Popular Today

Jumaat, Oktober 17, 2008

Amaran Majlis Raja-Raja : Jangan sentuh kontrak sosial

1 Komen!!!
Majlis Raja-Raja mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak lagi mempertikai dan mempersoalkan kontrak sosial, apa lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.

Dalam kenyataan khas selepas mesyuarat ke-215 di Istana Maziah di sini semalam, Majlis Raja-Raja menegaskan, kaum bukan Melayu tidak perlu bimbang mengenai hak sah mereka kerana ia dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan itu, segala kekeliruan berhubung perkara ini di kalangan rakyat dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara," kata kenyataan itu.
Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

Keistimewaan

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

Dipertikai

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

Menghormati

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

— Bernama

Khamis, Oktober 16, 2008

BPR : Penganjuran Piala Monsun tiada unsur rasuah

0 Komen!!!
Pakatan pembangkang sekali lagi kecewa apabila BPR mengesahkan tiada rasuah dalam piala monsun sebagaiman yang didakwanya. Ini bermakna dakwaan rasuah pembangkang hanyalah mitos semata-mata sebagaimana yang saya telah tulis sebelum ini.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkata siasatannya mendapati tiada berlaku unsur-unsur rasuah dalam penganjuran kejohanan kapal layar bertaraf dunia Piala Monsun di Terengganu.

"Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam kejohanan ini," kata Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan hari raya BPR di Pusat Konvensyen Putrajaya hari ini.

"Ini kejohanan bertaraf dunia, (jika berlaku rasuah) ia bukan sahaja menjejaskan Terengganu, tetapi juga Malaysia," tambahnya.

Pemuda PAS dan PKR telah membuat laporan kepada BPR mengenai penganjuran sukan berprestij itu pada 29 Julai lalu.

Mereka membuat laporan tersebut susulan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang meminta badan itu menyiasat dua projek mega - Piala Monson dan Masjid Kristal.

Piala Monsun mula diadakan pada 2006 semasa kerajaan negeri ditadbir menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh, anjuran syarikat T-Best Sdn Bhd.

Sebanyak 42.9 peratus saham T-Best dimiliki oleh TDM Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Terengganu, manakala 57.1 peratus lagi milik syarikat swasta, Prestasi Wangi Sdn. Bhd.

T-Best mempunyai hak penganjuran Piala Monsun selama lapan tahun bermula 2006.

Kejohanan Piala Monsun bagi tahun ini akan diadakan pada 4 hingga 7 Disember depan.

HINDRAF : PERTUBUHAN EKTREMIS DAN PERKAUMAN

0 Komen!!!
Perjuangan perkauman melampau seperti HINDRAF mestilah ditolak. Setelah 50 tahun merdeka namun terdapat pihak yang masih belum memahami erti kemerdekaan. Terdapat kumpulan tertentu yang memberi makna kemerdekaan mengikut fahaman sempit mereka sendiri. Mereka menimbulkan rasa gelisah di kalangan masyarakat dan cuba menimbulkan ketegangan kaum di dalam Negara ini. Kumpulan ini, bukanlah mereka yang berjuang demi mendapatkan kemerdekaan apatah lagi mengalami pahit getir perjuangan kemerdekaan. Mereka adalah kumpulan ekstrimis dan melanggar sosio budaya masyarakat Malaysia yang penuh rasa hormat dan cintakan keamanan.

Samada HINDRAF, SUQIU, BERSIH atau mana-mana pihak yang lain yang kononnya berjuang untuk menuntut matlamat sempit mereka sebenarnya adalah pihak yang mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan perasaan dan emosi orang lain. Mereka menafikan kerajaan yang telah dipilih rakyat secara majority dan sebenarnya bukanlah orang sesuai untuk bercakap dengan keadilan dan ketelusan. Kerana tangan mereka sendiri yang akan menghancurkan negara ini sehingga meletusnya pergaduhan diantara kaum dan benih-benih kebencian. Kemarahan ini semakin nampak dengan ketara kerana perasaan dan emosi setiap kaum telah di ‘provokasi’ dengan perkauman dan agama.

Walau apa-pun tuntutan mana-mana pihak terhadap kerajaan perlu mengambil kira sensitivity dan perasaan kaum lain. Mana-mana pihak yang mendakwa mewakili mana-mana pihak samada kaum atau agama perlu menghentikan perkara ini serta merta. Kerana agenda mereka ini bukanlah agenda majority sesuatu kaum atau agama seperti kaum India dan Hindu tetapi hanya agenda peribadi individu atau kumpulan tertentu.

Rakyat mengetahui sebenarnya niat HINDRAF ini dan apakah yang tersirat?. mereka mahukan negara ini berlaku seperti di Pakistan dan Filipina sehingga menimbulkan ketegangan dan rusuhan kaum. Mereka mahukan demonstrasi jalanan dan bertindak ganas. Mereka sengaja minta bantuan luar. Kenapa perlu semua tindakan ini?. Di Manakah HINDRAF sebelum ini ketika kaum India betul-betul memerlukan bantuan?. Siapakah yang sebenarnya membantu kaum India dan mengangkat martabat mereka?. Cuba lihat pada sejarah!!

Semua persoalan ini ada jawapan dan kita mengetahui jawapannya. HINDRAF ialah sebuah pertubuhan haram Malah tiada satu jasapun yang telah ditabur. Tetapi HINDRAF hanya satu kumpulan pertubuhan yang ekstrimis yang cuba memecah belahkan perpaduan kaum di negra kita. Oleh itu kita mesti tegas, sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian mesti menolak HINDRAF bukan atas dasar emosi, bukan bias mengikut kaum dan agama, tetapi atas dasar akal fikiran mereka yang waras, berpegang atas akar budaya dan sejarah negara dan cintakan keamanan dan keharmonian.

Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%

3 Komen!!!


Penduduk Ipoh mungkin terkejut tetapi MB Perak dan Ahli Exconya mungkin tidak terkejut. Inilah antara cadangan hadiah kerjaan baru Pakatan Pembangkang kepada rakyat PERAK. Namun mungkin selepas ini akan berlaku setiap pihak menyalahkan antara satu sama lain dan akhirnya korban adalah Yang di Pertua atau Pengerusi MBI. Mungkin ini taktiknya untuk singkirkan lagi aggota MPI. Sebagaimana kita lihat isu kuil dirobohkan di Ampang baru-baru ni.

Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.
“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor.

'Double standard' PAS teserlah

0 Komen!!!
Apa bila DAP menghina Islam dan Azan PAS tidak pertikaikan bahkan menyokong dengan penuh hati tetapi apabila UPKO mulalah untuk pertikaikan.

PAS Sabah menyifatkan ucapan dasar Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok sempena perhimpunan agung kali ke-12 pertubuhan itu baru-baru ini biadab dan telah meyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.

Penulis ingin persoalkan double standard yang diamalkan oleh PAS, Isu Teresa Kok tidak pula dianggap menghina Islam. Begitu juga dengan Forum Peluk Islam yang dibuat oleh Majlis Peguam, tiada pun pemimpin PAS yang membantahnya. Apakah disebabkan politik sempit yang diamalkan oleh pakatan pembangkang maka isu yang dianggap sensitif kepada umat Islam tidak lagi dipersoalkan. Inilah yang ditakutkan, apabila Islam hanya digunakan untuk kepentingan politik semata-mata.

Rabu, Oktober 15, 2008

Hindraf diisytihar sebagai pertubuhan haram

2 Komen!!!
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mengisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.

"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," katanya dalam laporan Bernama.

Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

"Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan," katanya.

Syed Hamid berkata Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

"Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka. Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara," katanya.

Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

Aspirasi kata : HINDRAF sepatutnya diistiharkan sebagai pertubuhan haram lebih awal lagi. Semuanya tindakan Hindraf bermaksud menggugat kestabilan negara. Namun apa yang penting Hindraf bukan sahaja pertubuhan haram bahkan ianya adalah kumpulan pelampau agama kerana tidak mempunyai rasa hormat dan toleransi.

Beri tekanan peniaga turunkan harga barang

0 Komen!!!
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggesa persatuan pengguna dan pengguna menggunakan hak mereka dalam usaha memberi tekanan kepada peniaga supaya mengurangkan harga barang selaras penurunan harga petrol.

Secara keseluruhan harga petrol telah turun sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu. Dengan penurunan harga minyak hari ini, bermakna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu.

Dengan kata lain jika pada Jun 2008 harga minyak telah naik sebanyak 78 sen dari RM 1.92 kepada RM 2.70, kini ianya telah turun sebanyak 40 sen seliter iaitu separuh dari kenaikan harga minyak pada Jun 2008. Kini apa yang perlu dilakukan ialah memberi tekanan kepada peniaga supaya menurunkan harga barang sekurang-kurangnya separuh dari kenaikan terdahulu. Pengguna dan persatuan pengguna perlu memberi tekanan yang hebat kepada kumpulan peniaga. Jika harga barang tidak turun semua salah peniaga.

Kata orang "masa naik harga minyak, laju sahaja naikkan harga barang, tanpa arahan kerajaan pun tetap naikkan, namun jika turun harga minyak lambat pulak turunkan harga barang, walau ada arahan sekalipun"

Harga Minyak turun lagi, harga barang bila pula nak turun

0 Komen!!!
Oleh HAMDEN RAMLI

PUTRAJAYA 14 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.

Dengan penurunan harga minyak hari ini, bermakna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu.

Dalam tempoh yang sama, harga diesel pula telah mengalami penurunan 38 sen berbanding RM2.58 sen seliter ketika harga minyak dinaikkan Jun lalu.

Dalam satu langkah untuk mengurangkan beban rakyat dan menyelaraskan harga bahan api di Malaysia dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia, kerajaan mengumumkan harga baru petrol dan diesel itu akan berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, mulai esok harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter.

Harga diesel diturunkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter manakala pada masa sama, harga petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 10 sen seliter daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter.

Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit bahan api berikutan harga minyak dunia telah menurun dengan ketara akhir-akhir ini.

“Penurunan itu juga bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera,'' kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harga minyak di pasaran dunia kini berlegar sekitar AS$77 dan AS$80 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu.

Perdana Menteri berkata, harga baru petrol dan diesel itu merupakan pelarasan harga ketiga dilakukan sejak kerajaan menaikkan harga minyak buat pertama kalinya pada pertengahan tahun ini.

Ketika itu harga petrol ditetapkan pada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Selari dengan penurunan harga minyak mentah dunia, kerajaan membuat pelarasan pertama pada 23 Ogos lalu menyaksikan pengurangan harga sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55.

Bulan lalu, kerajaan menurunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen menjadikan harga runcit petrol RM2.45.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad baru- baru ini berkata, kerajaan mungkin dapat menurunkan harga petrol ke paras RM1.92 seliter jika harga minyak di pasaran dunia jatuh di bawah paras AS$72 setong.

Kini giliran peniaga, pemborong dan pembekal pula untuk menurunkan harga barangan. Kalau dulu salahkan harga minyak, kini harga minyak jadi kenalah harga barangan juga turun. Kali ini kalau harga barang tidak turun ialah salah peniaga, pemborong dan pembekal.

Kongsi Link Anda