Popular Today

Isnin, Mei 12, 2008

Karpal kurang cerdik politik - Teng Chang Kim

0 Komen!!!
Karpal Singh memang hebat dikenali hebat dalam bidang Perundangan tetapi dari segi pendekatan politik, beliau memang agak ekstrem.

Kenyataan-kenyataan beliau yang popular dahulu seperti "langkah mayat aku dulu jika henadak tubuh negara Islam" dan kini "Rakyat bukan hidup lagi di zaman feudal" dan seterusnya mempertikaikan siapa yang menyediakan Teks yang dibaca oleh Yang DiPertuan Agong ketika Titah Perasmian Dewan Rakyat ke-12.

Hari ini, menurut laporan The Star , ahli Ekeskutif Pusat DAP dan Speaker Selangor, Teng Chang Khim menyifatkan Karpal Singh kurang cerdik dalam pendekatan poltik yang diambil khasnya mengenai isu pertikaian Karpal terhadap kuasa Sultan Perak yang berkaitan bidang Kuasa Sultan dan Hal Ehwal Islam.

Sebagaimana laporan the Star “Karpal Singh may be right in law, but this is not merely a legal question, it involves politics. Therefore, I disagree with the approach taken to openly challenge the royal intervention,” said DAP central executive committee member and Selangor Speaker Teng Chang Khim.

Walaupun begitu, Teng bersetuju bahawa MB Perak mempunyai kuasa untuk memindahkan Pegawai Kerajaan.

Tetapi Teng juga mengakui bahawa kuasa Institusi DiRaja, dimana Sultan ialah ketua agama Islam. Ini termasuklah hal ehwal politik dan agama.

Manakala Vateran DAP Lim Kit Siang, menolak untuk mengulas kenyataan Teng ini

Khairy: Projek khinzir raksasa @ PKR

0 Komen!!!
Dewan Rakyat hari ini semakin menarik, menurut laporan Malaysia Kini Khairy Jamaluddin, ahli parlimen Rembau, mencipta singkatan nama yang menarik di Dewan Rakyat hari ini dalam isu penternakan babi dengan menamakannya "Projek Khinzir Raksasa" atau PKR.

Beliau berucap sewaktu membahaskan isu bahan makanan yang mencukupi seperti padi, daging lembu, sayur dan daging kambing.

Beberapa ahli parlimen PKR tidak berpuas hati dan bangun untuk menjawab tetapi tidak diberikan laluan oleh Khairy.

Sindiran tajamnya itu bagaimanapun dijawab ahli palimen PAS, Mahfuz Omar, dengan PBN atau "Projek Babi Negara".

Walaupun bunyi agak ganjil bunyinya sebab tidak pernah orang panggil parti BN @ PBN. Kalau Parti Keadilan Rakyat @ PKR agak biasalah. Jadi PKR di panggil "Projek Khinzir Raksasa" macam kena sahaja sebab setakat ni kerajaan PKR sahaja yang buat Projek Khinzir Raksasa. Kiranya memang macam raksasalah dengan bajet RM 100 juta sebagaimana yang dilaporkan.

Khairy kemudian bertanya siapa yang mengeluarkan kenyataan sedemikian tetapi gagal mengenal pastinya.

Sindiran beliau di awal ucapan di sesi pagi tadi dipercayai merujuk kontroversi projek penternakan moden babi di Selangor yang kini dipimpin oleh menteri besar PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PAS PATUT TERASA HINA DAN MALU

0 Komen!!!
PAS terasa hina dan malu untuk berterus-terang dalam soal politik kerana takut kepada pakatan pembangkang serta terhutang budi kerana diberikan jawatan Menteri Perak selepas Pilihan Raya Umum Kedua belas lalu.

Lantaran itu, gagasan pembentukan negara Islam Malaysia PAS kini tergadai dan sentiasa diputarbelitkan pakatan rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PKR juga tidak mahu bertanggungjawab di atas cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan projek pemeliharaan khindzir terbesar di rantau Asia apabila menyedari rancangan ini telah mengganggu sensitiviti orang Islam kerana ia dilaksanakan dalam kawasan perkampungan orang Islam di negeri Selangor.

