Popular Today

Rabu, Jun 10, 2009

PAS BERGOLAK!

3 Komen!!!
Kalau melihat Nik Aziz dengan Haji Hadi teringat masa pergolakan antara Tun Mahathir dan Pak Lah pada masa lalu. Namun itu semua telah menjadi sejarah kepada UMNO. UMNO kini lebih stabil dan aman dan dari kekacauan dalaman.

Kehangatan muktamar masih berterusan hingga ke hari ini. Kumpulan erdogan terus menyerang kumpulan ulama. Umpama ada gelombang yang terbina oleh dalaman PAS untuk terus menentang ulama. Apa yang jelas di blog-blog pro Erdogan terus menyanyikan lagu menghentam ulama. Inilah hakikat perpecahan yang berlaku dalam PAS.

Kalau diimbau kembali keadaan ini tidak pernah berlaku di dalam PAS. Namun selepas seorang yang bernama Husam yang dididik oleh Anwar Al Juburi. Maka elemen menentang ketua dan pemimpin, politik wang, politik hadiah, kempen untuk bertanding, memburukkan calon yang bertanding telah wujud di dalam PAS. Dan yang paling utama ialah penentangan ini mula dibuat secara terbuka dan tidak berahsia lagi.

Perkambangan yang berkaitan terdapat laporan berita Nik Aziz dan Haji Hadi tidak sehaluan. Inilah masalahnya bila ada 2 ketua dalam satu nakhoda. Pemimpin tidak ditaati lagi.. ramai juga tok guru pun masalah juga jika mereka tidak sehaluan... syura tidak lagi medan perbincangan. 

Pertemuan sulit tolak k'jaan perpaduan
Jimadie Shah Othman | Jun 10, 09 12:52pm
Dalam kehangatan perdebatan idea kerajaan perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat memanggil pertemuan sulit bagi menepisnya.

Menurut sumber-sumber, Nik Aziz memanggil beberapa pemimpin parti itu yang dilihat menentang idea kerajaan perpaduan dan muqabalah dengan Umno, antaranya, bekas naib presiden Datuk Husam Musa dan penggantinya Datuk Mahfuz Omar.

Mesyuarat itu yang diadakan di Rumah Kelantan, Jalan Stonor di ibu negara pagi kelmarin juga bersetujui mendesak Abdul Hadi menjelaskan pendirian dan tafsiran beliau berhubung perkara itu.

"Setakat yang kita tahu, kerajaan perpaduan itu maksudnya ingin duduk bersama Umno. 

"Ini yang kita tentang. Kita harap presiden dan timbalannya (Nasharuddin Mat Isa) boleh membuat penjelasan," kata sumber.

Aku banyak tinjau-tinjau laman blog Pembangkang, kalau dahulu mereka menghentam UMNO kini mereka menghentam ulama pula. Banyak atikel yang ditulis, Cuma aku ambil satu sahaja dari blog PinkTurtle bertajuk Bisul-Bisul Dalam Serban Pas yang terus membidas pemimpin mereka. Anwar hanya tersenyum riang... beliau berjaya membawa perpecahan di dalam PAS. PAS yang merana!


Selasa, Jun 09, 2009

Malaysian Insider - Mukatmar PAS Gagal

3 Komen!!!

JUN 9 — PAS telah terlepas peluang keemasannya apabila muktamar tahunan yang ke 55nya berlalu tanpa menyelesaikan secara tuntas isu hubungannya dengan Umno.

Para penyokong dan ahli parti itu terus keliru dan menerima mesej yang berpecah tentang isu itu walaupun muktamarnya telah berakhir.

Ia telah dipergunakan sepenuhnya oleh media yang dimiliki musuhnya untuk terus mengeliru dan memasukkan jarum-jarum perpecahan di kalangan mereka.

Ia bermula apabila Datuk Husam Musa menyertai pertandingan merebut jawatan timbalan presiden dengan alasan untuk menjelaskan halatuju parti itu kerana timbalan yang ada Nasharudin Mat Isa terlalu liberal dengan Umno bagi beliau.

Sebagaimana diketahui, Husam bersama seorang lagi calon untuk jawatan itu, Mohamad Sabu tewas dan Nasharudin menang.

Signal yang dihantar kepada semua adalah perwakilan mahukan Nasharudin meneruskan hubungan liberalnya dengan Umno.

Nasharudin dalam laporan medianya pula terus  berkata, beliau akan menyokong agenda kerajaan perpaduan yang dibawa oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sedangkan, sepanjang muktamar para perwakilan bercakap dengan lantang hatta ketika ucapan penangguhan, kerjasama atau hubungan dengan Umno memberikan signal yang salah kepada penyokong dan ahli parti itu di peringkat bawahan.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP), Vincent Lee yang bercakap bagi pihak orang bukan Islam yang menyokong parti Islam itu jelas memberikan kenyataan bahawa hubungan yang baik dengan Umno akan menjauhkan orang bukan Islam yang selama ini sudah menyokong PAS.

Ini kerana, orang bukan Islam memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka tidak senang dengan lagak Umno selama ini. Jika PAS pula berbaik-baik dengan Umno bermakna PAS mengkhianati sokongan mereka kepada PAS selama ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat yang baru menang Siti Zailah Yusof ketika memberikan ucapan penangguhan di hari terakhir muktamar itu semalam juga menegaskan agar PAS berhenti dari meneruskan rundingan dengan Umno, kalau ada, berhubung dengan kerajaan perpaduan ini.

Zailah berkongsi pandangan bahawa langkah ini memberikan gambaran seolah-olah PAS mahu berbaik-baik dengan Umno yang selama ini menjadi musuh tradisi parti Islam itu.

Ketika membahaskan usul untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat rampasan kuasa terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, perwakilan Selangor dari Shah Alam, Khalid Samad mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menyerang pihak-pihak dalaman PAS yang cuba berbaik-baik dengan Umno.

Bagi beliau tindakan PAS akan mengelirukan penyokongnya sebagaimana kumpulan Muawiyah Abi Sufyan yang berjaya mengelirukan tentera Saidina Ali dalam peperangan Siffin dengan cara meletakkan Al Quran di atas tombak bagi menuntut perdamaian selepas mereka hampir kalah.

Kerana menghormati Al Quran, tentera Saidina Ali telah terpedaya dengannya.

"Apakah kita mahu mengulangi tragedi ini dengan menghantar mesej yang salah kepada penyokong kita padahal kita tahu musuh kita mahu memecahkan kita dengan cadangan perpaduan atau perdamaian atas nama Melayu dan Islam ini?" soal Khalid dalam membahaskan isu ini.

Langkah PAS yang hanya mengemukakan usul yang sudah sepakat di kalangan ahli PAS untuk dibahaskan tetapi tidak membincangkan dengan terperinci isu-isu yang tidak jelas sebagaimana kerajaan perpaduan ini juga dikesali oleh para perwakilan.

Usul yang dikemukakan untuk perbahasan adalah pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) dan usul intergriti kehakiman. Ketiga-tiganya sememang bukan isu dan sudah sepakat di kalangan ahli PAS dan tidak perlu dibahaskan lagi.

Yang perlu diperbahaskan dan mendapat kata putus secara tuntas dalam PAS adalah kerajaan perpaduan ini kerana inilah isu yang selama ini kelihatan perbezaan pendapat yang ketara di kalangan ahli dan pemimpin PAS sehingga sampai ke peringkat cabar mencabar dalam pucuk pimpinan PAS sendiri tetapi ia tidak dijadikan usul untuk dibahaskan.

Hasilnya, muktamar berlalu tetapi isu utamanya tidak selesai. Menurut maklumat yang saya terima sebuah negeri mahu mencadangkan agar PAS mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu ini.

Namun, bagi saya, PAS belum terlambat untuk menyelesaikan isu ini segera. Empat pemimpin utama PAS perlu duduk semeja dengan segera dan membuat kenyataan bersama mengenainya. Mereka adalah Hadi dan Nasharudin di samping Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam.

