaja menggugat keselamatan Sabah tetapi sudah menjadi bahan politik pihak-pihak tertentu. Malah, ada parti mempergunakan kehadiran PATI sebagai asas untuk menumbangkan kerajaan.
Kebanjiran PATI bukan kerana bantuan kerajaan sebaliknya kehadiran mereka atas permintaan tenaga buruh.
Kehadiran PATI menguntungkan sektor yang memerlukan mereka. Akan tetapi, ianya turut menjadi beban kepada kerajaan. Kerajaan kini terpaksa menanggung ratusan juta dalam sektor kesihatan, pendidikan serta kos makan minum mereka selepas ditangkap dan ditahan dalam depo-depo penahanan.
Pendek kata, tiada negara mengkhianati rakyatnya sendiri. Akan tetapi, ada rakyat yang khianat kepada negera/negeri dengan melindungi PATI.

Ahli Parlimen Belia pun dah ada ******* Sulit?

0 Komen!!!

Kongsi Link Anda