Kedua-dua isu ini sentiasa menimbulkan kekecohan dalam Parlimen khususnya semasa
MP Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, membentangkan usul ucapan menyokong titah YDP Agong.

WiraMalaysia.Blogspot

Ibrahim questions silence of Malays Opposition MPs

0 Komen!!!
PASIR MAS: Datuk Paduka Ibrahim Ali questions why Malay members of Parliament from opposition parties are silent over the issue of Malay supremacy and the statement by Karpal Singh allegedly questioning the powers of the Perak Sultan.

However, DAP life adviser Dr Chen Man Hin sprang to Karpal Singh's defence, saying he was right in making his statement.

“The Malay MPs from PKR and DAP are silent when these issues are raised in Parliament,” claimed Ibrahim.

“Are they afraid to deal with it? Are they in cahoots since they are part of the Pakatan Rakyat alliance?” asked the independent MP from Pasir Mas.

He said the pin-drop silence from PKR and DAP had created suspicions.

“At least to a certain degree, senior leaders in PAS, such as Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, have presented their views,” he said.

Ibrahim felt that many MPs from the Opposition had gone overboard in questioning the sovereignty of the Malay rulers, and that they had not been duly reprimanded by their Malay leaders.

In light of the political developments, the Internal Security Act was needed to deter anarchy in the country, he added.

Dr Chen said it was legally correct for Bukit Gelugor MP Karpal Singh to say that the appointments in the state civil service are under the jurisdiction of the respective Mentris Besar and executive committees.

He said that since Karpal Singh had also said the full jurisdiction over religious and Malay custom matters was under the state ruler, he had not been disrespectful to the Perak Sultan.

“All the claims that Karpal Singh was disloyal are baseless and is the work of Umno plotting together with a few civil servants.

“It is an open secret that the civil service heads in Perak have been uncooperative and defiant of the state government,” Dr Chen said.

Laporan The Star 12/5/08

Kontrak sosial tidak wujud, kata Ungku Aziz

0 Komen!!!
Rahmah Ghazali & Abdul Rahim Sabri | May 11, 08 7:12pm
Prof diraja Dr Ungku Abdul Aziz hari ini mendakwa bahawa tidak wujud kontrak sosial secara fizikal antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Bercakap selaku salah seorang panelis forum ulangtahun ke-25 Dasar Pandang Ke Timur di Shah Alam hari ini, beliau berkata tidak wujud kontrak sosial seumpama itu.

Panelis lain termasuklah mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Ismail Adam.

Sebaliknya, kata Ungku Aziz, sosial kontrak itu merupakan satu fantasi yang diwujudkan oleh ahli-ahli politik bergantung kepada kepentingan mereka.

Ungku Aziz berkata, kontrak sosial itu sepatutnya dipanggil ‘kontrak' untuk menjustifikasikan tindakan afirmatif dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk kumpulan paling memerlukannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut dan berkata beliau akan berbuat demikian di forum yang lain.

Dr Mahathir tidak setuju

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Dr Mahathir bagaimanapun tidak bersetuju dengan Ungku Aziz dan menegaskan bahawa kontrak sosial wujud walaupun tidak dalam bentuk bertulis.

Jelasnya, kontrak sosial memang tidak ditulis secara rasmi, tetapi kefahaman tentangnya memang wujud di kalangan pemimpim utama Perikatan - Tengku Abdul Rahman dan pemimpin Perikatan yang lain ketika itu.

"Kefahaman kontrak sosial itu, yang harus di kongsi bersama ialah bagaimana Tengku Abdul Rahman memberikan satu juta kerakyatan kepada bangsa Cina, dengan harapan mereka memberi sokongan dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan," katanya.

Katanya, kefahaman kontrak sosial itu juga memberi kesan terhadap perlembagaan apabila ia memberi hak kepada orang Melayu dan juga memberi hak kepada orang Cina dan India.

"Bukan sahaja Melayu akan menjadi bahasa rasmi yang diajar di sekolah-sekolah kebangsaan, tetapi bahasa Cina dan India juga diajar di sekolah-sekolah masing-masing.Dan itu hak-hak yang diberikan," jelasnya yang juga mantan presiden Umno.

Hak semua kaum

"Dan orang Melayu tidak boleh mempersoal dan mencabar hak kewarganegaraan orang Cina dan India dan di situ kita dapat melihat keseimbangannya," tambahnya.

Beliau berkata, begitu juga dengan agama. Islam yang telah menjadi agama rasmi negara dan semua orang bebas untuk mempraktikkan kefahaman agama mereka tanpa perasaan takut.

"Rakyat selalu bercakap tentang hak orang Melayu dalam parlimen, tetapi tidak melihat hak orang Cina (dan India) dalam perlembagaan," tambahnya.

Menurutnya, kontrak sosial ini meliputi perkongsian kuasa, kuasa dalam politik, perkongsian ekonomi dan pertumbuhannya.

Dan daripada pertumbuhan itu, katanya, ia diagihkan sebahagian besar kepada orang Melayu dan bumiputera. Kontrak sosial itu memang tidak ditulis tetapi ia termasuk semua aspek sosialisasi dalam negara ini.

Laporan Malaysia Kini 12/5/08

Ahad, Mei 11, 2008

Jangan hina raja-raja

0 Komen!!!
Mingguan: Apa kedudukan Raja-Raja Melayu di sisi Perlembagaan?

Ini termasuklah peranan sebagai simbol bagi autoriti awam, perpaduan, kesinambungan dan identiti negara. Seperti di negara-negara lain, Raja dan sistem beraja menjadi jati diri negara yang merangkum sejarah dan intipatinya. Raja-Raja juga adalah pelindung kepada agama dan demokrasi.

Ini semua harus difahami apabila kita memperkatakan kuasa budi bicara Raja-Raja - dan Yang di Pertuan Agong - dalam soal agama, pelantikan kerajaan dan pembubaran dewan. Konsep dan peranan itu juga harus sentiasa diingati dalam kita memahami segala keistimewaan yang diberikan kepada Raja-Raja oleh perlembagaan dan undang-undang.

Hatta apa yang dikatakan sebagai kuasa budi bicara itu pun - contohnya kuasa melantik menteri besar - akan menjadi kuasa formal sahaja. Bagaimanapun di dalam keadaan yang tidak menentu, sebagaimana yang berlaku di Perak atau Perlis dalam pilihan raya umum lalu, kuasa raja akan menjadi signifikan.

Atau di Terengganu yang saya fikir lebih merupakan penggunaan kuasa simpanan atau reserve powers oleh pihak istana. Kita juga perlu ingat bahawa Raja-Raja boleh memainkan fungsi semak dan imbang sebagaimana yang diperlihatkan oleh istana di Perak dan juga Majlis Raja-Raja dalam beberapa insiden.

Saya fikir soal sama ada kuasa raja itu terhad atau sebaliknya juga bergantung kepada karisma, pengalaman dan kebijaksanaan Raja-Raja yang berkenaan. Sebab itulah ada orang mengatakan raja tetap raja; sama ada peruntukan kuasa atau tidak.

Dalam konteks inilah kita perlu memahami apa yang dikatakan oleh Sir Ivor Jennings dalam bukunya The British Constitution mengenai sistem beraja yang katanya tidak harus dilihat dalam konteks yang legalistis begitu. Sir Ivor Jennings yang merupakan guru perlembagaan Tun Mohamed Suffian adalah profesor undang-undang Perlembagaan di Universiti Cambridge dan menjadi salah seorang anggota Suruhanjaya Reid.

Begitu juga dengan soal sama ada Raja-Raja perlu sentiasa tertakluk kepada nasihat eksekutif. Secara mudah kita boleh melihat Perlembagaan dan mengenalpasti kuasa yang boleh dilaksanakan secara budi bicara serta dijalankan atas nasihat.

Tetapi seperti yang diperingatkan oleh Jennings tadi kita tidak harus melihat kuasa itu dalam konteks yang terlalu rigid dan legalistis. Mengenai nasihat di sisi Perlembagaan tidak semua tindakan perlu atau tertakluk kepada nasihat kerajaan; khususnya yang bersifat budi bicara seperti melantik kerajaan dan membubar dewan dan beberapa perkara lain yang dinyatakan oleh Perlembagaan.