Ke empat-empat mereka perlu mencapai kata sepakat segera sebelum tafsiran yang berbagai-bagai terus berligar di kepala penyokong dan ahlinya.

Ketika membentuk kabinet baru pasca muktamar PAS ke 55 juga, Hadi dan Nasharudin boleh bertindak menyelesaikan segera isu ini dengan jangan sesekali mengenepikan tokoh-tokoh PAS yang kalah terutama Husam dan Mohamad Sabu. Hilangnya mereka dari kabinet baru PAS sekali lagi akan menghantar signal yang salah kepada penyokong mereka.

Yang paling saya bimbang adalah kalau-kalau Erdogan benar-benar wujud dalam PAS. Yang dibimbangi kalau-kalau Erdogan dalam PAS ini sependapat dengan Erdogan di Turki dan menubuhkan parti baru yang lebih liberal sebagaimana tertubuhkan AK di Turki yang berpecah dari Refah (kini Fadhilat) dan memenangi pilihan raya di negara itu.

Kepada mereka, suka saya katakan kebimbangan saya, kejayaan di Turki tidak semestinya membolehkan idea ini membawa kejayaan di Malaysia. Saya lebih cenderung parti baru di Malaysia akan senasib dengan Hamim dan Berjasa sahaja.

Jika perpecahan ini benar-benar berlaku, maka sahlah teori bahawa PAS akan kalah teruk dalam pilihan raya ke 13 selepas menang besar dalam PRU-12 lalu. Teori ini hanya mengulangi sejarah pilihan raya PAS yang akan kalah teruk selepas menang besar sebelumnya.

http://www.themalaysianinsider.com


Isu SIS : PAS vs PKR

2 Komen!!!

“PKR tidak senang dengan usul tersebut dan menggesa supaya ahli-ahli Pas menjalani pemulihan. PKR turut mengingatkan Pas mengenai kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik.” – Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR.

Juga, tidak mengejutkan sangat kalau PKR turut memerisai SIS. Semangat agama dalam PKR sama sahaja dengan semangat agama dalam Umno. Perkara ini telah dihidu semenjak sekian lama.

Namun kalau yang memerisai PKR adalah Tian Chua atau Sivarasa Rasiah, itu tidak terlalu menjolok mata tetapi apabila yang tampil adalah Mustafa Kamil, bekas orang kuat ABIM, lulusan UIA, terasa benar janggal dan peliknya.

Tahu, Mustafa Kamil kini adalah orang politik. Sentimen politik pemimpin dan penyokong PKR terhadap isu-isu sensitif seperti murtad dan Islam liberal perlu dicermati. Namun, Mustafa sebagai seorang Muslim sepatutnya lebih mencermati tuntutan agama yang dianutinya berbanding kepentingan politik partinya.

Aku tengoklah, ramai yang menjawab isu SIS ni tetapi tiada siapapun yang menjawab isu kouta 30% yang dihentam oleh MCA? 


Apa pasai?


Lim Kit Siang akui Pakatan hadapi 'krisis keyakinan'

0 Komen!!!
Sebenarnya sejak dari dahulu lagi Pakatan Rakyat memang mempunyai krisis keyakinan antara mereka. Cuma mereka masing-masing menyimpan perasaan marah, geram dan diletakkan di belakang.

Namun semenjak Muktamar PAS yang lalu perasaan ni membuak-buak di kalangan pemimpin Pakatan. Tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun tema muktamar PAS hujung minggu lalu boleh membawa maksud mengukuhkannya sebagai parti nasional yang mewakili kepentingan dan hak semua warga, tetapi kerajaan perpaduan dan gesaan menyiasat Sisters in Islam (SIS) membawa "kesan sebaliknya".

I had made a short comment to reporters on the theme of the speech of the PAS President, Datuk Seri Hadi Awang after the opening ceremony of the 55th PAS Muktamar in Stadium Melawati, Shah Alam on Friday.

