Popular Today
Rabu, Mac 04, 2015
Penjara tidak benarkan Anwar ke Parlimen
Selasa, Mac 03, 2015
Isnin, Februari 02, 2015
Turun harga barang - Hanya dengan tekanan kepada tokey Cina
Jawapan Datuk Seri Ismail Sabri kepada Ketua Pemuda MCA mengenai isu Boikot Peniaga Yang Tidak Turunkan Harga Barangan Selepas Harga Minyak Turun:
Bagi saya, KP MCA sepatutnya terima kasih pada saya sebab menggunakan suara majoriti Melayu untuk 'pressure Chinese traders' turunkan harga, sebab majoriti Chinese adalah consumers yang akan turut tertekan akibat harga barang tak turun.
Jika harga turun akibat pressure ini.. majoriti konsumer Cina juga akan sama-sama memperolehi faedah.
Sepatutnya KP MCA menyeru kepada consumers Cina untuk gunakan suara mereka untuk pressure traders ini.
Nampaknya Pemuda MCA tidak tahu priority siapa yg patut mereka lindungi.
Saya juga berpandangan KP MCA ini tidak mempunyai semangat BN kerana bersekongkol dgn DAP - musuh BN dalam menghadapi isu ini.
Sebagai KP MCA dan senator dia sepatutnya menghubungi saya atau bertemu saya untuk mendapatkan penjelasan dan bukannya 'join forces' bersama DAP.
Perlu diingat kaum Cina juga akan terjejas sebagai pengguna dengan permainan traders ini.
Ahad, Januari 04, 2015
Apa sudah jadi pada rakyat Malaysia??
BALAK ATAU EMPANGAN? - MENJAWAB TUDUHAN JAHAT HUSAM MUSA
menyebabkan kejadian banjir di Negeri Kelantan.
Negeri Kelantan
EMPANGAN KENYIR II telah menyebabkan kawasan
tersebut GONDOL & menjadi punca aliran air
yang besar ke kawasan Malik Urai, Kuala Krai &
seterusnya ke Kota Bahru.
Rabu, Disember 31, 2014
Desak kerajaan Kelantan dedahkan kroni PR yang dapat projek balak dan ke mana wang balak ni pergi??
Selasa, Disember 30, 2014
TIDAK PERLU GANTI PENANGGUHAN SEMINGGU 2015
Isnin, Disember 29, 2014
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
Terima kasih.
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014



