Meskipun begitu kuasa ini tidaklah seharusnya dilihat secara harfiah sepanjang masa kerana Raja- Raja tidak mempunyai mekanisme untuk mengetahui dengan tepat apa yang berlaku sebagaimana kerajaan yang memerintah. Dan nasihat ini perlu untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri daripada terjebak dalam kontroversi. Dalam konteks demokrasi, nasihat itu ialah simbol kedaulatan rakyat dan kerajaan yang mempunyai mandat memerintah berhak menasihatkan Raja.

Saya berpendapat bahawa meskipun Perlembagaan memberi kebebasan kepada sultan sebagai ketua agama kuasa ini perlu dilaksanakan selaras dengan kehendak dan semangat Islam. Saya ingin menegaskan bahawa Perlembagaan memberi ruang untuk sultan berperanan sebagai ketua agama dan ini perlu dijalankan atas semangat itu.

Ia memang ada kelemahan; tetapi bolehkah kita sebut satu sistem yang tidak ada kelemahan langsung? Lagipun kita bercakap dan mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Sesiapa yang mengait atau membayangkan soal feudal ini mungkin boleh dianggap menyindir dan memperlekehkan institusi beraja.

Pindaan 1983 juga cuba memindahkan kuasa mengisytihar darurat kepada Perdana Menteri. Bagaimanapun kedua-dua pindaan ini ditolak oleh Majlis Raja-Raja dan sebagai komprominya Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang undang-undang ke Dewan yang berkenaan untuk dipertimbangkan semula.

Sementara itu pindaan kuasa darurat dibatalkan. Di peringkat negeri pula kuasa Raja dikembalikan kepada kedudukan yang asal. Pada 1993 pula pindaan Perlembagaan yang dibuat ialah mengenai keistimewaan imuniti dan kuasa pengampunan Raja-Raja. Saya berpendapat ia sekadar menjelaskan dan bukan memansuhkan peruntukan-peruntukan berkenaan. Pada 1994 pindaan dibuat di mana rang undang-undang akan menjadi undang-undang secara automatik hatta tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja selepas tempoh 30 hari. Bagaimanapun saya rasa pindaan ini tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan di bawah Perkara 38(4).

Begitu juga dengan pindaan yang memaksa Yang di-Pertuan Agong menerima apa sahaja nasihat Kabinet yang dibuat pada tahun itu. Peruntukan-peruntukan ini sahaja yang dipinda dan seperti yang saya katakan ada beberapa keraguan yang menyelubungi pindaan-pindaan itu. Peruntukan-peruntukan lain, termasuk kuasa raja sebagai ketua agama, tidak pernah dipinda.

Kita perhatikan bagaimana Majlis Raja-Raja membuat beberapa inisiatif tertentu yang kadangkala tidak disebut langsung oleh Perlembagaan. Tetapi oleh kerana hasil dan maksudnya baik rakyat menerimanya. Dan ini bukan soal hendak kembali ke zaman feudal.

Begitu juga dengan perkhidmatan awam yang kadangkala sampai ke tahap menafikan hak rakyat. Jadi bukan raja sahaja yang autoritinya dipersoalkan. Bagi saya apa yang penting ialah hasilnya mesti sesuai dan selaras dengan semangat demokrasi dan perlembagaan.

Rencana Mingguan Malaysia 11/05/08

UMNO harus perkasa agenda Melayu-Islam

0 Komen!!!
Hari ini usia UMNO mencecah 62 tahun. Kebiasaannya pada usia 62 tahun ini, seseorang manusia dianggap cukup matang terutamanya selepas menempuh pelbagai peristiwa suka duka dan pahit getir kehidupan. Namun pada usia sebegini, kadangkala manusia juga mampu tergelincir sekiranya segala pengalaman lalu tidak dijadikan iktibar untuk mendepani masa depan yang lebih mencabar.

Begitu jugalah dengan realiti UMNO sebagai sebuah organisasi politik yang sudah mencecah usia lebih enam dekad ini. Segala pengalaman lalu tidak kira yang manis mahupun pahit seharusnya diambil pengajaran oleh generasi pelanjut perjuangan agar masa depan mampu dilakar sebaiknya demi survival parti dan manfaat umat sejagat.

Hakikatnya, keupayaan UMNO untuk terus kekal relevan dalam mengemudi bahtera perjuangan bangsa amat tergantung kepada keupayaan warganya memahami realiti semasa yang melatari landskap sosial dan pemikiran masyarakat hari ini. Kegagalan menanggapi realiti dan mengolah strategi berkesan boleh mengakibatkan organisasi menjadi usang dimamah waktu hingga kehadirannya tidak lagi dirasai bahkan ketiadaannya pula disyukuri.

Apa yang lebih merungsingkan penulis andainya pendokong-pendokong UMNO semakin terhakis nilai perjuangan hinggakan yang lebih mengakar ialah nilai individualistik dan materialistik yang mampu menjahamkan parti. Memang ketika ini semakin banyak gejala yang mengisyaratkan kepudaran idealisme perjuangan di kalangan para pendokong perjuangan.

Politik wangMengakarnya gejala politik wang misalnya adalah salah satu petanda bahawa perjuangan politik sedang mengalami krisis pendangkalan nilai yang parah. Lebih membimbangkan penulis sekiranya generasi pewaris diselaputi pemikiran bahawa perjuangan parti merupakan kerjaya cari makan atau lebih serius lagi jika ditanggapi sebagai wahana mengaut keuntungan, memperkayakan diri, keluarga dan suku-sakat.

Akhirnya, parti akan semakin hilang manusia-manusia berjiwa pejuang yang sanggup berkorban jiwa-raga dan harta benda demi sebuah perjuangan yang luhur dan suci. Sebaliknya yang lahir adalah petualang-petualang berjiwa rakus yang sentiasa bersiap-siaga menghidu peluang dan ruang untuk memuaskan serakah nafsu yang tidak pernah kenal erti puas.

Sebab itulah, usaha penjernihan harus segera dilakukan bagi membentuk idealisme luhur di kalangan generasi pewaris UMNO kini. Idealisme perjuangan yang dimaksudkan pastinya tidak boleh lari daripada matlamat asal perjuangan UMNO iaitu memartabatkan agenda Melayu-Islam sebagai teras perjuangannya.

Yang dimaksudkan dengan agenda Melayu-Islam tentunya meletakkan agama Islam sebagai teras perjuangan bangsa Melayu dalam konteks negara Malaysia. Inilah sebenarnya keunikan dan kedinamikan perjuangan kebangsaan di Malaysia yang tidak boleh terpisah daripada unsur-unsur penyepaduan antara elemen kaum dan agama.

Malah takrif Melayu itu sendiri menurut perlembagaan negara ialah seseorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. Tanpa Islam, Melayu akan kehilangan segala-galanya termasuk maruah dan keperibadiannya. Sebarang usaha menanggalkan Islam juga bererti menghilangkan nilai kemelayuan itu sendiri. Melayu yang tidak menghayati Islam tidak mungkin berjaya muncul sebagai teras bangsa Malaysia.

Sejarah jelas membuktikan bahawa hubungan Melayu dengan Islam sebenarnya telah begitu sebati sejak kedatangan Islam pada abad ke-13 Masihi lagi. Semenjak itu Islamlah yang menerasi keperibadian Melayu, mendasari pemikiran Melayu dan seterusnya membentuk jatidiri Melayu. Bahkan Islam adalah satu-satunya benteng ketahanan umat Melayu.

Sepanjang sejarah perjuangan Melayu, Islam sentiasa menjadi sumber dinamika dan daya juang setiap pendukungnya. Walaupun satu ketika penjajah berjaya merobek jiwa dan citra Melayu hingga tumbuh kelompok peribumi pengagum dan pengagung Barat, namun tahun-tahun mutakhir menunjukkan Melayu semakin cenderung untuk kembali menyatu dengan Islam.

KegemilanganSesungguhya kita hanya mampu mencipta kegemilangan dengan kembali kepada akar budaya sendiri dan bukannya dengan cara mencedok dan menciplak budaya asing. Sebab itulah usaha mempersiapkan generasi pewaris yang kuat harus dimulai dengan penjanaan pendokong parti yang terbangun di atas dinamika ketakwaan, keimanan dan keilmuan yang kental. Generasi muda yang dibangunkan di atas dasar tauhid pasti akan lebih memahami dan menjiwai amanah perjuangan umat yang bakal diwariskan kepada mereka.

Keterikatan kepada prinsip dan nilai-nilai agama dengan sendirinya membentengi mereka daripada segala bentuk penyimpangan yang boleh memporak-perandakan agenda besar perjuangan bangsa dan negara.