I said that the theme Hadi had chosen for his opening speech, “Islam Memimpin Perubahan”, would be a great challenge for PAS to become a national party capable of representing the rights and interests of all citizens in plural Malaysia at a historic moment in the nation’s history undergoing unprecedented political change.

Some of the speeches of PAS leaders and resolutions at the 55th PAS Muktamar like the focus on Umno-PAS “unity talks” and the call for the ban of Sisters-in-Islam have however an opposite effect, creating a crisis of confidence in the Pakatan Rakyat among members, supporters and well-wishers.


DAP dan PKR menafikan dakwaan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat pernah membincangkan dan bersetuju dengan saranan berunding untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN.

Dua parti itu juga menggesa PAS menilai semula usul yang diluluskan tanpa bahasa yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan seterusnya mengharamkan SIS jika terbukti menyeleweng daripada akidah Islam.

Tembelang sudah pecah...

Tua ikut yang muda atau yang muda ikut yang tua?

2 Komen!!!
PAS sebagai sebuah parti yang mempunyai sejarah yang panjang kini dipersoalkan oleh parti yang baru iaitu PKR dan DAP. PAS telah ditubuhkan pada 24 November 1951, sebagai sebuah parti yang berusia hampir 60 tahun sepatutnya bebas membuat keputusan dan bukan terikat dengan parti-parti yang lain apatah lagi PAS yang dilihat lebih kuat dalam keadaan semasa. Manakala DAP hanya ditubuhkan pada 18 Mac 1966 dan PKR pada 4 April 1999.. tapi nampak gayanya PAS yang umpama budak kecil yang mampu digertak dan ditakutkan oleh parti DAP dan PKR.

Berikutan Muktamar PAS yang lalu banyak isu yang dibangkitkan oleh PAS dibangkitkan dan dipersoalkan oleh 'adik-adik' dalaman Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata "Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan. Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno."

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar."Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya. Itulah antara kata-kata yang kelauar dari 'khalifah Lim Guan Eng kepada Us Hadi. Agaknya anggapan Lim, tuhan dan DAP sama tarafnya.

Selain itu juga DAp dan PKR juga mempersoalkan usul PAS untuk haramkan SIS. Muktamar PAS mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. "Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

DAP pula menentang dengan sekeras-kerasnya usul yang dibawa oleh PAS itu. Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok yang juga ahli parlimen Seputeh berkata "Sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama,"

Dan satu rakan PAs, PKR pula menegaskan melalui Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub "parti itu - anggota Pakatan Rakyat - tidak bersetuju dengan usul yang diluluskan oleh muktamar PAS tersebut. Malah, katanya, PKR juga tidak senang dengan usul tersebut yang juga menggesa supaya ahli-ahl PAS menjalani proses pemulihan.Sehubungan itu, Mustaffa mengingatkan PAS tentang kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik."

Apa yang dilihat adalah sejauh mana PAS di katakan boleh untuk mempengaruhi adik-adiknya dalam Pakatan Rakyat. Dan jika senario ini dilihat pada masa hadapan andai kata kerajaan Pakatan memerintah adakah PAS mampu mempertahankan idealogi perjuangan mereka, jika dilihat setakat SIS dan kerajaan Perpaduan, PAS telah dipersoalkan apath lagi tentang isu negara Islam, Hudud dan sebagainya.

Apa nak jadi pada PAS sebagai sebuah parti yang lama sepatutnya menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat bukanlah terikut-ikut dengan rentak 'adik-adik angkat' mereka...

Isnin, Jun 08, 2009

Anwar memperbodohkan rakyat lagi!

1 Komen!!!
Aku tertarik dengan artikel di NST hari ni.. antara yang dikata Penganalisis Politik, Dr Sivamurugan Pandian sebenarnya tiada kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.. yang ada ialah kerajaan negeri DAP, PAS dan PKR. Beliau berkata:

"I see that in every state PR governs, the dominant party rules the state.  "In Penang's case, we see this as a DAP state rather than a PR state." 

