Popular Today

Isnin, September 29, 2014

Rakyat didahulukan.. tiada kenaikan tarif air Johor

0 Komen!!!

Taarif air dinaikkan tidak benar. Kerajaan Negeri cadang pinjaman 1.3 billion ditukar kepada geran seperti negeri lain - Mohamed Khaled Nordin

khabar angin yang mengatakan kerajaan negeri akan menaikkan tarif air dari 10 hingga 12 peratus adalah tidak benar, begitu juga desas-desus pengambilalihan SAJH.

Kerajaan negeri juga telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Pusat supaya pinjaman berjumlah RM1.3 bilion yang diberikan bagi melengkapkan infrastruktur air di negeri ini ditukar kepada bentuk geran.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan tersebut ada asasnya memandangkan ia turut digunakan bagi menyediakan projek air luar bandar dan berbeza dengan projek air luar bandar di negeri-negeri lain yang menggunakan sepenuhnya geran Kerajaan Persekutuan.

"Perubahan status daripada Syarikat Air Johor (SAJ) kepada Syarikat Air Johor Holding (SAJH) membuatkan bayaran pajakan tinggi berdasarkan pinjaman yang ada. Pertukaran pinjaman kepada geran dapat mengurangkan sewa pajakan yang dikenakan Perbadanan Aset Air Johor Berhad (PAAJB) kepada SAJH.

"Ia juga menjadi faktor penentu kepada sebarang cadangan menaikkan tarif air di Johor kerana mengambil kira kos operasi yang ditanggung SAJH ketika ini. Sebarang cadangan menaikkan tarif air perlu melalui beberapa proses perundangan dengan kelulusan Parlimen dan pendengaran awam terlebih dahulu," katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan ketujuh Kesatuan Pekerja-Pekerja SAJ (KPPSAJ) di Kukup Golf Resort, di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Sementara itu, beliau turut meminta pihak KPPSAJ agar terus memberi sokongan kepada pihak pengurusan dalam menjayakan segala program pembangunan di negeri ini kerana pekerja adalah faktor utama SAJH menerima anugerah operator pengurusan air terbaik negara.

Khamis, September 25, 2014

Mesej palsu dari Pas?? #PengkalanKubor

0 Komen!!!

PAS tuduh ada pihak lain sebarkan mesej palsu ni.. macam biasalah PAS.. merekayyang buat mesej palsu lepas tu tuduh orang lain..

Dengarnya PAS bayar pengundi luar antara RM 200 hingga RM 300.. jadi yang kena bayar RM 100 dari PAS baik gi tuntut semula dari puak PAS..


Terkini!! Bilang pemilih keluar mengundi sehingga jam 10.00am (jumlah tidak rasmi)

0 Komen!!!



Info PRK Tidak Rasmi #PengkalanKubor

Jumlah keluar mengundi tidak rasmi setakat 9.00 am-10.00 am

DM PENGKALAN KUBOR = 235 
DM KETIL = 499 
DM TEBING = 235
DM GETING = 666
DM SIMPANGAN = 372
DM TUJOH = 429
DM TELAGA BATA = 406
DM BUNOHAN = 26
DM JUBAKAR = 174
DM PAK YONG = 352
DM TELOK JERING = 279
DM KEDAI GETING = 168

Kekecohan di PU Pengkalan Kubor #PengkalanKubor

0 Komen!!!
Info PRK #PengkalanKubor

Pusat Mengundi Pengkalan Kubor - Sedikit kekecohan berlaku diantara perayu undi BN dan PAS disebabkan mereka berada terlalu dekat. Keadaan kembali stabil setelah di kawal oleh anggota keselamatan.




Terima kasih pu3 #PengkalanKubor

0 Komen!!!



Info PRK #PengkalanKubor

Walaupun tak berdaya namun tetap melaksana tanggungjawab sebagai pengundi....terima kasih Puteri Umno Malaysia yang turut membantu...syabas dan tahniah.

Terkini!! Bilang pemilih keluar mengundi sehingga jam 9.00am (jumlah tidak rasmi)

0 Komen!!!
Info Tidak rasmi PRK ‪#‎PengkalanKubor‬
Bilang pemilih yang sudah keluar mengundi sehingga jam 9.00am
DM Pengkalan Kubor = 340 pemilih
DM Ketil = 505 pemilih
DM Tebing = 370 pemilih
DM Geting = 629 pemilih
DM Tujoh = 597 pemilih
DM Bunohan = 384 pemilih
DM Jubakar Darat = 283 pemilih
DM Kg Telok Jering = 159 pemilih
DM Kedai Geting = 187 pemilih
DM Telaga Bata = 313 pemilih
DM Simpangan = 244 pemilih
DM Pak Yong = 422 pemilih


Info PRK #PengkalanKubor

Orang ramai beratur menunggu giliran untuk menbuang undi di Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong dalam Pilihanraya Kecil N01 Dun Pengkalan Kubor.



untuk maklumat terkini layari : FB PRK Pengkalan Kubor News

Kemaskini: Gambar Calon PAS mengundi #PengkalanKubor

0 Komen!!!

Info PRK #PengkalanKubor

CALON PAS,Wan Rosdi Wan Ibrahim membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong dalam pilihanraya Kecil N01 Dun Pengkalan Kubor.

Kemaskini: Gambar Calon BN mengundi #PengkalanKubor

0 Komen!!!



Info PRK #PengkalanKubor

Calon BN,Tn Haji Mat Razi Mat Ail diiringi penyokong Barisan Nasional mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan.

CALON BN,Tn Haji Mat Razi Mat Ail menbuang undi di Sekolah Kebangsaan Simpangan dalam kawasan pilihanraya N01 Dun Pengkalan Kubor sebentar tadi.


untuk maklumat terkini layari : FB PRK Pengkalan Kubor News

Kongsi Link Anda