Namun kesedaran terhadap agama semata-mata tidak cukup untuk menjelmakan generasi Islam sejati. Kesedaran yang membuak-buak juga tanpa didasari kefahaman mendalam berasaskan ilmu yang sahih pastinya tidak akan mampu membentuk generasi Islam yang bertamadun dan berkualiti tinggi.

Sebaliknya apa yang lebih penting ialah bukan sahaja mewujudkan generasi yang ghairah dan berkesedaran tinggi terhadap Islam tetapi yang lebih utama menjana generasi yang benar-benar menjiwai Islam dalam segenap aspek kehidupan berpandukan suluhan ilmu yang benar.

Hakikat yang tidak boleh dinafikan, kegagalan menanggapi Islam dengan faham ilmu sebenar boleh menjerumus umat ke arah kesesatan dan penyelewengan. Bahkan kesedaran tinggi sahaja tanpa didasari kekuatan ilmu pasti akan menjerumus umat kepada kebinasaan.

Justeru usaha membina generasi pewaris Melayu yang kuat merupakan jihad yang harus mendapat perhatian pucuk pimpinan UMNO terutamanya dalam menghadapi pelbagai realiti cabaran masa kini dan hari depan. Apa yang harus dikhuatiri, kegagalan mempersiapkan generasi pelanjut perjuangan yang beridealisme Islam yang luhur hanya mengundang kecelakaan bukan sahaja kepada survival parti malah masa depan bangsa, agama dan negara.

Cukuplah isyarat al-Quran mengenai keperluan membina generasi pewaris yang kuat menjadi pedoman buat kita semua: Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat yang lemah. (an-Nisa: 9).

Rencana Mingguan Malaysia 11/5/08

Umno banyak dosanya pada Melayu - Husam

0 Komen!!!
Basiron Abdul Wahab
Sun | May 11, 08 | 10:21:46 am MYT
JERANTUT, 11 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa berkata, ada usaha agen-agen Umno memainkan isu perpaduan Melayu sebagai strategi untuk mengukuhkan parti itu pacsa pilihan raya umum ke-12.

Kata beliau, Umno terlalu banyak dosanya kepada orang Melayu, Umnolah yang menghapuskan tulisan jawi, Umnolah yang mengganggu kerajaan Pakatan Rakyat (PR), menyekat projek, menyekat subsidi kepada rakyat bukan penyokong parti itu dan sebagainya.

"Terlalu banyak dosa Umno kepada Orang Melayu ini, parti itulah yang menghapuskan tulis jawi, menyekat projek dan sebagainya,"ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jerantut kali ke-21 di Kompleks Imam Syafie, dekat sini.

Husam berkata, perjuangan Islam ini tidak berasaskan bangsa ia Universal sifatnya berbanding perjuangan kebangsaan yang dipolupori Umno.

Katanya, jika Umno yang berjuang atas dasar kebangsaan Melayu itu turut memangsakan orang Melayu, apa tah lagi kepada kaum bukan Melayu seperti Cina dan India. Dasar perkauman itu ditolak oleh Islam. l

"Kita semua menerima perjuangan Islam yang lebih Universal itu berdasarkan keadilan Islam," katanya.

Pada majlis itu Husam turut menerima 225 borang permohon menyertai Kelab Pentokong PAS (India) daripada pengerusinya, Balasundram Nachiappan.

Beliau menyifatkan sokongan kaum India kepada kelab penyokong PAS di Pahang adalah luar biasa kerana PAS tidak memerintah di Pahang, justeru tiada apa yang boleh diberi oleh PAS.

"Sokongan kaum India kepada PAS di Pahang agak luar biasa kerana PAS tidak memerintah di Pahang," katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Kelab penyokong PAS India, Balasubramanian berkata, kewujudan Kelab Penyokong PAS membuatkan pemimpin MIC mula gelisah menyebabkan pemimpin MIC mula menghantar para pemimpinnya datang ke Jerantut.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jerantut menyaksikan kelainan dengan kehadiran pelbagai kaum. Kehadiran Husam turut disambut oleh kaum India dengan iringan gendang India. - mks.

Laporan Harakah Daily

Kongsi Link Anda