Since coming to power, DAP, PKR and Pas have never been short of problems.

Before fighting DAP in its failed bid for the MPSP president's post, PKR quarrelled with Pas over the choice of candidate for the just-concluded Penanti by-election.

State Pas members were dissatisfied with PKR's Mansor Othman being nominated as PR's candidate. At the height of the dispute, Permatang Pauh Pas threatened to freeze its election machinery and was adamant on fielding its own candidate.

Although Mansor easily won the by-election in the absence of a BN candidate (and has since been sworn in as deputy chief minister I), the relationship between the three coalition members remains strain-ed."

Sebab beliau kata begitu adalah kerajaan negeri pembangkang akan mengikut majoriti parti yang banyak kerusi berkuasa seperti Pulau Pinang iaitu isu pelantikan YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai ianya merujuk kepada kekuasan DAP untuk melantik sesiapa sahaja walaupun dibantah PKR..

Jadi bila Anwar sebut tentang kerajaan negeri Pakatan Rakyat... aku tergelak!.. he he he.. aku senyum... dan aku berkata "mamat ni tak habis-habis tipu rakyat"

Seperti kata Penasihat Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian dengan memberikan contoh kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor disertai oleh KeADILan, DAP dan PAS mampu mengadakan pelbagai program untuk rakyat yang tidak boleh dibuat oleh kerajaaan pimpinan Umno dulu. "Sebagai contoh, kita mampu memberikan air percuma untuk rakyat, kalau di negeri yang Umno perintah mereka hanya boleh bagi air hujan percuma.

Nampaknya PKR baru buat sikit dah bising macam tin kosong.. jadi yang kerajaan BN yang dah buat lama ni.. memberi subsidi minyak, tol beras, gula, kesihatan, elektrik dan lain-lain.. kalau nak kira lagi banyak kerajaan BN bagi.. itu tak perlulah nak ungkit tentang biasiswa, yuran sekolah, yuran SPM.. rasanya banyak lagi yang boleh disebut.. 

Setakat Anwar sebut satu contoh palah sangat macam ayam... telur sebiji riuh sekampung.... 
Cukuplah Anwar memperbodohkan rakyat!



Apa jadi pada utusan on-line?

3 Komen!!!
Sehari aku mencuba buka laman web Utusan On-line.. tapi tak boleh. Tak tahulah, aku punya line internet yang rosak ke.. atau macamana... so kawan-kawan.. ada yang nak kongsi maklumat ke...

Kalau line 'busy' tak pe lah.. Takut Utusan ke hack je?

Nasharudin 'jambatan' Perpaduan Melayu dan Islam?

4 Komen!!!
Kejayaan Nasharudin Mat Isa mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Pas diharap mampu meneruskan agenda muzakarah UMNO-Pas ke arah membentuk kerjasama antara kedua-dua parti itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO bersikap terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan Pas.

Malah katanya, pergerakan itu sudah mula membincangkan tentang kemungkinan mengadakan muzakarah dengan Pas sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

''Mungkin belum sampai ke tahap membentuk pakatan yang rasmi. Diharapkan dengan kemenangan Nasharudin, agenda ini dapat diteruskan," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Himpunan Bakti Remaja yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Mengenai percanggahan pendapat di kalangan pemimpin Pas dan parti lain dalam pakatan pembangkang tentang pembentukan kerajaan perpaduan, beliau berkata, ini menunjukkan perpecahan yang ketara di antara mereka berhubung isu berkenaan.

Katanya, ini menunjukkan seolah- olah tiada perbincangan tentang dasar-dasar yang ingin dilaksanakan di kalangan pemimpin pembangkang.

''Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata idea itu mendapat penerimaan daripada pakatan pembangkang.

''Tapi mereka tidak setuju dan timbulkan percanggahan ideologi di kalangan pakatan sampai satu tahap kritikal seolah-olah tiada perbincangan tentang dasar pembangkang," ujarnya.

Kongsi Link Anda