Isnin, April 28, 2008

Mohamad Sabu minta undi pos tidak dikira ?

28/04/2008 5:23pm

KUALA TERENGGANU 28 April - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di sini, memohon supaya 1,089 undi pos bagi Parlimen Kuala Terengganu dikeluarkan daripada kiraan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 bagi kawasan itu.

Mohamad melalui peguamnya, Mohd. Kamaruzaman Abd. Wahab memfailkan petisyen itu kira-kira pukul 11.30 pagi yang diserahkan kepada Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nurul Huda Akmal Mohamed.

Petisyen tersebut dikemukakan Mohamad bagi meminta supaya kertas undi pos itu tidak dikira sebagai undi bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ismail.

Ianya sesuatu yang pelik bagi calon PAS ini. Mereka selalu mengatakan hak rakyat perlu dihormati. Namun kali ini sebaliknya, walaupun ianya undi pos hakikatnya undi ini masih undi daripada rakyat. Rakyat telah buat keputusan dan bukannya kesilapan teknikal. Inilah konsep demokrasi, walaupun menang dengan satu undi masih dikira menang. Terima sahajalah hakikat...




Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda